SMK Alam Megah 2

Directions Contact the practice

SMK Alam Megah 2 Laman Web Rasmi Sekolah Kami Boleh Dilayari Di URL :

http://smkam2.edu.my

Ya Allah Ya Fattah, Ya Alim,Kami memohon kepada-Mu, permudahkanlah urusan anak-anak murid kami yang akan menduduki Ujian...
25/10/2026

Ya Allah Ya Fattah, Ya Alim,
Kami memohon kepada-Mu,
permudahkanlah urusan anak-anak murid kami yang akan menduduki Ujian Bertutur SPM.
Lapangkanlah dada mereka, tenangkanlah hati mereka dan terangilah fikiran mereka.

Ya Allah,
kurniakanlah mereka keyakinan diri, kelancaran dalam berbicara, ketepatan dalam menyampaikan idea serta kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan yang diberikan.

Jauhkanlah mereka daripada rasa gementar, takut dan terlupa. Gantikanlah segala kegusaran dengan ketenangan, segala keraguan dengan keyakinan, dan segala kesukaran dengan kemudahan.

Ya Allah, berkatilah usaha mereka, permudahkanlah setiap tutur kata mereka dan kurniakanlah keputusan yang cemerlang dalam SPM.
Semoga segala ilmu yang telah dipelajari menjadi manfaat dan kejayaan buat mereka, ibu bapa serta guru-guru yang mendidik.

Aamin² ya mujib

24/10/2026

MAJLIS RESTU ILMU SPM 2026
📆Jumaat/ 23.10.2026
⏱️7.30 pg-9:30 pg

SIMBIOSIS
📸SARAH DANIA BINTI MOHD SABRI (2A)

23/10/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...
🌹ATUR CARA PROGRAM MUNAJAT ILAHI SPM 2026🌹

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 🌷Merujuk kpd kenyataan rasmi JPN, dgn ini SMK Alam Megah 2 akan melaksanakan PdPR p...
11/10/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
🌷Merujuk kpd kenyataan rasmi JPN, dgn ini SMK Alam Megah 2 akan melaksanakan PdPR pd hari Isnin (12 Okt 2026) menggunakann Jadual Waktu PdPR yg tlh ditetapkan.
🌷Mohon perhatian murid dan ibu bapa/penjaga
🌷Sekian, terima kasih.

Pengetua
SMK Alam Megah 2

🌈 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.Buletin 1 : Tips Kesihatan Mental Menghadapi Pdpr Semasa Jerebu 😷💻PDPR di rumah kad...
09/10/2026

🌈 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Buletin 1 : Tips Kesihatan Mental Menghadapi Pdpr Semasa Jerebu
😷💻

PDPR di rumah kadang-kadang boleh buat kita rasa bosan, penat atau stres. Tak apa, perasaan itu normal! 💛

Jangan lupa:

✨ Rehat secukupnya

💧 Minum air secukupnya dan makan makanan yang berkhasiat

🧘‍♀️ Ambil masa untuk tenangkan diri

📚 Ikuti kelas PDPR yang disediakan oleh pihak sekolah

💬 Berbual dengan keluarga, kawan atau guru

🤝 Minta bantuan jika rasa terlalu terbeban

Ingat!! Jaga diri, jaga minda dan teruskan semangat belajar! 🌟

💙 Anda hebat, anda boleh, dan anda tidak keseorangan.

💐Perkongsian Prihatin : Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKAM2💐

09/10/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa dan penjaga anak-anak SMK Alam Megah 2 yang saya hormati.

Susulan pengumuman penutupan sekolah di seluruh Selangor mulai 9 Oktober 2026 berikutan keadaan jerebu yang semakin meningkat, saya ingin menyeru kepada semua ibu bapa dan penjaga agar mengambil perhatian serius terhadap kesihatan dan keselamatan anak-anak kita.

Buat sementara waktu ini, marilah kita pastikan anak-anak berada di rumah, kurangkan aktiviti di luar dan elakkan daripada terdedah kepada keadaan udara yang tidak sihat. Kesihatan anak-anak adalah keutamaan kita bersama.

Saya juga berharap ibu bapa dapat membantu memastikan anak-anak terus mengikuti apa-apa arahan, tugasan atau pembelajaran yang diberikan oleh pihak sekolah sepanjang tempoh penutupan ini.

Kita faham penutupan sekolah mungkin sedikit mengganggu rutin harian, tetapi dalam keadaan seperti ini, lebih baik kita berjaga-jaga daripada menyesal kemudian.

Sama-sama kita doakan agar keadaan jerebu ini kembali pulih dengan segera dan anak-anak serta seluruh warga SMK Alam Megah 2 sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua ibu bapa dan penjaga.

Jaga diri, jaga kesihatan dan jaga anak-anak kita.

Salam hormat,

Suhaimi bin Asmuni
YDP PIBG
SMK Alam Megah 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera...MAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI NEGERI SELANGOR SUSULAN KEADAAN J...
09/10/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI NEGERI SELANGOR SUSULAN KEADAAN JEREBU

Untuk makluman semua, selaras dengan kenyataan Media Kementerian Pendidikan (KPM) bertarikh 8 Oktober 2026, semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor adalah *DITUTUP SEPENUHNYA MULAI 9 Oktober 2026 susulan keadaan jerebu sehingga dimaklumkan semula oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Sehubungan itu:

1. Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah JPN Selangor ditutup mengikut tempoh yang ditetapkan.

2. Sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.

3. Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa.

4. Ibu bapa/penjaga dimohon mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan.

5. Pihak sekolah hendaklah terus membuat pemantauan keadaan semasa dan mengutamakan keselamatan, kesihatan serta kebajikan murid dan warga pendidikan.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Nurul Illunilhayati binti Mat Ludin
Pengetua
SMK Alam Megah 2

08/10/2026
08/10/2026

Address

Persiaran Kuala Langat
Shah Alam
40400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Alam Megah 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to SMK Alam Megah 2:

Shortcuts

Share