Pergigian Daerah Port Dickson

Call Directions Website

Pergigian Daerah Port Dickson Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pergigian Daerah Port Dickson, General Dentist, Km2, Port Dickson.

Pergigian Daerah Port Dickson menyediakan perkhidmatan pergigian yang berteraskan budaya kerja berpasukan, penyayang dan professional kepada penduduk di Daerah Port Dickson agar mereka dapat menikmati tahap kesihatan pergigian yang baik.

Port Dickson, 6 Oktober 2026 : Pergigian Daerah Port Dickson pada hari ini telah mengadakan program promosi kesihatan pe...
09/10/2026

Port Dickson, 6 Oktober 2026 : Pergigian Daerah Port Dickson pada hari ini telah mengadakan program promosi kesihatan pergigian di Sunggala Hartamas bersempena Program Karnival Kesihatan Psikologi dan Kecerdasan Fizikal 2026.

Antara aktiviti menarik diadakan adalah pemeriksaan dan rawatan pergigian, pameran pergigian serta permainan interaktif.

Terima kasih diucapkan buat semua pengunjung yang hadir dan memeriahkan program ini. Semoga program pada hari ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Kelab Sukan dan Kebajikan Pergigian Daerah Port Dickson telah mengadakan Karnival Bulan Sukan  bersempena Hari Sukan Neg...
07/10/2026

Kelab Sukan dan Kebajikan Pergigian Daerah Port Dickson telah mengadakan Karnival Bulan Sukan bersempena Hari Sukan Negara yang akanberlangsung pada setiap 10 Oktober. Dengan konsep Satu Sukan Satu Staff, Karnival ini dapat menggalakkan kakitangan aktif bersukan untuk mengurangkan tekanan kerja. Disamping itu, dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara staf melalui aktiviti riadah dan sukan.

Makluman untuk semua warga Port Dickson dan kawasan sekitar, nombor telefon rasmi bagi Klinik Pergigian Port Dickson ada...
07/10/2026

Makluman untuk semua warga Port Dickson dan kawasan sekitar, nombor telefon rasmi bagi Klinik Pergigian Port Dickson adalah di talian 06-6461848 berkuat kuasa serta merta.

Maaf di atas segala kesulitan.

07/10/2026

Dah umur 60 nanti, senyuman masih 'full set' tak? 😁

Sasaran kita mudah: Kempen 60:20 bermaksud Pada usia 60 tahun, sekurang-kurangnya 20 batang gigi masih berfungsi dengan baik!

Gigi sihat bukan setakat nak senyum cantik, tapi nak makan sedap dan bercakap pun jelas.

Jangan tunggu sakit baru nak jumpa doktor gigi. Amalkan 3 langkah mudah ni dari skrg! 🦷

Port Dickson, 26 September 2026 : Pergigian Daerah Port Dickson pada hari ini telah mengadakan program promosi kesihatan...
29/09/2026

Port Dickson, 26 September 2026 : Pergigian Daerah Port Dickson pada hari ini telah mengadakan program promosi kesihatan pergigian di 2 tempat berbeza iaitu di Pantai Cahaya Negeri bersempena Program Mini Karnival KPDN dan Hari Cuci Malaysia 2026 serta Program Aspirasi Sihat 2026 anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bagan Pinang bertempat di Wellness Hub Bagan.

Antara aktiviti menarik diadakan adalah pemeriksaan dan rawatan pergigian, pameran pergigian serta permainan interaktif.

Terima kasih diucapkan buat semua pengunjung yang hadir dan memeriahkan program ini. Semoga program pada hari ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Penyakit Jantung dan Kesihatan Pergigian Kesihatan jantung dan kesihatan mulut saling berkait rapat, dan pesakit tidak p...
25/09/2026

Penyakit Jantung dan Kesihatan Pergigian

Kesihatan jantung dan kesihatan mulut saling berkait rapat, dan pesakit tidak perlu takut untuk mendapatkan rawatan pergigian asalkan doktor gigi mengetahui sejarah perubatan mereka.

