Klinik Pergigian Seremban Mesra Promosi - KPSMP

Klinik Pergigian Seremban Mesra Promosi - KPSMP Klinik Pergigian Seremban - Kami Sedia Membantu

10/07/2026

🔥 "Hari ini mungkin nampak lebih putih. Esok mungkin menyesal seumur hidup."

Ramai terpengaruh dengan petua viral menggunakan arang untuk memutihkan gigi. Hakikatnya, apabila enamel gigi semakin menipis akibat geseran yang berulang, ia tidak akan tumbuh semula.

Apa yang berlaku?
❌ Gigi menjadi sensitif
❌ Lapisan pelindung gigi semakin haus
❌ Dentin yang berwarna kekuningan semakin terdedah
❌ Risiko kerosakan gigi meningkat

🦷 Jangan gadaikan kesihatan gigi demi trend yang tidak mempunyai bukti saintifik yang kukuh.

Gigi bukan baju. Bila rosak, tidak boleh diganti sesuka hati.

Salam sejahtera.🌸Demi keselamatan bersama, mohon berhati-hati dengan "doktor gigi palsu" di media sosial kerana rawatan ...
03/07/2026

Salam sejahtera.🌸Demi keselamatan bersama, mohon berhati-hati dengan "doktor gigi palsu" di media sosial kerana rawatan tanpa lesen sah boleh menyebabkan jangkitan kuman serta kerosakan gigi yang kekal. Pastikan anda sentiasa memilih klinik berdaftar dan menyemak status kelayakan doktor di portal rasmi Majlis Pergigian Malaysia (MDC) demi senyuman yang sihat dan selamat. ✨

18/05/2026

Senyuman menawan, gusi pun sihat! 😁 Jom saksikan persembahan boria kreatif daripada warga Klinik Pergigian Seremban sempena Fiesta Gum Health Day & Kesedaran Bahaya Rokok yang diadakan pada 4/5/2026. Bukan setakat cabut gigi, menyanyi dan menari pun kami pandai! Jom tengok gelagat kami! 🎶✨
makes the dream work!

15/05/2026

🦷 Gusi sihat, senyuman pun lebih yakin!

Jangan tunggu gusi berdarah atau gigi goyang baru nak bertindak 😖
Gusi yang sihat biasanya:
✨ Berwarna merah jambu
✨ Kemas melekat pada gigi
✨ Tidak bengkak & tidak mudah berdarah

Kalau ada tanda-tanda gusi tak sihat, jangan abaikan ya 👀
Pemeriksaan awal boleh bantu elakkan masalah jadi lebih serius!

💡 Ingat:
“Senyuman cantik bukan sekadar gigi putih… gusi pun kena sihat!”

Salam sejahtera 😊  Tarikh 4/5/2026 yg lalu telah berlangsung dengan jayanya sambutan Fiesta Gum Health Day & Kesedaran B...
06/05/2026

Salam sejahtera 😊

Tarikh 4/5/2026 yg lalu telah berlangsung dengan jayanya sambutan Fiesta Gum Health Day & Kesedaran Bahaya Rokok di KP Seremban 🎉

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya:
✨ Persembahan boria oleh warga KP Seremban
✨ Ceramah kesihatan pergigian
✨ Kuiz interaktif bersama pesakit

Program ini turut dimeriahkan dengan lawatan pelajar pergigian dari Universiti AIMST yang sama-sama memberi sokongan dan memeriahkan suasana 👩‍⚕️🦷

Kehadiran auditor, Dr Ashiqin dan Sister Laila turut memeriahkan lagi majlis dan memberi sokongan padu kepada penganjuran program ini 🌟

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut 💐






29/04/2026

Jangan tunggu gigi penuh.
Jangan tunggu anak pandai gosok sendiri.
Jangan tunggu dia menangis sakit.

Mulakan awal.

Sebab bila anak dah biasa dengan klinik,
dia tak takut.
Bila dia tak takut,
semuanya jadi lebih mudah.

Senyuman si manja…
kita jaga dari mula ✨🦷”

29/04/2026

Kecil-kecil dah mula jaga,
Lap dan berus jangan dilupa 🫶
Elak manis sebelum lena,
Supaya gigi sihat sentiasa ✨

Setiap senyum bermula daripada penjagaan sejak awal.
Pelihara seawal usia agar senyuman si kecil kekal berseri ✨🦷

"Gusi sihat, senyuman hebat, hidup bebas rokok! 🦷✨ Jangan biarkan rokok curi senyuman anda. Jom ke Klinik Pergigian Sere...
28/04/2026

"Gusi sihat, senyuman hebat, hidup bebas rokok! 🦷✨ Jangan biarkan rokok curi senyuman anda. Jom ke Klinik Pergigian Seremban untuk ‘Acara Gusi Sihat, Mulut Bebas Rokok’. Kami sedia bantu anda dapatkan senyuman impian! 🚭❤️ "

Ucapan TahniahSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik Amanda Rizqin binti Mohd Noor Fazli, 13 tahun, atas kejayaan...
30/03/2026

Ucapan Tahniah

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik Amanda Rizqin binti Mohd Noor Fazli, 13 tahun, atas kejayaan cemerlang memenangi pertandingan melukis poster sempena Minggu Kesedaran Kanser Oral yang telah berlangsung pada bulan Februari yang lalu.

Kejayaan ini amat membanggakan dan diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada rakan-rakan sebaya serta masyarakat untuk lebih peka terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mulut dan pencegahan kanser oral.

Semoga adik Amanda terus berjaya dan melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.





Address

Klinik Pergigian Seremban, Jalan Rasah
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6067614663

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Seremban Mesra Promosi - KPSMP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share