Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Petaling

Call Directions Website

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Petaling Page ini diwujudkan atas tanggungjawab di atas pengurusan, pentadbiran, perancangan, pelaksanaan, pengawalseliaan serta penilaian program pergigian

Klinik Pergigian Kelana Jaya telah dijemput bekerjasama dalam Program Saringan Kesihatan Komuniti di Evangelical Baptist...
10/10/2026

Klinik Pergigian Kelana Jaya telah dijemput bekerjasama dalam Program Saringan Kesihatan Komuniti di Evangelical Baptist Church Subang Jaya yang manyasarkan saringan kesihatan dan pemeriksaan pergigian kepada komuniti Warga Emas, penduduk setempat, dan golongan berisiko.

Berikut merupakan maklumat program:
Tarikh : 10 Oktober 2026(Sabtu)
Tempat : Evangelical Baptist Church USJ 21/3
Masa : 9.00 pagi - 1.30 tengahari

Aktiviti ini diadakan bagi memberi peluang kepada kumpulan sasaran mendapatkan saringan kesihatan dan konsultasi pergigian.

Diharap agar program yang diadakan ini dapat memberi manfaat kepada golongan setempat




PROGRAM KOMUNITI MASYARAKAT SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾📅 Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)⏰ Masa: 8.0...
10/10/2026

PROGRAM KOMUNITI MASYARAKAT SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

📅 Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat: Lot Parkir Medan Selera USJ 7, Subang Jaya

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini:
🩺 Pemeriksaan pergigian & rawatan penskaleran melalui Bas Pergigian Bergerak
🦷 Pameran kesihatan pergigian & oral kanser
🎯 Permainan interaktif dan smokerlyser

Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan pergigian dalam masyarakat setempat.

Senyuman sihat, hidup lebih ceria! 😁✨

Klinik Pergigian Seksyen 19 telah dijemput oleh pihak Klinik Kesihatan(KK) Seksyen 19 bagi memeriahkan Sambutan Hari Kes...
09/10/2026

Klinik Pergigian Seksyen 19 telah dijemput oleh pihak Klinik Kesihatan(KK) Seksyen 19 bagi memeriahkan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang berlangsung pada hari Jumaat,10/9/26 dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di ruang legar Klinik Ibu dan Anak KK Seksyen 19

Program dimulakan dengan pendaftaran dan sarapan, diikuti senamrobik, bacaan doa serta ucapan tetamu jemputan. Majlis diteruskan dengan gimik perasmian, persembahan “Brain Gym” dan perasmian pelantikan Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Seksyen 19.

Turut diadakan ialah ceramah kesihatan bertajuk “Warga Emas, Minda Sihat, Hidup Hebat” oleh Dr. Ho Be Kiau, Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Seksyen 7. Atur cara turut merangkumi penyampaian hadiah Kuiz Kesihatan Mental, cenderahati kepada tetamu kehormat, cabutan bertuah serta lawatan dan perasmian Sudut Mental.

Sepanjang program, pasukan pergigian menyediakan pemeriksaan pergigian, pameran serta pendidikan kesihatan mulut kepada para pengunjung. Penerangan menggunakan model pergigian turut diberikan bagi meningkatkan pemahaman tentang penjagaan kesihatan gigi dan gusi.

Para pengunjung juga berpeluang melawat gerai pameran dan menyertai aktiviti pemeriksaan kesihatan sebelum program diakhiri dengan sesi jamuan.

Penglibatan ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan secara menyeluruh, merangkumi kesihatan fizikal, mental dan pergigian. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, semua anggota yang terlibat serta para pengunjung atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.




Pada hari Sabtu 3 Oktober 2026,Seramai 11 orang anggota dari Klinik Pergigian(KP) Seksyen 19 Shah Alam telah dijemput ba...
05/10/2026

Pada hari Sabtu 3 Oktober 2026,Seramai 11 orang anggota dari Klinik Pergigian(KP) Seksyen 19 Shah Alam telah dijemput bagi memeriahkan Program MADANI Kita(PMK) di Dewan Melati Seksyen 7 Shah Alam. Program berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Aktiviti yang diadakan adalah pemeriksaan, rawatan pergigian, pameran dan Permainan interaktif.

Acara disertai oleh penduduk sekitar. Seramai 152 orang penduduk telah hadir untuk pemeriksaan dan rawatan pergigian yang diadakan di dalam Bas Pergigian Bergerak dari Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah(PKPD) Klang.

Aktiviti-aktiviti pergigian yang di laksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan yang pergigian.

Program ini mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para penduduk tentang kepentingan menjaga kesihatan pergigian melalui sambutan baik yang diterima semasa aktiviti dijalankan.


Pada Sabtu, 26 September 2026, gabungan Perkhidmatan Pergigian Primer dan Bahagian Periodontik (termasuk Pakar Periodont...
02/10/2026

Pada Sabtu, 26 September 2026, gabungan Perkhidmatan Pergigian Primer dan Bahagian Periodontik (termasuk Pakar Periodontik) telah menyertai program Sambutan Hari Jantung dan Paru-Paru Sedunia Peringkat Daerah Petaling Tahun 2026 di Elmina Lakeside Mall, Shah Alam dari jam 7.00 pagi hingga 3.00 petang.
Antara aktiviti di booth pergigian:

1. Pameran Kesihatan Pergigian
2. Sudut Tanya Pakar "Anda Tanya Kami Jawab"

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesihatan oral dan hubungannya dengan kesihatan jantung, terutamanya pencegahan penyakit gusi (periodontal).

