Klinik Pergigian Tambunan

Directions

Klinik Pergigian Tambunan Bahagian Promosi Klinik Pergigian Tambunan

πŸͺ₯✨ Siapa paling cekap dan bersih memberus gigi?Pertandingan Memberus Gigi Paling Bersih pada 11/7/25 di Klinik Pergigian...
26/06/2025

πŸͺ₯✨ Siapa paling cekap dan bersih memberus gigi?
Pertandingan Memberus Gigi Paling Bersih pada 11/7/25 di Klinik Pergigian Tambunan kini dibuka untuk semua murid Tahap 1 & Tahap 2! 😁
Jangan lupa bawa berus gigi sendiri ya!
🎁 Hadiah menarik menanti πŸ†
Senyuman sihat, gigi berseri 🌟

Throwback TW1ST @ Kolej Komuniti Tambunan (9–11 April 2025) πŸ¦·πŸŽ‰Program yang penuh bermanfaat anjuran Klinik Pergigian Tam...
08/06/2025

Throwback TW1ST @ Kolej Komuniti Tambunan (9–11 April 2025) πŸ¦·πŸŽ‰

Program yang penuh bermanfaat anjuran Klinik Pergigian Tambunan dengan kerjasama iGG Encik Jaflex!
Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuklah pemeriksaan pergigian, ceramah dan kuiz kesihatan pergigian, pameran pergigian, serta pertandingan mencipta video kesihatan pergigian.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan komuniti.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan program ini! πŸ˜πŸ‘

22/05/2025

NOTIS

GANGGUAN TALIAN TELEFON

UNTUK MAKLUMAN, TALIAN TELEFON KLINIK KAMI SEDANG MENGALAMI KEROSAKAN.
USAHA SEDANG DILAKUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH INI DENGAN SEGERA.
BUAT MASA INI, PIHAK KLINIK BELUM MEMPUNYAI NOMBOR ALTERNATIF DAN AKAN DIUSAHAKAN SEKIRANYA MASALAH INI BERPANJANGAN.
SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

11/05/2025

Malang Tidak Berbau!!
Kemalangan mungkin terjadi kepada kanak-kanak sama ada semasa bermain atau semasa kegiatan sukan yang boleh menyebabkan kecederaan pada muka, mulut mahupun gigi. Namun begitu, tahukah anda apa yang perlu anda lakukan sekiranya kemalangan itu terjadi kepada anak anda yang menyebabkan gigi kekal hadapan teravulsi?

Gigi teravulsi ialah gigi yang terkeluar dari soket (lubang tulang tempat gigi tertanam). Gigi yang teravulsi ini masih boleh diselamatkan dengan meletakkan gigi tersebut semula ke dalam soketnya. Cara ini di panggil reimplantation atau implantasi semula. Ketahui cara menyelamatkan gigi anak anda!

Credit: Dr Ooi Yeikie KP Segamat

11/05/2025

V**e tak dibakar macam rokok tapi ia panaskan logam. Dan dari situlah bahayanya bermula.

Setiap kali anda sedut v**e, coil pemanas logam jadi sangat panas. Bila ini berlaku, zarah logam mikro akan tercabut dan ikut masuk dalam wap.

Zarah logam ini halus tak nampak, tak berbau, tapi masuk jauh ke dalam paru-paru:

β€’ Plumbum (Pb) menjejaskan fungsi otak, sistem saraf dan buah pinggang

β€’ Kadmium (Cd) merosakkan paru-paru, bahan penyebab kanser

β€’ Nikel (Ni) boleh sebabkan kanser hidung dan paru-paru

β€’ Timah (Sn) menggangu sistem imun dan saraf

V**e bukan wap kosong. Ia senyap, tapi merosakkan.Kalau anda sayang paru-paru, sekarang masa untuk berhenti.

**eadalahmaut

11/05/2025

Karies botol susu sering berlaku apabila gula dalam makanan melekat pada gigi kanak-kanak. Dalam satu tempoh masa, bakteria di mulut akan memakan gula ini, menghasilkan asid yang menghakis gigi. Walaupun keadaan ini biasanya berlaku pada gigi hadapan, gigi lain juga mungkin turut terjejas. Ketahui keadaan gigi anak anda. Cegah sebelum terlambat.

Credit: Dr Nurul Tamimi KP Segamat

Kepada para ibu, Selamat Hari Ibu! Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan ketabahan anda. Anda adalah in...
11/05/2025

Kepada para ibu, Selamat Hari Ibu! Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan ketabahan anda. Anda adalah insan luar biasa yang sentiasa memberi tanpa mengharapkan balasan. Semoga hari anda dipenuhi dengan kebahagiaan dan kasih sayang.

01/05/2025

Selamat Hari Pekerja daripada kami di Klinik Pergigian Tambunan!

Hari ini, kami menghargai setiap titis usaha, keringat dan semangat juang para pekerja di seluruh negara.

Teruskan menyumbang, menginspirasi, dan mencipta perubahan.

Kerja anda bukan sekadar tanggungjawab – ia adalah sumber senyuman dan harapan untuk semua.

22/03/2025

🌟 SENYUM CERIA JUMAAT! 🌟

Jom amalkan Gaya Hidup Sihat untuk Kesihatan Mulut Anda! 🦷✨

βœ… Diet yang seimbang πŸ₯¦πŸ₯•
βœ… Tidur yang cukup 😴
βœ… Pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya setahun sekali πŸ‘©β€βš•οΈ
βœ… Ubat gigi berfluorida πŸͺ₯
βœ… Kurangkan pengambilan gula tambahan 🍬
βœ… Lakukan senaman πŸƒβ€β™€οΈπŸ€
❌ Jangan merokok 🚭

Terima kasih kepada Dr Wern Xin Ying dari Pejabat Pergigian Kawasan Kota Belud atas infografik yang menarik ini! πŸ‘πŸ’™

Jom jaga kesihatan mulut untuk senyuman yang lebih ceria! 😁✨

22/03/2025

Hari Kesihatan Mulut Sedunia (World Oral Health Day-WOHD) disambut saban tahun, pada setiap 20 Mac bertujuan untuk menyatukan dunia dalam membanteras dan mengurangkan beban penyakit pergigian yang telah memberi kesan kepada individu, sistem kesihatan dan ekonomi sejagat.

Pada 2025, tema WOHD adalah "A Happy Mouth is...A Happy Mind", di mana kesihatan mulut boleh mempengaruhi kesihatan minda seseorang. Bagaimana? Baca risalah di bawah!



Address

Tambunan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Tambunan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share