Klinik Pergigian AD Smile Dental Braces & Veneer - Damansara Damai

Directions Website Contact the practice

Klinik Pergigian AD Smile Dental Braces & Veneer - Damansara Damai Modern & friendly dental clinic in Sutera Damansara, Damansara Damai
πŸ—ƒοΈAD Smile Dental Sdn. Bhd. (202201043820(1489517-K))

✨ Transformasi senyuman tepat pada masanya untuk hari pentingKlien ini datang kepada kami dengan tiga batang gigi depan ...
18/10/2026

✨ Transformasi senyuman tepat pada masanya untuk hari penting

Klien ini datang kepada kami dengan tiga batang gigi depan atas yang telah rosak teruk akibat karies setelah dibiarkan tanpa rawatan selama beberapa tahun.

Kami mengambil masa beberapa jam untuk membersihkan bahagian gigi yang rosak dengan teliti, sebelum membentuk semula gigi menggunakan composite veneer yang dibentuk satu persatu untuk menghasilkan rupa yang lebih semula jadi.

Perubahan pada senyumannya dapat dilihat serta merta 😁✨

Disebabkan tahap kerosakan yang agak teruk, gigi ini masih memerlukan rawatan definitif selanjutnya pada masa akan datang. Buat masa ini, restorasi sementara ini membantu mengembalikan senyumannya untuk menghadiri satu acara penting, sambil mengekalkan sebanyak mungkin struktur gigi yang masih ada.

Melihat beliau pulang dengan senyuman yang lebih yakin membuatkan beberapa jam rawatan teliti ini sangat berbaloi πŸ’™

πŸ’­ Ada gigi depan yang rosak atau berlubang tetapi sudah lama tertangguh untuk dirawat? Datang untuk pemeriksaan dan ketahui pilihan rawatan yang sesuai untuk senyuman anda.

πŸ“ Klinik Pergigian AD Smile
10-2, Jalan PJU 10/5A, Sutera Damansara, 47830 Petaling Jaya (Atas Speedmart)
πŸš™ Waze: AD Smile Dental

Temujanji/Pertanyaan:
☎️ 011-56298728 (Call/Whatsapp)

✨ Terima kasih kerana memilih kami dan mempercayai pasukan kami untuk menjaga senyuman anda πŸ¦·πŸ’™Kami sentiasa gembira mene...
16/10/2026

✨ Terima kasih kerana memilih kami dan mempercayai pasukan kami untuk menjaga senyuman anda πŸ¦·πŸ’™

Kami sentiasa gembira menerima kunjungan anda. Teruskan tersenyum! 😁✨

πŸ“ Klinik Pergigian AD Smile
10-2, Jalan PJU 10/5A, Sutera Damansara, 47830 Petaling Jaya (Atas Speedmart)
πŸš™ Waze: AD Smile Dental

Temujanji/Pertanyaan:
☎️ 011-56298728 (Call/Whatsapp)

✨ Perkembangan rawatan bracesPesakit ini mempunyai gigi susu atas yang masih tidak luruh, menyebabkan terdapat lebihan g...
14/10/2026

✨ Perkembangan rawatan braces

Pesakit ini mempunyai gigi susu atas yang masih tidak luruh, menyebabkan terdapat lebihan gigi pada rahang atas dan menyumbang kepada keadaan gigi depan atas yang kelihatan lebih ke hadapan.

Sebagai sebahagian daripada rawatan braces, gigi susu tersebut telah dicabut. Ruang bekas cabutan kemudiannya ditutup secara berperingkat sambil menarik gigi depan atas ke posisi yang lebih baik.

Dalam gambar ini, ruang cabutan semakin tertutup, susunan gigi semakin kemas dan gigi depan atas juga kelihatan semakin kurang menonjol 😁✨

Rawatan masih berjalan dan lebih banyak perubahan akan dapat dilihat nanti!

πŸ’­ Ada gigi yang terlalu ke hadapan atau berasak? Pendakap gigi mungkin dapat membantu memperbaiki susunan gigi dan gigitan anda.

πŸ“ Klinik Pergigian AD Smile
10-2, Jalan PJU 10/5A, Sutera Damansara, 47830 Petaling Jaya (Atas Speedmart)
πŸš™ Waze: AD Smile Dental

Temujanji/Pertanyaan:
☎️ 011-56298728 (Call/Whatsapp)

🦷 Rawatan tampalan untuk gigi yang berlubang besarGigi belakang ini mempunyai karies (lubang) yang agak dalam dan memerl...
12/10/2026

🦷 Rawatan tampalan untuk gigi yang berlubang besar

Gigi belakang ini mempunyai karies (lubang) yang agak dalam dan memerlukan tampalan untuk memulihkan struktur gigi yang telah rosak.