Terima kasih diucapkan kepada seramai 200 pengunjung yang telah hadir menyokong booth kami!

🦷PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SUNGAI BULOH🦷Pada 1 Oktober 2026, pasukan pergigian ...
02/10/2026

🦷PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SUNGAI BULOH🦷

Pada 1 Oktober 2026, pasukan pergigian dari Klinik Pergigian Seksyen 7 telah mengadakan program kesihatan pergigian di PPDK Sungai Buloh.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
🔎 Pemeriksaan gigi
👩🏻‍🏫 Ceramah penjagaan kesihatan pergigian
🪥 Latihan Memberus Gigi (LMG)
🎯 Permainan interaktif

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan pergigian di kalangan masyarakat khususnya mereka yang berkeperluan khas.

Seramai 28 orang pelatih berserta ibu bapa telah menyertai program ini. Jutaan terima kasih kepada pihak PPDK Sungai Buloh atas kerjasama yang diberikan. ✨

PROGRAM MADANI KITAPada 26 September 2026, Klinik Pergigian Seksyen 7 dan Klinik Pergigian Kelana Jaya telah dijemput un...
29/09/2026

PROGRAM MADANI KITA

Pada 26 September 2026, Klinik Pergigian Seksyen 7 dan Klinik Pergigian Kelana Jaya telah dijemput untuk menjadi pempamer dan melakukan pemeriksaan pergigian bagi Program Madani Kita yang telah diadakan di Dewan Komuniti Damansara Damai bersama dengan pelbagai agensi kerajaan lain.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:

1. Pemeriksaan Pergigian
2. Pameran kesihatan pergigian
3. Demonstrasi Latihan Memberus Gigi dan Penggunaan Flos
4. Permainan pergigian

Program ini diadakan bertujuan untuk membawakan perkhidmatan kesihatan terus kepada rakyat, di samping meningkatkan kesedaran dan kepentingan penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan komuniti.

Sambutan yang diterima daripada para pengunjung sangat menggalakkan dan program telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang hadir!



LAWATAN PEMANTAUAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH PETALING TAHUN 2026Program Kesihatan Pergigian Ke...
27/09/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH PETALING TAHUN 2026

Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (PKP KKM) telah mengadakan lawatan Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian ke Daerah Petaling pada 24 September 2026. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenal pasti dan menilai kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian kepada masyarakat di fasiliti Klinik Pergigian, Unit Kepakaran _Non-Hospital Based_ , _Hospital Based_ , Klinik Pergigian Statik dan Pasukan Pergigian Bergerak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Lawatan ini telah dilaksanakan oleh :
1. Dr. Mazura binti Mahat
2. Pn. Normala binti Omar
3. En Rosli bin Abd Hamid
4. Pn. Nik Fauziah binti Mat Zain

Fasiliti yang terlibat bagi pemantauan tersebut adalah :
1. Klinik Pergigian Statik di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam
2. Klinik Pergigian UTC
3. Klinik Pergigian Shah Alam
4. Jabatan Bedah Mulut Dan Maksilofasial Hospital Shah Alam
5. Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Shah Alam

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Petaling mengucapkan terima kasih atas lawatan tersebut dan mengambil maklum segala cadangan dan nasihat bagi penambahbaikan untuk kepentingan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada masyarakat.

Pada hari Sabtu 26 September 2026, Seramai 8 orang anggota dari Klinik Pergigian Taman Medan yang terdiri daripada 2 ora...
27/09/2026

Pada hari Sabtu 26 September 2026, Seramai 8 orang anggota dari Klinik Pergigian Taman Medan yang terdiri daripada 2 orang Pegawai Pergigian, seorang Juruterapi Pergigian, 2 orang Pembantu Pembedahan Pergigian, 2 Pembantu Perawatan Kesihatan dan seorang Pemandu Kenderaan telah hadir ke kawasan rukun tetangga(KRT) Blok GH Taman Medan Cahaya untuk Program Rewang Komuniti Stata berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Perkhidmatan yang diberikan ialah :
1. Pemeriksaan pergigian
2. Rawatan pergigian
3. Pameran kesihatan pergigian
4. Ceramah pergigian

Program dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada golongan komuniti strata mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pergigian.

Program ini mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan para peserta tentang kepentingan menjaga kesihatan pergigian melalui sambutan baik yang diterima semasa aktiviti dijalankan.


PROGRAM MADANI KITA DAMANSARA DAMAIPada 26 September 2026, Klinik Pergigian Kelana Jaya telah dijemput untuk menjadi pem...
26/09/2026

PROGRAM MADANI KITA DAMANSARA DAMAI

Pada 26 September 2026, Klinik Pergigian Kelana Jaya telah dijemput untuk menjadi pempamer bagi Program Madani Kita yang telah diadakan di Dewan Komuniti Damansara Damai bersama dengan pelbagai agensi-agensi kerajaan lain.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:
📚 Pameran kesihatan pergigian
🪥 Demonstrasi Latihan Memberus Gigi
🧶 Penggunaan Flos
👄 Pemeriksaan Mulut Sendiri
🎯 Permainan interaktif pergigian

Tujuan pameran pergigian adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat berkongsi permasalahan berkaitan pergigian yang dihadapi, cara penjagaan kesihatan pergigian yang baik, menambah ilmu pengetahuan serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan gigi dan mulut.

🦷 *Gigi Sihat Senyuman Menawan *✨

petaling

Address

Klinik Pergigian Shah Alam, No 2 Persiaran Kayangan Seksyen 7
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Petaling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share