23/01/2024
Assalamualaikum/Hi,
Gigi geraham bongsu terimpak/Impacted wisdom tooth.
Gigi geraham bongsu terimpak adalah gigi geraham bongsu yang tumbuh secara tidak normal, iaitu tumbuh separuh atau tumbuh condong ke pelbagai arah. Kesannya :
1. Hilang fungsi mengunyah.
2. Gigi susah digosok dan dibersihkan.
3. Menyebabkan luka dan ulser pada p**i dan gusi di sekelilingnya.
4. Menyebabkan beberapa jenis masalah gusi, gigi dan tulang yang lain seperti :
i. Gusi - Gusi terinfeksi yang menyebabkannya berdarah, bengkak, sakit, dan bernanah.
ii. Gigi - Karies terjadi di celah gigi dan akar gigi geraham bongsu dan gigi geraham kedua, yang susah untuk ditampal. Kemudiannya apabila karies membesar dan terkena saraf gigi, akan menyebabkan kedua-dua gigi geraham ini terinfeksi. Gigi akan sakit, bengkak dan bernanah. Kuman akan masuk kebahagian tisu sekitar, dan akan menyebabkan pembengkakan muka dan tisu sekitar.
iii. Tulang - Sista/Cyst atau tumor di sekeliling gigi dan tulang.
5. Menyebabkan kesesakan ruang dan mengganggu ruang gigi-gigi dihadapannya.
Selagi tiada apa-apa gejala atau simptom, tiada rawatan diperlukan, hanya cek semula gigi geraham bongsu setiap 6 bulan. Tetapi bila ada gejala, rawatan awal seperti ubat-ubatan, cabutan atau surgeri mungkin perlu dilakukan untuk mengelakkan gejala yang lebih buruk.
~ Ditulis oleh Dr. Azanin Ahmad.