Program Kesihatan Pergigian KKM

Directions Website Contact the practice

Program Kesihatan Pergigian KKM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Program Kesihatan Pergigian KKM, General Dentist, Level 5, Block E10, Precinct 1, Putrajaya.

Cawangan Promosi Kesihatan Pergigian KKM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam portal ini.

Selamat bersara Dr Norliza binti Ismail, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Negeri Sembilan. Jasamu dikenang...
16/10/2026

Selamat bersara Dr Norliza binti Ismail, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Negeri Sembilan. Jasamu dikenang!

Selamat bersara Dr Tan Ee Hong, Pengarah Bahagian Penjagaan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jasamu ...
14/10/2026

Selamat bersara Dr Tan Ee Hong, Pengarah Bahagian Penjagaan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jasamu dikenang!

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2025: Kesihatan Warga Emas) melaporkan sebanyak ๐Ÿ‘๐Ÿ—% ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š...
10/10/2026

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2025: Kesihatan Warga Emas) melaporkan sebanyak ๐Ÿ‘๐Ÿ—% ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐๐ข๐š๐›๐ž๐ญ๐ž๐ฌ.

Masalah diabetes yang tidak terkawal bukan sahaja menjejaskan organ dalaman, malah memberikan kesan secara langsung kepada kesihatan mulut.

Warga emas yang menghidap diabetes berisiko tinggi mengalami komplikasi berikut:

1) Penyakit Periodontal: Keradangan dan jangkitan pada tisu gusi serta tulang yang menyokong gigi. Tahap gula dalam darah yang tinggi memudahkan pembiakan bakteria dalam mulut.

2) Gigi Longgar & Kehilangan Gigi: Akibat kerosakan gusi dan tulang sokongan (periodontal), gigi menjadi longgar dan akhirnya terpaksa dicabut.

3) Kekurangan Nutrisi: Kehilangan gigi menyukarkan proses mengunyah makanan, seterusnya menyebabkan warga emas kekurangan nutrien penting untuk kesihatan.

4) Kualiti Hidup Terjejas: Kesukaran makan, bercakap, dan rasa ketidakselesaan berpanjangan mengganggu aktiviti serta keselesaan seharian.

5) Hilang Keyakinan Diri: Perubahan pada penampilan fizikal dan masalah pergigian boleh menjejaskan emosi serta keyakinan untuk berinteraksi dengan orang sekeliling.

Tahap kesihatan dan kualiti hidup warga emas boleh dikekalkan pada tahap yang optimum dengan mengamalkan langkah berikut:

- Periksa tahap gula dalam darah secara rutin: Memastikan paras gula sentiasa berada dalam julat bacaan yang selamat.
- Pemakanan sihat dan seimbang: Mengamalkan diet yang sesuai untuk pesakit diabetes bagi mengelakkan lonjakan gula dalam darah.
- Hadiri janji temu susulan: Memastikan pemantauan kesihatan secara berkala bersama pegawai perubatan.
- Dapatkan pemeriksaan dan rawatan pergigian: Membuat pemeriksaan gigi secara berkala di klinik pergigian untuk mengesan serta merawat masalah mulut lebih awal.

Kesihatan mulut dan diabetes saling berkait rapat. Mengawal diabetes membantu mencegah kerosakan gusi dan gigi longgar. Sebaliknya, gusi yang sihat membolehkan tubuh mengawal paras gula darah dengan lebih berkesan.

09/10/2026
๐‚๐€๐๐”๐“๐€๐ ๐†๐ˆ๐†๐ˆ ๐๐”๐Š๐€๐ ๐’๐€๐“๐”-๐’๐€๐“๐”๐๐˜๐€ ๐’๐Ž๐‹๐”๐’๐ˆRamai di antara kita yang terbiasa mengambil jalan mudah untuk mencabut gigi apabi...
05/10/2026

๐‚๐€๐๐”๐“๐€๐ ๐†๐ˆ๐†๐ˆ ๐๐”๐Š๐€๐ ๐’๐€๐“๐”-๐’๐€๐“๐”๐๐˜๐€ ๐’๐Ž๐‹๐”๐’๐ˆ

Ramai di antara kita yang terbiasa mengambil jalan mudah untuk mencabut gigi apabila mula terasa sakit. Namun, tahukah anda bahawa mengekalkan gigi asli amat penting untuk kualiti hidup kita apabila meniti usia emas nanti?

Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempromosikan Kempen 6020 untuk memastikan setiap individu yang mencapai umur 60 tahun masih mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi asli!
Mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi asli membolehkan warga emas mengunyah makanan dengan baik, menjaga pemakanan yang seimbang, serta mengekalkan pertuturan dan keyakinan diri.

Kesihatan gigi untuk usia emas tidak dibina dalam sehari. Usaha mengekalkan 20 batang gigi asli ini perlu bermula sejak muda, bukan hanya apabila sudah bergelar warga emas.

1) Dapatkan pemeriksaan pergigian SETIAP tahun! ๐Ÿ—“๏ธ
Pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya sekali setahun membantu mengesan sebarang masalah gigi dan gusi pada peringkat awal sebelum menjadi lebih teruk.

2) Dapatkan rawatan secepat mungkin sebelum terlambat! ๐Ÿšจ
Sekiranya terdapat penyakit pergigian seperti karies gigi (gigi berlubang), gusi berdarah/bengkak, gigi ngilu, atau jangkitan akar, dapatkan rawatan secepat mungkin sebelum terlambat! Sikap bertangguh boleh menyebabkan gigi gagal dirawat secara optima, sekaligus meningkatkan risiko ia terpaksa dicabut.

3) Bincang dengan doktor gigi tentang alternatif selain cabutan! ๐Ÿฉบ
Gigi yang sakit tidak semestinya perlu dicabut. Sebelum membuat keputusan, ketahui pilihan rawatan lain yang mampu menyelamatkan gigi asli anda, seperti rawatan kanal akar (root canal treatment) sekiranya gigi tersebut masih boleh diselamatkan.

Jom mulakan langkah penjagaan hari ini agar kesihatan mulut kita sentiasa terpelihara sepanjang hayat!

๐’๐จ๐ซ๐จ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ: ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž-๐Ÿ‘ ๐Ÿ๐Ÿ”๐ญ๐ก ๐€๐‚๐ƒ๐Ž๐Œ (๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)Pada hari terakhir setiap negara berkongsi output yang di...
01/10/2026

๐’๐จ๐ซ๐จ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ: ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž-๐Ÿ‘ ๐Ÿ๐Ÿ”๐ญ๐ก ๐€๐‚๐ƒ๐Ž๐Œ (๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)

Pada hari terakhir setiap negara berkongsi output yang diperolehi berkaitan Service Planning, Delivery & Implementation (SPDI) platform termasuk pencapaian utama, cabaran pelaksanaan, dan pengajaran yang diperoleh daripada proses sprint.

Sesi diteruskan dengan pembentangan serta perbincangan berkaitan kemajuan dasar serta intervensi strategik kawalan gula dan penggunaan fluorida dalam kawalan karies gigi.

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah di Malaysia adalah suatu program yang dicontohi oleh negara luar. Pada kali ini, delegasi berpeluang melihat pelaksanaan perkhidmatan pergigian sekolah di Sekolah Kebangsaan Putatan, Sabah serta pelaksanaan intervensi Fluoride Mouth Rinse (FMR) secara lebih dekat. Terima kasih atas sokongan padu pihak sekolah yang telah memberikan yang terbaik semasa sesi tersebut.

16th ACDOM 2026 berakhir dengan jamuan makan malam terakhir dan penghargaan sebagai tuan rumah kepada semua delegasi. Kerjasama antara negara sebegini harus diteruskan agar objektif mesyuarat pada kali ini tercapai.

Sekalung penghargaan kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Sabah serta seluruh warga Bahagian Kesihatan Pergigian Sabah yang terlibat secara langsung atau tidak, dan atas sokongan padu daripada awal perancangan sehingga ia selesai. Komitmen serta dedikasi yang ditunjukkan amat membanggakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pengerusi sesi, fasilitator, dan delegasi negara atas penyertaan aktif serta komitmen berterusan dalam memajukan kesihatan mulut di seluruh rantau ini.
Syabas!

๐‡๐ข๐ ๐ก๐ฅ๐ข๐ ๐ก๐ญ๐ฌ & ๐‚๐จ๐ง๐œ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข๐จ๐ง: ๐ƒ๐š๐ฒ ๐Ÿ‘ ๐จ๐Ÿ ๐ญ๐ก๐ž ๐Ÿ๐Ÿ”๐ญ๐ก ๐€๐‚๐ƒ๐Ž๐Œ (๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)

On the final day, each country presented their findings regarding the Service Planning, Delivery & Implementation (SPDI) platform, highlighting key achievements, implementation challenges, and lessons learned from the sprint process.