Apa yang pesakit perlu tahu?

1) Kaitan Mulut dan Jantung: Bakteria daripada jangkitan atau penyakit gusi (periodontitis) boleh masuk ke dalam salur darah. Ia menyebabkan keradangan, pengerasan saluran darah (atherosklerosis), serta meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung, dan strok.

2) Maklumkan Sejarah Perubatan: Sentiasa beritahu doktor gigi jika anda mengambil ubat pencair darah, mempunyai injap jantung tiruan, pernah melalui pembedahan jantung, atau mempunyai sejarah endokarditis (jangkitan pada lapisan jantung).

3) Keperluan Antibiotik (Prophylaxis): Pesakit yang mempunyai risiko tinggi mungkin memerlukan dos antibiotik sebelum menjalani prosedur tertentu bagi mencegah jangkitan kuman pada jantung.

4) Pemantauan Semasa Rawatan: Doktor gigi akan memantau tanda vital seperti tekanan darah dan kadar denyutan jantung, serta memilih jenis ubat bius (anestetik) yang selamat.

Apa yang Pesakit Tidak Perlu Takut

1) Cabutan atau Rawatan Gigi: Pesakit jantung boleh menjalani rawatan seperti cabutan gigi atau tambalan. Anda tidak perlu takut gigi tidak boleh dicabut asalkan prosedur keselamatan dipatuhi.

2) Ubat Pencair Darah: Pengambilan ubat pencair darah tidak bermakna anda dilarang langsung daripada merawat gigi. Doktor gigi akan menilai keadaan anda dan berbincang dengan doktor jantung (kardiologi) jika perlu.

3) Complikasi Rawatan: Risiko komplikasi adalah sangat rendah jika doktor gigi mendapat maklumat yang tepat tentang status kesihatan kardiovaskular anda sebelum rawatan dimulakan.

Tips Penjagaan Harian

>Berus gigi dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
>Gunakan benang gigi (floss) atau berus celah gigi setiap hari.
>Jumpa Doktor Gigi KKM secara berkala untuk pemeriksaan rutin dan jangan tunggu hingga sakit.

Terima kasih kerana membaca😊

Jangan lupa like dan share 😊

21/09/2026

❤️🦷 PENYAKIT JANTUNG & KESIHATAN PERGIGIAN 🦷❤️

Ada penyakit jantung? Jangan lupa beritahu doktor gigi sebelum mendapatkan rawatan pergigian! 🩺🦷

Maklumat tentang keadaan kesihatan dan ubat-ubatan yang diambil sangat penting untuk membantu doktor gigi merancang rawatan yang sesuai dan selamat.

📌 Apa yang perlu anda tahu sebelum rawatan pergigian?

❤️ Maklumkan jika pernah mengalami serangan jantung atau menggunakan pacemaker/alat bantuan jantung.
💊 Bawa atau senaraikan semua ubat yang sedang diambil, termasuk warfarin, aspirin dan clopidogrel.
🩸 Periksa tekanan darah kerana rawatan mungkin perlu ditangguhkan jika tekanan darah terlalu tinggi.
💉 Sesetengah pesakit jantung mungkin memerlukan antibiotik sebelum rawatan tertentu – rujukan kepada doktor pakar mungkin diperlukan.
😌 Dapatkan rehat yang cukup dan kurangkan tekanan sebelum rawatan.

✨ Jujur dengan doktor gigi tentang kesihatan anda. Maklumat yang lengkap membantu pasukan pergigian memberikan rawatan yang lebih selamat dan bersesuaian dengan keadaan anda.

📲 Simpan & kongsikan info ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai penyakit jantung.

Port Dickson, 19 September 2026: Klinik Pergigian Pasir Panjang dengan kerjasama ahli jawatankuasa Tokong Thea Hou telah...
21/09/2026

Port Dickson, 19 September 2026: Klinik Pergigian Pasir Panjang dengan kerjasama ahli jawatankuasa Tokong Thea Hou telah mengadakan Program Kolaborasi Oral & Agama (KOA) pada hari ini.