Disebabkan karies yang dalam, rubber dam digunakan semasa rawatan untuk mengasingkan gigi serta memastikan kawasan rawatan kekal bersih dan kering. Ini membantu mengurangkan pencemaran daripada air liur dan bakteria, serta menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk tampalan melekat dengan sempurna dan tahan lebih lama ✨

Hasilnya, gigi dapat dipulihkan dari segi fungsi dan penampilan 😁

πŸ’­ Ada gigi berlubang atau rasa sesuatu tidak kena pada gigi anda? Pemeriksaan awal boleh membantu mengelakkannya daripada menjadi lebih dalam dan rumit.

πŸ“ Klinik Pergigian AD Smile
10-2, Jalan PJU 10/5A, Sutera Damansara, 47830 Petaling Jaya (Atas Speedmart)
πŸš™ Waze: AD Smile Dental

Temujanji/Pertanyaan:
☎️ 011-56298728 (Call/Whatsapp)

Terima kasih atas kata-kata yang baik dan review yang diberikan! πŸ’™Kami sangat gembira anda berasa selesa di AD Smile dan...
09/10/2026

Terima kasih atas kata-kata yang baik dan review yang diberikan! πŸ’™

Kami sangat gembira anda berasa selesa di AD Smile dan dijaga dengan baik sepanjang rawatan.

Kepercayaan dan penghargaan anda amat bermakna buat kami. Terima kasih kerana memilih kami untuk menjaga senyuman anda! 🦷✨

πŸ’­ Mencari pengalaman rawatan pergigian yang selesa? Pasukan kami sentiasa sedia menyambut anda.

πŸ“ Klinik Pergigian AD Smile
10-2, Jalan PJU 10/5A, Sutera Damansara, 47830 Petaling Jaya (Atas Speedmart)
πŸš™ Waze: AD Smile Dental

Temujanji/Pertanyaan:
☎️ 011-56298728 (Call/Whatsapp)

✨ Senyuman cantik diberi peluang kedua!Klien kami ini pernah menjalani rawatan braces sebelum ini, tetapi kerana tidak m...
07/10/2026

✨ Senyuman cantik diberi peluang kedua!

Klien kami ini pernah menjalani rawatan braces sebelum ini, tetapi kerana tidak memakai retainer, giginya perlahan-lahan beralih semula dan mula menjadi renggang. Permukaan sisi di antara beberapa gigi juga kelihatan kurang sekata.

Kami merawatnya dengan braces jenis self-ligating, bukan sahaja untuk menutup ruang dan membetulkan susunan gigi, tetapi juga memperbaiki permukaan sisi gigi supaya kelihatan lebih kemas dan harmoni.

Dan inilah hasilnya! 😁✨ Susunan gigi lebih kemas, ruang telah ditutup dan kontur gigi lebih sekata; menghasilkan senyuman yang cantik dan kelihatan semula jadi.

πŸ’­ Gigi mula berubah kedudukan selepas braces? Masih belum terlambat untuk dapatkan semula senyuman yang lebih tersusun!

πŸ“ Klinik Pergigian AD Smile
10-2, Jalan PJU 10/5A, Sutera Damansara, 47830 Petaling Jaya (Atas Speedmart)
πŸš™ Waze: AD Smile Dental

Temujanji/Pertanyaan:
☎️ 011-56298728 (Call/Whatsapp)

Transformasi pantas untuk senyuman yang lebih menawan! 😁✨Walaupun rawatan braces adalah pilihan ideal untuk merapatkan r...
24/09/2026

Transformasi pantas untuk senyuman yang lebih menawan! 😁✨

Walaupun rawatan braces adalah pilihan ideal untuk merapatkan ruang dan merapikan kedudukan gigi, composite veneers merupakan alternatif yang baik mengikut kesesuaian serta keutamaan pesakit.

Untuk pesakit ini, kami membuat rawatan composite veneers secara teliti pada gigi bahagian depan beliau. Rawatan ini berjaya merapatkan ruang yang besar serta membetulkan penampilan gigi yang senget justeru menghasilkan senyuman yang seimbang, kemas, dan kelihatan amat semula jadi πŸ’™

πŸ’­ Ingin tahu pilihan rawatan yang sesuai untuk merapatkan ruang gigi anda? Hubungi kami untuk sesi konsultasi!

πŸ“ Klinik Pergigian AD Smile
10-2, Jalan PJU 10/5A, Sutera Damansara, 47830 Petaling Jaya (Atas Speedmart)
πŸš™ Waze: AD Smile Dental

Temujanji/Pertanyaan:
☎️ 011-56298728 (Call/Whatsapp)

Tahukah anda rawatan gigi boleh membantu anda jimat cukai pendapatan? 🦷✨Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum pengh...
21/09/2026

Tahukah anda rawatan gigi boleh membantu anda jimat cukai pendapatan? 🦷✨

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum penghujung tahun, ini peringatan mesra untuk anda manfaatkan pelepasan cukai LHDN sebelum 31 Disember!

