Klinik Pergigian Saratok

Call Directions Contact the practice

Klinik Pergigian Saratok Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Pergigian Saratok, Dentist & Dental Office, Klinik Pergigian Saratok, Hospital Saratok, Saratok.

𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π‘π†πˆπ†πˆπ€π 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π„πŒπ€π’Usia meningkat, penjagaan kesihatan pergigian tetap perlu diberi perhatian....
02/10/2026

𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π ππ„π‘π†πˆπ†πˆπ€π 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π„πŒπ€π’

Usia meningkat, penjagaan kesihatan pergigian tetap perlu diberi perhatian. Jaga gigi dan mulut agar kekal sihat dan selesa sepanjang usia.

Antara amalan yang boleh diamalkan:
πŸͺ₯ Gosok gigi 2 kali sehari dengan ubat gigi berfluorida
πŸ₯— Amalkan pemakanan sihat & seimbang
🚭 Jauhi tabiat merokok dan mengunyah sirih
🦷 Bersihkan celah gigi dengan benang flos
πŸ‘©β€βš•οΈ Jalani pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya setahun sekali
πŸ’§ Minum air yang mencukupi bagi mengelakkan mulut kering
🦷 Jaga dan bersihkan gigi palsu dengan betul

πŸ“Œ Ayuh warga emas dan keluarga bersama-sama mengambil berat tentang kesihatan pergigian.

πŸ¦·πŸ‘Ά PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN BAYI πŸ‘ΆπŸ¦·Tahukah anda? Penjagaan kesihatan mulut bayi perlu dimulakan walaupun gigi perta...
01/10/2026

πŸ¦·πŸ‘Ά PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN BAYI πŸ‘ΆπŸ¦·

Tahukah anda? Penjagaan kesihatan mulut bayi perlu dimulakan walaupun gigi pertama masih belum tumbuh. Amalan kebersihan mulut yang baik sejak awal dapat membantu mencegah kerosakan gigi dan membentuk tabiat penjagaan gigi yang baik sepanjang hayat.

✨ Berikut beberapa tip mudah untuk ibu bapa:

πŸ‘„ 1. Bersihkan gusi bayi
Sebelum gigi pertama tumbuh, bersihkan gusi bayi dengan mengelapnya menggunakan kain bersih dan lembut yang dilembapkan dengan air, terutamanya selepas penyusuan.

πŸͺ₯ 2. Mula memberus gigi apabila gigi pertama tumbuh
Sebaik sahaja gigi pertama tumbuh, mulakan memberus gigi dua kali sehari menggunakan berus gigi yang lembut dan kecil serta ubat gigi berfluorida dalam kuantiti sebesar sapuan nipis.

🍼 3. Elakkan bayi tidur dengan botol susu
Jangan biarkan bayi tidur sambil menghisap botol yang mengandungi susu, susu formula atau minuman manis. Pendedahan yang berpanjangan kepada gula boleh meningkatkan risiko kerosakan gigi. Jika bayi memerlukan minuman sebelum tidur, air kosong adalah pilihan yang lebih selamat.

🍭 4. Hadkan makanan dan minuman manis
Elakkan pemberian makanan atau minuman manis secara kerap. Semakin kerap gigi terdedah kepada gula, semakin tinggi risiko kerosakan gigi.

🦷 5. Bawa bayi untuk pemeriksaan pergigian
Bawa anak berjumpa doktor gigi apabila gigi pertama mula tumbuh, atau selewat-lewatnya apabila berumur 1 tahun walaupun belum ada gigi yang tumbuh.

❀️ Kesihatan gigi yang baik bermula sejak bayi!

