Klinik Pergigian Tongod

Klinik Pergigian Tongod LET'S SMILE TOGETHER

25/05/2026
24/05/2026

🎀🌸 𝐉𝐎𝐌 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐒𝐄𝐑 (𝐒𝐚𝐊𝐚𝐍) 🌸🎀
𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐎𝐍𝐆𝐎𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟔

✨ “𝐒𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐀𝐰𝐚𝐥, 𝐋𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐃𝐢𝐫𝐢, 𝐒𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐬𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠” ✨

Warga daerah Tongod - dari Entilibon, Penangah, Minusoh, Mengkawagu, Keramuak, hingga Inarad dan kawasan sekitarnya dijemput hadir beramai-ramai ke Program Jelajah Saringan Kanser (SaKaN) bagi mendapatkan pelbagai perkhidmatan saringan kesihatan secara PERCUMA! 💖

📍 𝟏𝟗 – 𝟐𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
🏢 Dewan Terbuka Dataran Rakyat Tongod

📍 𝟐𝟑 – 𝟐𝟓 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
🏢 Dewan Serbaguna Kg. Simpang Entilibon

🕗 Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang

🎀 Antara perkhidmatan saringan yang disediakan:
✅ Saringan Mammogram
✅ Saringan Kanser Pangkal Rahim
✅ Saringan Kanser Payudara
✅ Saringan Kanser Kolorektral
✅ Saringan Kanser Mulut
✅ Saringan Kesihatan Am (NHSI / PeKa B40)
✅ Saringan TIBI

🎉 Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan:
🎤 Pertandingan Karaoke
🧠 Kuiz Kesihatan
🎮 Games Interaktif
💃 Senamrobik / Zumba
🎁 Cabutan Bertuah
🩺 Pameran & Ceramah Kesihatan

👨‍👩‍👧‍👦 𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑?
Terbuka kepada semua masyarakat!

💗 Jangan tunggu sakit baru bertindak.

"Pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa."

📣 Jom hadir dan bawa ahli keluarga serta rakan-rakan bersama!








24/05/2026
28/03/2026

🦷✨ 𝐌𝐮𝐥𝐮𝐭 𝐆𝐞𝐦𝐛𝐢𝐫𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐛𝐢𝐚𝐭 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭 ✨🦷

Bestie… mulut pun ada perasaan ba 😆
Kalau tabiat malas… alamat sedih la dia — bau “babau” & bertahi gigi 😭

Tapi kalau rajin jaga?
Mulut happy, senyuman pun makin confident 😁💙

Jadi… marila kita berhappy-happy sihat bersih selalu? 😉
Pilih tabiat sihat:

✔️ Gosok gigi 2 kali sehari
✔️ Guna ubat gigi berfluorida dan flos gigi
✔️ Kurangkan makanan manis
✔️ Pergi check gigi dan mulut secara berkala

Senyuman sihat, hidup pun lebih ceria! ✨

Kredit: Unit Promosi Kesihatan Pergigian Kawasan Kota Belud

25/02/2026

🦷 𝐅𝐀𝐊𝐓𝐀 & 𝐌𝐈𝐓𝐎𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍

Ramai yang masih ragu-ragu untuk buat rawatan gigi ketika berpuasa. Jom kita betulkan kefahaman 😊

❌ MITOS
1️⃣ Pemeriksaan & rawatan pergigian membatalkan puasa.
2️⃣ Berkumur membatalkan puasa.
3️⃣ Ubat bius setempat membatalkan puasa.

✅ FAKTA
✔️ Pemeriksaan dan rawatan pergigian tidak membatalkan puasa selagi tiada bahan ditelan secara sengaja.
✔️ Berkumur dengan air atau ubat kumur tidak membatalkan puasa jika tidak tertelan.
✔️ Ubat bius setempat tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke rongga secara menelan.

📌 Jangan tunggu sakit baru datang klinik ya. Pemeriksaan awal dapat mencegah masalah yang lebih serius.

🕌 Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, kesihatan dan ketenangan buat kita semua.
Selamat menunaikan ibadah puasa.

12/02/2026

𝐊𝐚𝐧𝐬𝐞𝐫 𝐌𝐮𝐥𝐮𝐭 𝐍𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐚𝐧𝐝𝐚?👀🦷

Kanser Mulut Nampak Tanda? Bertindak Sekarang!

Pernah perasan dalam mulut ada:
🔹 tompok putih atau merah
🔹 ulser yang tidak sembuh lebih 2 minggu
🔹 benjolan yang punca tidak diketahui di mulut, bibir atau leher

Jangan abaikan tanda-tanda ini. Pemeriksaan awal boleh membantu mengesan kanser mulut lebih awal dan meningkatkan peluang rawatan yang berjaya.

📍 Lokasi yang perlu diberi perhatian: lidah, gusi, bibir, lelangit, lapisan dalam p**i dan lantai mulut.

👉 Sila kunjungi klinik pergigian berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.

📌 Kredit: Klinik Pergigian Tongod

PROGRAM KOA DI GEREJA ROH KUDUS, KG MINUSOHTarikh: 17hb Januari 2026Tempat: Gereja Roh Kudus, Kg. MinusohAktiviti yang d...
20/01/2026

PROGRAM KOA DI GEREJA ROH KUDUS, KG MINUSOH

Tarikh: 17hb Januari 2026
Tempat: Gereja Roh Kudus, Kg. Minusoh

Aktiviti yang dijalankan:
🦷Ceramah
🦷Pameran pergigian
🦷Pemeriksaan dan rawatan pergigian
🦷Latihan memberus gigi
🦷Permainan interaktif
🦷Pertandingan mewarna

Diharapkan program komuniti ini dapat memberi manfaat serta meningkatkan kesedaran penduduk Kg. Minusuh tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian.

Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Sandakan
Bahagian Kesihatan Pergigian Sabah



Dirección

Klinik Kesihatan Tongod, Peti Surat 42, Pos Mini Tongod
Tongod
89330

Horario de Apertura

Lunes 08:00 - 17:00
Martes 08:00 - 17:00
Miércoles 08:00 - 17:00
Jueves 08:00 - 17:00
Viernes 08:00 - 17:00

Teléfono

+6087748688

Página web

Notificaciones

Sé el primero en enterarse y déjanos enviarle un correo electrónico cuando Klinik Pergigian Tongod publique noticias y promociones. Su dirección de correo electrónico no se utilizará para ningún otro fin, y puede darse de baja en cualquier momento.

Contacto La Consulta Dental

Enviar un mensaje a Klinik Pergigian Tongod:

Compartir