Program KOA ini bertujuan sebagai kesedaran bahawa kesihatan adalah sebahagian dari amalan agama, dan sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan masyarakat melakukan pemeriksaan pergigigian sekurang-kurangnya satu kali setahun.

Antara aktiviti yang diadakan adalah pemeriksaan dan rawatan pergigian, ceramah, pameran pergigian dan pertandingan mewarna serta senamrobik. Program ini turut juga melibatkan Ikon Gigi Klinik Pergigian Pasir Panjang iaitu Encik Shamim Sabri bin Salihudin.

Terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa tokong atas kerjasama muafakat yang telah diberikan. Semoga program ini memberi manfaat buat para penduduk. Jom dapatkan pemeriksaan pergigian satu kali setahun.

16 September adalah satu tarikh yang amat simbolik dan bersejarah. Pada pagi hari ini 63 tahun yang lalu, Almarhum Tunku...
15/09/2026

16 September adalah satu tarikh yang amat simbolik dan bersejarah. Pada pagi hari ini 63 tahun yang lalu, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengisytiharkan pembentukan Persekutuan Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun adalah untuk mengingatkan kita bahawa pembentukan Malaysia tidak datang bergolek dalam sekelip mata.

Sebaliknya ia adalah hasil perjuangan rakyat dan pemimpin kita terdahulu yang mahu melihat lahirnya sebuah negara Malaysia yang merdeka dan bersatu-padu.

Semoga negara kita yang bertuah ini sentiasa dilimpahi rahmat kemanan, kesejahteraan dan kemakmuran yang berkekalan.

Salam tulus ikhlas dari Pergigian Port Dickson

Port Dickson, 28 Ogos 2026 : Majlis Perhimpunan Bulanan Pergigian Port Dickson bagi bulan Ogos 2026 telah diadakan di Bi...
04/09/2026

Port Dickson, 28 Ogos 2026 : Majlis Perhimpunan Bulanan Pergigian Port Dickson bagi bulan Ogos 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pergigian Port Dickson pada hari ini. Seramai 40 orang anggota pergigian telah bersama-sama menghadiri perhimpunan pada kali ini.

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Dr Faris seterusnya nyanyian lagu Negaraku oleh semua anggota yang hadir dan bacaan doa oleh Encik Firdaus.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan oleh Dr Izza Azura bt Ab Rashid, selaku Pegawai Pergigian Daerah Port Dickson.

Perhimpunan diteruskan dengan majlis perpisahan untuk anggota yang akan berpindah keluar iaitu
1. Matron Norliza yang akan ke Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
2. Dr Sarrah Devi A/P Francis yang akan berpindah ke Kuala Lumpur
3. JT Nur Rul Atieqah bt Abdullah yang akan ke Seremban
4. JT Hasmina bt Hamdi yang akan ke negeri Sarawak
5. DSA Suryati bt Pharul Radzi yang akan ke negeri Selangor
6. DSA Anis Shazwani bt Sappe yang akan ke negeri Johor.

Majlis juga turut meraikan anggota yang dilantik ke skim Kontrak interim iaitu:
1. DSA Wan Norhafiz Danial bin Wan Ahmad Fadzilah
2. DSA Mercerlyne Aho Anak Jamit
3. DSA Nurizatul Nabila Rosmera
4. DSA Shaidzul Fakrullah

Terima kasih diucapkan atas segala jasa & bakti yang ditaburkan sepanjang berkhidmat di Pergigian Daerah Port Dickson.

Perhimpunan bulanan pada petang ini turut mengangkat tema Merdeka 69 seiring dengan bulan Ogos, bulan kemerdekaan yang bertujuan untuk memupuk semangat cintakan tanah air kita Malaysia yang telah 69 tahun bebas merdeka. Semua kakitangan yang hadir telah sama-sama menyanyikan lagu Tanggal 31, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia yang meningkatkan lagi semangat patriotik.

Perhimpunan pada hari ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah buat yang diraikan.

Address

Km2
Port Dickson
71000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066461604

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Daerah Port Dickson posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share