Pastikan anda memenuhi syarat mudah ini:
βœ”οΈ Doktor Gigi Berdaftar: Rawatan mesti dilakukan oleh doktor gigi yang berdaftar di bawah Majlis Pergigian Malaysia (MDC).
βœ”οΈ Simpan Resit: Sentiasa minta dan simpan resit rasmi untuk tujuan pemfailan cukai kelak.
βœ”οΈ Rawatan Layak: Meliputi rawatan klinikal seperti pemeriksaan gigi, scaling, tampalan, cabutan, dan rawatan akar (root canal).

Jangan lepaskan peluang untuk jimat cukai sambil menjaga kesihatan senyuman anda! πŸ’™

πŸ’­ Dah buat pemeriksaan gigi dan scaling untuk tahun ini? Jom tempah temujanji anda sebelum tahun ini berakhir!

πŸ“ Klinik Pergigian AD Smile
10-2, Jalan PJU 10/5A, Sutera Damansara, 47830 Petaling Jaya (Atas Speedmart)
πŸš™ Waze: AD Smile Dental

Temujanji/Pertanyaan:
☎️ 011-56298728 (Call/Whatsapp)

Keyakinan baharu yang makin terserlah berseri! 😁✨Sebelum ini, pesakit kurang berkeyakinan untuk tersenyum mahupun bercak...
20/09/2026

Keyakinan baharu yang makin terserlah berseri! 😁✨

Sebelum ini, pesakit kurang berkeyakinan untuk tersenyum mahupun bercakap disebabkan masalah ruang antara gigi, serta gigitan terbuka di bahagian depan (anterior open bite).

Menggunakan conventional braces, kami menyusun semula kedudukan gigi beliau: merapatkan semua ruang gigi dan mengatasi masalah open bite sepenuhnya!

Kini, susunan gigi beliau kelihatan begitu rapi dan senyuman beliau terpancar penuh keceriaan serta keyakinan. πŸ’™

πŸ’­ Mengalami masalah gigi jarang atau gigitan terbuka yang menjejaskan keyakinan anda? Hubungi kami untuk memulakan perjalanan braces anda!

πŸ“ Klinik Pergigian AD Smile
10-2, Jalan PJU 10/5A, Sutera Damansara, 47830 Petaling Jaya (Atas Speedmart)
πŸš™ Waze: AD Smile Dental

Temujanji/Pertanyaan:
☎️ 011-56298728 (Call/Whatsapp)

Kembalikan warna senyuman semula jadi tanpa menghakis gigi! 😁✨Pesakit ini datang dengan masalah satu gigi depan yang ber...
18/09/2026

Kembalikan warna senyuman semula jadi tanpa menghakis gigi! 😁✨

Pesakit ini datang dengan masalah satu gigi depan yang bertukar warna menjadi kelabu selepas rawatan akar (root canal) yang pernah dilakukan beberapa tahun lalu. Kebiasaannya, rawatan veneer atau crown digunakan untuk menutup warna gigi gelap ini. Namun, oleh kerana struktur gigi asal beliau masih sangat sihat dan kukuh, kami memilih untuk tidak mengasah gigi tersebut.

Kami menjalankan 2 sesi rawatan (internal bleaching) menerusi ruang kaviti sedia ada daripada rawatan akar terdahulu. Hasilnya, warna gigi beliau kembali cerah dan serasi sepenuhnya dengan gigi bersebelahan; tanpa memerlukan sebarang veneer, crown, atau tampalan tambahan!

Kami sangat gembira dapat mengembalikan senyuman semula jadi pesakit muda ini πŸ’™

πŸ’­ Mengalami masalah gigi gelap atau kelabu? Hubungi kami untuk mengetahui jika internal bleaching sesuai untuk anda!

πŸ“ Klinik Pergigian AD Smile
10-2, Jalan PJU 10/5A, Sutera Damansara, 47830 Petaling Jaya (Atas Speedmart)
πŸš™ Waze: AD Smile Dental

Temujanji/Pertanyaan:
☎️ 011-56298728 (Call/Whatsapp)

Address

10-2 Jalan PJU 10/5a
Sutera Damansara
47830

Opening Hours

Tuesday 10:00 - 21:00
Wednesday 10:00 - 21:00
Thursday 10:00 - 21:00
Friday 10:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 13:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian AD Smile Dental Braces & Veneer - Damansara Damai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian AD Smile Dental Braces & Veneer - Damansara Damai:

Shortcuts

Share