Mari bersama-sama membina senyuman sihat untuk si kecil, dari awal hingga sepanjang hayat. 🌈🦷

01/10/2026
🍼 KARIES BOTOL SUSU: LINDUNGI GIGI SUSU ANAK ANDA! 🦷Karies botol susu, juga dikenali sebagai karies awal kanak-kanak, me...
25/09/2026

🍼 KARIES BOTOL SUSU: LINDUNGI GIGI SUSU ANAK ANDA! 🦷

Karies botol susu, juga dikenali sebagai karies awal kanak-kanak, merupakan kerosakan gigi yang boleh berlaku pada kanak-kanak kecil akibat pendedahan gigi yang kerap kepada gula. Membiarkan anak tidur sambil menghisap botol yang mengandungi susu, minuman manis atau jus boleh meningkatkan risiko kerosakan gigi kerana gula berada pada permukaan gigi untuk tempoh yang lama. Walaupun gigi susu akan digantikan oleh gigi kekal, ia tetap penting untuk membantu anak mengunyah, bercakap dan mengekalkan ruang untuk gigi kekal.

πŸ’‘ BAGAIMANA UNTUK MENCEGAHNYA?

Elakkan membiarkan anak tidur dengan botol yang mengandungi susu atau minuman manis. Apabila gigi mula tumbuh, bersihkan gigi anak dua kali sehari menggunakan berus gigi dan ubat gigi berfluorida mengikut nasihat doktor pergigian. Galakkan anak minum air kosong di antara waktu makan dan kurangkan pengambilan makanan serta minuman manis yang kerap.

πŸ‘Ά BILA PERLU BAWA ANAK KE KLINIK PERGIGIAN?

Ibu bapa digalakkan membawa anak untuk pemeriksaan pergigian apabila gigi pertama mula tumbuh atau selewat-lewatnya apabila anak mencapai usia 1 tahun, walaupun masih belum mempunyai gigi yang tumbuh. Pemeriksaan awal membolehkan doktor pergigian memberikan nasihat penjagaan mulut yang sesuai serta membantu mencegah masalah pergigian sejak dari awal.

🦷 Mulakan penjagaan gigi anak anda sejak gigi pertama tumbuh!

🦷❀️ Kesihatan Mulut, Jantung Sihat! ❀️🦷Tahukah anda kesihatan gigi dan gusi juga berkait rapat dengan kesihatan jantung?...
01/09/2026

🦷❀️ Kesihatan Mulut, Jantung Sihat! ❀️🦷

Tahukah anda kesihatan gigi dan gusi juga berkait rapat dengan kesihatan jantung? πŸ«€βœ¨ Penjagaan mulut yang baik πŸͺ₯🧴, memberus gigi 2 kali sehari 🦷, menggunakan floss 🧡 serta pemeriksaan pergigian secara berkala πŸ‘¨β€βš•οΈπŸ‘©β€βš•οΈ dapat membantu mengekalkan kesihatan gusi dan mengurangkan risiko masalah kesihatan. 🌿πŸ’ͺ Jangan abaikan gigi dan gusi β€” jaga mulut, sayangi jantung! πŸ¦·β€οΈπŸ«€βœ¨

18/08/2026

Bagi bulan Ogos 2026, tema bulanan Kempen Promosi Kesihatan Pergigian, PKP KKM adalah β€œMerdekakan Dirimu daripada Penyakit Pergigian".

πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKAKAN DIRIMU DARIPADA PENYAKIT PERGIGIAN! 🦷✨

Sempena Bulan Kebangsaan, marilah kita membebaskan diri daripada masalah gigi dan gusi dengan mengamalkan lima langkah mudah:

πŸͺ₯ Berus gigi dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida
🧡 Bersihkan celah gigi setiap hari
🍭 Kurangkan pengambilan gula
πŸ’§ Minum air secukupnya
🦷 Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala

Senyuman yang sihat bermula daripada diri kita. Ayuh, merdekakan senyuman! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ˜


Sila LIKE, FOLLOW & SHARE page kami Unit Promosi Kesihatan Pergigian Bahagian Betong .

10/08/2026

✨ Tip & Trik untuk Senyuman Sihat 😁🦷

Senyuman yang sihat bermula dengan penjagaan yang betul. Amalkan langkah-langkah mudah ini setiap hari:

πŸͺ₯ Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.