The session continued with presentations and discussions on policy progress and strategic interventions concerning sugar control and fluoride utilisation for dental caries management.

Malaysia's School Dental Service serves as an exemplary model for international peers. On this occasion, delegates had the opportunity to observe firsthand the delivery of school dental services at Sekolah Kebangsaan Putatan, Sabah as well as the implementation of the Fluoride Mouth Rinse (FMR) initiative. We extend our gratitude to the school for their strong support in delivering an outstanding session.

The 16th ACDOM 2026 concluded with a farewell dinner and an expression of appreciation to all delegates on behalf of the host. Such cross-country collaboration must continue to ensure the meeting's objectives are fully achieved.

Sincere appreciation goes to the State Deputy Director of Health (Dental) Sabah and the entire Sabah dental team, whether directly or indirectly involved, for their unwavering support from the initial planning stages through to completion. The commitment and dedication demonstrated were truly commendable. Our sincere gratitude also goes to all session chairs, facilitators, and country delegations for their active participation and continued commitment to advancing oral health across the region.
Well done!

๐Ÿฉธ ๐๐€๐†๐€๐ˆ๐Œ๐€๐๐€ ๐๐„๐๐˜๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐†๐”๐’๐ˆ ๐๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐Œ๐„๐๐‰๐„๐‰๐€๐’๐Š๐€๐ ๐‰๐€๐๐“๐”๐๐† ๐€๐๐ƒ๐€?๐Ÿฆทโค๏ธ   Ramai yang menganggap masalah gusi hanyalah isu mulut yan...
30/09/2026

๐Ÿฉธ ๐๐€๐†๐€๐ˆ๐Œ๐€๐๐€ ๐๐„๐๐˜๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐†๐”๐’๐ˆ ๐๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐Œ๐„๐๐‰๐„๐‰๐€๐’๐Š๐€๐ ๐‰๐€๐๐“๐”๐๐† ๐€๐๐ƒ๐€?๐Ÿฆทโค๏ธ

Ramai yang menganggap masalah gusi hanyalah isu mulut yang kecil. Namun, tahu kah anda bagaimana penyakit gusi (penyakit periodontal) boleh mempengaruhi jantung anda?

Penyakit gusi atau penyakit periodontal bukan sekadar masalah kesihatan mulut yang terpencil, sebaliknya ia mempunyai kaitan rapat dengan risiko penyakit kardiovaskular yang serius. Hubungan ini bermula apabila bakteria daripada jangkitan gusi yang tidak dirawat mula memasuki saluran darah. Kehadiran bakteria ini mencetuskan tindak balas keradangan dalam badan sebagai respons pertahanan sistem imun.

Tindak balas keradangan ini seterusnya menghasilkan mediator yang merangsang pembentukan enapan lemak atau atheroma pada dinding dalaman saluran darah. Pengumpulan atheroma secara beransur-ansur ini menyebabkan penyempitan saluran darah. Apabila laluan saluran darah semakin sempit, daya rintangan aliran darah bertambah sehingga menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

Secara ringkasnya, rantaian tindak balas keradangan dan penyempitan saluran darah ini akhirnya meningkatkan risiko seseorang menghidap penyakit kardiovaskular yang berbahaya seperti hipertensi, sakit jantung, dan strok. Oleh itu, merawat penyakit periodontal sejak dari peringkat awal amat penting bukan sahaja untuk mengekalkan kesihatan gusi, malah sebagai langkah pencegahan utama bagi melindungi kesihatan jantung.

Lakukan pemeriksaan gusi dan gigi secara berkala di klinik pergigian.

29/09/2026

Berani dan licik! ๐Ÿšจ

Warga asing dengan pas pelancong dikesan menjalankan amalan pergigian dengan berselindung di sebalik klinik gigi swasta berdaftar. Sejauh mana nyawa dan keselamatan pesakit dipertaruhkan demi mengaut keuntungan mudah? ๐Ÿฆทโš ๏ธ

Saksikan pendedahan eksklusif aktiviti penguatkuasaan oleh penguatkuasa pergigian dalam Slot 999, malam ini (29 September 2026) jam 9:00 malam hanya di TV3.

Address

Level 5, Block E10, Precinct 1
Putrajaya
62590

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Kesihatan Pergigian KKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Program Kesihatan Pergigian KKM:

Shortcuts

Share