31/07/2026
PROGRAM WARNA WARNI SENYUMAN SIHAT SEMPENA MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN 2026 ✨
Tarikh : 29 Julai 2026 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Lobi Klinik Kesihatan Segamat & Ruang Menunggu Klinik Pergigian Segamat
Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) adalah kempen kesedaran tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan penjagaan mulut dan gigi. Sehubungan itu, Program Warna Warni Senyuman Sihat telah diadakan bagi memberi pendedahan tentang kesihatan gigi secara lebih santai dan interaktif.
Objektif program ini adalah untuk :
1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan komuniti setempat, mengenai kepentingan menjaga kesihatan pergigian dan gusi sejak awal.
2. Memupuk tabiat penjagaan mulut yang betul melalui penyampaian maklumat interaktif dan demonstrasi visual semasa pameran bahan promosi dijalankan.
3. Menyebarluaskan publisiti mengenai perkhidmatan kesihatan pergigian yang sedia ada bersempena dengan sambutan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian tahun 2026.
Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan ialah:
🖍️ Pertandingan mewarna
🦷 Pameran pergigian
🎲 Pertandingan Bahan Promosi dan Permainan Interaktif
Program diakhiri dengan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh Pegawai Pergigian Daerah Segamat, Dr Nurul Asniza Binti Abas. Turut diadakan penyampaian hadiah kepada semua pemenang Pertandingan Mewarna, Pertandingan Bahan Promosi dan Pertandingan Permainan Interaktif.
Ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung khasnya bagi memastikan kelancaran program. Semoga usaha berterusan ini dapat membudayakan amalan penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan kesedaran bahawa kesihatan mulut adalah asas kepada kesihatan keseluruhan 🪥🦷😁