11/08/2026
π’ MAKLUMAN JANJI TEMU PERKHIDMATAN PERGIGIAN MELALUI APLIKASI MySejahtera
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Klinik Pergigian Tawau ingin memaklumkan bahawa pelanggan boleh mendapatkan janji temu bagi perkhidmatan pergigian melalui aplikasi MySejahtera.
Bagi memastikan urusan pendaftaran dan rawatan berjalan dengan lancar, pelanggan dimohon untuk mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
π¦· HADIR LEBIH AWAL
Pelanggan dinasihatkan untuk hadir 30 minit sebelum waktu janji temu bagi melancarkan urusan pendaftaran dan persediaan rawatan.
π¨ KES KECEMASAN
Bagi kes kecemasan pergigian seperti sakit gigi, bengkak, trauma gigi atau keperluan cabutan kecemasan, pelanggan boleh hadir secara walk-in ke Klinik Pergigian Tawau untuk penilaian dan tindakan selanjutnya.
π
KETERSEDIAAN SLOT JANJI TEMU
Slot janji temu melalui MySejahtera dibuka sehingga 60 hari ke hadapan. Slot baharu akan dikemas kini secara automatik mengikut ketersediaan.
π WAKTU PEMBUKAAN SLOT
β’ 12.00 tengah malam
β’ 8.00 pagi
Kerjasama dan keprihatinan semua pelanggan amat dihargai dalam membantu memastikan penyampaian perkhidmatan pergigian yang lebih teratur, cekap dan berkesan.
Terima kasih atas kerjasama dan perhatian anda.
π¦· Klinik Pergigian Tawau