Pergigian Daerah Tampin

Call Directions

Pergigian Daerah Tampin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pergigian Daerah Tampin, Dentist & Dental Office, Pejabat pergigian daerah tampin, Tampin.

Ada masalah jantung? πŸ«€Sebelum duduk di kerusi doktor gigi… ada satu perkara penting yang anda perlu beritahu! πŸ‘€πŸ¦·Jangan s...
30/09/2026

Ada masalah jantung? πŸ«€
Sebelum duduk di kerusi doktor gigi… ada satu perkara penting yang anda perlu beritahu! πŸ‘€πŸ¦·

Jangan simpan sendiri.
Biar kami tahu, supaya kami boleh jaga anda dengan lebih baik. ❀️

25/09/2026

Gigi geraham ada rekahan dan alur yang dalam? Bakteria & sisa makanan boleh mudah β€œbersembunyi” di situ. πŸ‘€

πŸ’‘ Sealan fisur membantu menutup rekahan tersebut supaya permukaan gigi lebih mudah dibersihkan dan risiko kerosakan gigi dapat dikurangkan.

πŸ‘§πŸ»πŸ§’πŸ» Sesuai dipertimbangkan terutama untuk gigi geraham yang baru tumbuh, fisur dalam atau kanak-kanak yang sukar menjaga kebersihan mulut.

Team G-PRO Daerah Tampin telah mengadakan Misi Senyuman Tanpa Kuman di SK Datuk Abdullah pada 17 September 2026. Program...
18/09/2026

Team G-PRO Daerah Tampin telah mengadakan Misi Senyuman Tanpa Kuman di SK Datuk Abdullah pada 17 September 2026.

Program ini bertujuan untuk menambah baik teknik memberus gigi serta memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan mulut.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk:
😁 Senaman Ringkas
😁 Tayangan Video
😁 Ceramah dan Kuiz
😁 LMG Berkumpulan

Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah SK Datuk Abdullah atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Semoga murid-murid lebih bersemangat untuk menjaga kesihatan mulut!

18/09/2026

❀️🦷 PENYAKIT JANTUNG & KESIHATAN PERGIGIAN 🦷❀️

Ada penyakit jantung? Jangan lupa beritahu doktor gigi sebelum mendapatkan rawatan pergigian! 🩺🦷

Maklumat tentang keadaan kesihatan dan ubat-ubatan yang diambil sangat penting untuk membantu doktor gigi merancang rawatan yang sesuai dan selamat.

πŸ“Œ Apa yang perlu anda tahu sebelum rawatan pergigian?

❀️ Maklumkan jika pernah mengalami serangan jantung atau menggunakan pacemaker/alat bantuan jantung.
πŸ’Š Bawa atau senaraikan semua ubat yang sedang diambil, termasuk warfarin, aspirin dan clopidogrel.
🩸 Periksa tekanan darah kerana rawatan mungkin perlu ditangguhkan jika tekanan darah terlalu tinggi.
πŸ’‰ Sesetengah pesakit jantung mungkin memerlukan antibiotik sebelum rawatan tertentu – rujukan kepada doktor pakar mungkin diperlukan.
😌 Dapatkan rehat yang cukup dan kurangkan tekanan sebelum rawatan.

✨ Jujur dengan doktor gigi tentang kesihatan anda. Maklumat yang lengkap membantu pasukan pergigian memberikan rawatan yang lebih selamat dan bersesuaian dengan keadaan anda.

πŸ“² Simpan & kongsikan info ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai penyakit jantung.

13 September 2026 - PKPD Tampin telah dijemput oleh pihak penganjur untuk menyertai Program MADANI Kita FELDA Jelai yang...
14/09/2026

13 September 2026 - PKPD Tampin telah dijemput oleh pihak penganjur untuk menyertai Program MADANI Kita FELDA Jelai yang berlangsung di Kompleks Sukan Komuniti Jelai 2.

Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh PKPD Tampin bagi memeriahkan program tersebut, antaranya pemeriksaan pergigian, rawatan pergigian melalui Bas Pergigian Bergerak, pameran kesihatan pergigian serta permainan interaktif berkaitan kesihatan mulut.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga PKPD Tampin yang telah memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan program ini. Walaupun berdepan dengan cuaca yang panas, setiap tugasan dan tanggungjawab tetap dilaksanakan dengan penuh amanah, komitmen dan semangat berpasukan.

Semoga usaha ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut serta mengeratkan lagi hubungan antara warga kesihatan dan komuniti setempat. 🦷✨

✨ Program Promosi Hari Kesihatan Pergigian Kolej Komuniti Tampin – TWIST ✨Pada 9 September 2026, PKPD Tampin telah menga...
10/09/2026

✨ Program Promosi Hari Kesihatan Pergigian Kolej Komuniti Tampin – TWIST ✨

Pada 9 September 2026, PKPD Tampin telah menganjurkan program TWIST sempena Hari Kesihatan Pergigian Kolej Komuniti Tampin, Gemencheh.

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai dan memeriahkan program TWIST semalam! πŸ¦·πŸ’™

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kolej Komuniti Tampin atas peluang dan kerjasama yang diberikan. Semoga program ini memberi manfaat serta meningkatkan kesedaran para pelajar mengenai kepentingan kesihatan pergigian.

Together With One Smile, Together We TWIST! 😊✨

04/09/2026

🦷❀️ GUSI SIHAT, JANTUNG PUN SIHAT!

Tahukah anda? Kesihatan gusi bukan sekadar tentang gigi dan mulut, malah ia turut berkait dengan kesihatan tubuh secara keseluruhan. πŸ«€βœ¨

Gusi yang tidak sihat boleh menyebabkan keradangan dan memberi kesan kepada kesihatan kita.

Jadi, jom sama-sama:
πŸͺ₯ Berus & flos gigi
🚭 Elakkan merokok
πŸƒβ€β™€οΈ Kekal aktif & kerap bersenam
🦷 Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala

Jangan tunggu sakit baru nak jaga!
Mulakan penjagaan gusi hari ini untuk senyuman yang lebih sihat dan kehidupan yang lebih berkualiti. πŸ’•

Cegah penyakit gusi, jaga kesihatan jantung! ❀️🦷

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ¦· Lindungi Gusi, Cegah Periodontitis πŸ¦·πŸ‡²πŸ‡ΎSenyuman yang sihat bermula dengan gusi yang sihat! ❀️✨Gusi merah, mudah berda...
20/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ¦· Lindungi Gusi, Cegah Periodontitis πŸ¦·πŸ‡²πŸ‡Ύ

Senyuman yang sihat bermula dengan gusi yang sihat! ❀️✨

Gusi merah, mudah berdarah, nafas berbau atau gigi mula longgar? Jangan abaikan tanda-tanda ini β€” ia mungkin petanda penyakit periodontitis.

πŸͺ₯ Berus gigi 2 kali sehari
🧡 Flos setiap hari
🦷 Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala
🚭 Elakkan merokok
πŸ₯— Amalkan gaya hidup sihat & kawal diabetes

Sempena Bulan Kebangsaan ini, merdekakan diri daripada penyakit gusi! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’ͺ🏻

✨ Cegah awal, gusi kekal sihat.
❀️ Gusi sihat, senyuman kekal hebat!

Address

Pejabat Pergigian Daerah Tampin
Tampin
73000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6064411642

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Daerah Tampin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share