🧡 Gunakan flos gigi setiap hari untuk membersihkan celah-celah gigi yang sukar dicapai.

πŸ‘… Jangan lupa memberus lidah bagi mengurangkan bakteria dan nafas berbau.

πŸ’§ Berkumur atau bilas mulut dengan air selepas makan untuk membantu membersihkan sisa makanan.

πŸ₯— Kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis, serta pilih makanan yang lebih sihat.

🚭 Elakkan merokok kerana ia boleh menjejaskan kesihatan mulut dan menyebabkan penyakit gusi.

🦷 Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.

✨ Senyuman yang sihat bukan sahaja mencerminkan keyakinan diri, malah mencerminkan kesihatan yang baik. Mulakan penjagaan hari ini untuk senyuman yang kekal indah!


Sila LIKE, FOLLOW & SHARE page kami Klinik Pergigian Betong

πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKAKAN DIRIMU DARIPADA PENYAKIT PERGIGIAN 🦷✨Sempena Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos 2026, marilah kita bers...
10/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKAKAN DIRIMU DARIPADA PENYAKIT PERGIGIAN 🦷✨
Sempena Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos 2026, marilah kita bersama-sama membebaskan diri daripada karies gigi, penyakit gusi, nafas berbau dan kehilangan gigi.
Mulakan dengan langkah mudah:
πŸͺ₯ Berus gigi dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida
🧡 Bersihkan celahan gigi dengan flos setiap hari
🍭 Kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula
🚭 Katakan TIDAK kepada rokok
πŸ‘©πŸ»β€βš•οΈ Jalani pemeriksaan pergigian setiap 6–12 bulan

Jadikan penjagaan kesihatan mulut sebagai amalan harian dan sebahagian daripada gaya hidup yang sihat. Gigi dan gusi yang sihat bukan sekadar menyerikan senyuman, malah mencerminkan keyakinan diri, keselesaan dalam kehidupan seharian, dan kesejahteraan yang berkekalan. Senyuman yang sihat adalah pelaburan berharga untuk masa depan yang lebih ceria dan berkualiti.” πŸ¦·πŸ’™πŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

06/08/2026

🦷 SPOT THE QUACK: Kenali 5 Tanda Amaran Amalan Pergigian Haram! 🚨

Kesihatan mulut anda adalah aset yang berharga. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran rawatan pergigian yang murah, cepat atau menjanjikan hasil yang "sempurna".

⚠️ 5 Tanda Amaran Amalan Pergigian Haram:
βœ… Rawatan dilakukan oleh individu yang bukan doktor pergigian berdaftar.
βœ… Rawatan dijalankan di premis yang tidak berlesen.
βœ… Menawarkan harga terlalu murah atau menjanjikan hasil yang tidak realistik.
βœ… Tidak mengamalkan kawalan jangkitan dan kebersihan yang betul.
βœ… Tiada pemeriksaan, diagnosis atau rekod rawatan sebelum prosedur dijalankan.

πŸ“Œ Sebelum mendapatkan rawatan, pastikan anda memilih doktor pergigian berdaftar dan mendapatkan rawatan di klinik pergigian yang sah.

πŸ’™ Jangan ambil risiko dengan kesihatan anda.
Kenali penipu pergigian, lindungi senyuman anda! 😁

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Persatuan Ugama Buddha Saratok atas segala sokongan, kerjasam...
06/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Persatuan Ugama Buddha Saratok atas segala sokongan, kerjasama dan layanan yang diberikan dalam menjayakan Program Kolaborasi Oral dan Agama (KOA) 2026.

Semoga jalinan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat komuniti. Terima kasih sekali lagi atas komitmen dan sumbangan yang amat bermakna.

Address

Klinik Pergigian Saratok, Hospital Saratok
Saratok
95400

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:15 - 17:00

Telephone

+6083436479

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Saratok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian Saratok:

Share