Pergigian Pontian

Directions Contact the practice

Pergigian Pontian Pergigian Pontian mewakili klinik-klinik pergigian kerajaan yang terletak dalam daerah Pontian

🇲🇾𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄-𝟔𝟑 🇲🇾Semoga negara kita sentiasa dirahmati dengan keamanan, kemakmuran, dan senyuman yan...
16/09/2026

🇲🇾𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄-𝟔𝟑 🇲🇾

Semoga negara kita sentiasa dirahmati dengan keamanan, kemakmuran, dan senyuman yang tiada hentinya.🤝

[SEMINAR] 𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦: 𝐒𝐞𝐦𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐆𝐮𝐫𝐮-𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐓𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 💼🦷Tarikh: 9 September 2026 (R...
10/09/2026

[SEMINAR] 𝐋𝐞𝐧𝐬𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦: 𝐒𝐞𝐦𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐆𝐮𝐫𝐮-𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐓𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 💼🦷

Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)
Tempat: Dewan Seri Tanjung, Hospital Pontian

Satu program pemerkasaan kesihatan oral dalam kalangan pendidik awal kanak-kanak telah berjaya dilaksanakan menerusi Seminar Pergigian bersama Guru-guru Tadika KEMAS Peringkat Daerah Pontian.

Program ini dirancang khas bagi memberi pendedahan dan latihan ikhtisas kepada barisan tenaga pengajar KEMAS agar dapat membimbing murid-murid prasekolah dalam aspek penjagaan kebersihan mulut.

Pengisian Utama Program:

🦷Sesi Ceramah Kesihatan Pergigian: Disampaikan oleh pegawai pergigian, Dr. Hazwani dan Dr. Irna yang menyentuh isu kesihatan oral kanak-kanak serta peranan guru-guru.

🦷Pemeriksaan Pergigian: Perkhidmatan saringan kesihatan mulut secara terus kepada para peserta.

🦷Lawatan Pameran Berkumpulan: Sesi penerangan berstruktur mengenai bahan bantu mengajar dan modul kesihatan pergigian.

Pihak Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pontian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru Tadika KEMAS yang memberikan komitmen padu sepanjang seminar ini.

✊ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 🇲🇾🇲🇾🇲🇾Warga Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pontian mengucapkan Selamat Hari Keban...
30/08/2026

✊ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Warga Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pontian mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Seiringan dengan tema "Merdekakan Dirimu daripada Penyakit Pergigian", jangan lupa jaga kesihatan mulut, pamerkan senyuman terindah dan kibarkan Jalur Gemilang anda hari ini! 😁

18/08/2026

🦷💗 PENJAGAAN MULUT KETIKA MENJALANI RAWATAN KEMO/RADIOTERAPI 💗🦷

Rawatan kemo dan radioterapi boleh menyebabkan perubahan pada kesihatan mulut seperti mulut kering, ulser, jangkitan, pendarahan gusi dan perubahan rasa.

✨ Penjagaan mulut yang baik dapat membantu mengurangkan komplikasi dan meningkatkan keselesaan serta kualiti hidup sepanjang rawatan.

💡 Amalkan:
🪥 Berus gigi dengan lembut
🦷 Bersihkan celah gigi
💧 Kekalkan kelembapan mulut & minum air secukupnya
🫧 Berkumur mengikut nasihat petugas kesihatan
🥣 Pilih makanan yang lembut, sejuk dan berkhasiat

🚫 Elakkan:
🌶️ Makanan pedas, masin dan masam
🥜 Makanan keras & rangup
☕ Pengambilan kafein berlebihan sehingga menyebabkan mulut kering

💜 Kesihatan mulut adalah sebahagian daripada penjagaan kesihatan secara menyeluruh. Jangan abaikan mulut anda sepanjang menjalani rawatan.

Credit: Dr. Nina Suharni, KP Kulai Besar

18/08/2026

🌿APA ITU HALITOSIS?! 🦷✨

Halitosis bermaksud bau mulut yang tidak menyenangkan. Keadaan ini bukan sekadar menyebabkan masalah keyakinan diri, malah boleh menjadi tanda masalah kesihatan mulut dan perlu diberi perhatian.

🪥 Amalkan kebersihan gigi dan mulut setiap hari
🦷 Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala
🚭 Elakkan merokok
🥗 Amalkan pemakanan yang sihat
💧 Minum air kosong secukupnya

Mulut sihat, nafas segar, senyuman lebih yakin! 😊

Credit: Dr. Khadijah, KP Kulai Besar

18/08/2026

[INFOGRAFIK]

SENYUM BERSAMA, MERDEKA SELAMANYA! 🇲🇾✨

Senyuman yang sihat bermula dengan penjagaan mulut yang baik. 🦷😁
Sempena bulan kemerdekaan ini, jom sama-sama jadikan kesihatan mulut sebagai sebahagian daripada gaya hidup kita!

4 langkah mudah untuk senyuman lebih sihat:

🪥 Berus gigi 2 kali sehari selama 2 minit
🦷 Jaga kebersihan celah gigi
🍭 Kurangkan pengambilan gula
👩‍⚕️ Ingat hari jadi, ingat doktor gigi – lakukan pemeriksaan berkala!

Senyuman sihat, keyakinan meningkat, semangat Merdeka pun lebih bermakna! ❤️🤍💙💛

Sihat Mulut, Ceria Senyuman, Merdeka Selamanya! 🇲🇾

Pengarang : DR MUHAMAD AMIR HAZIM BIN RAZLI
(KP TEBRAU)










[𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌] 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 (𝐏𝐏𝐃) 𝐏𝐎𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍 🦷✨Kita throwback sikit~! 😉Pada 25 Julai 202...
06/08/2026

[𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌] 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 (𝐏𝐏𝐃) 𝐏𝐎𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍 🦷✨

Kita throwback sikit~! 😉

Pada 25 Julai 2026 yang lepas, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pontian berkesempatan untuk hadir memenuhi jemputan sebagai pempamer di Karnival Pendidikan Madani anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian.

Antara tarikan utama di booth pergigian hari tersebut:
✅ Pameran Kesihatan Pergigian – Info lengkap penjagaan gigi.
✅ Laluan Kerjaya Pergigian – Panduan buat adik-adik yang bercita-cita menyertai bidang ini.
✅ Permainan Interaktif – Belajar sambil bermain yang penuh dengan pelbagai hadiah!

Semoga segala perkongsian kerjaya dan kesihatan ini membawa manfaat buat semua pengunjung.
Jumpa lagi di lain program! 😁👋

[PROGRAM] 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 | 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐆𝐈𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 —🦷✨Satu jam, satu gerakan, ratusan murid serent...
23/07/2026

[PROGRAM] 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 | 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐆𝐈𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 —🦷✨

Satu jam, satu gerakan, ratusan murid serentak memberus gigi!

22 Julai 2026, Program Jom Berus Gigi Peringkat Kebangsaan 2026 telah berlangsung dan kebanyakan sekolah dan fasiliti dalam Daerah Pontian meraikan program dengan penuh semangat.

Bukan sekadar memberus gigi saja, murid-murid turut menikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang program:

📸 Menonton siaran langsung Jomberusgigi
🦷 Demonstrasi memberus gigi yang betul bersama murid dan guru
🎨 Aktiviti mewarna
📺 Tayangan video pendidikan pergigian
❓ Kuiz pergigian interaktif
🗣️ Ceramah ringkas penjagaan mulut

Yang paling best? Murid-murid belajar cara berus gigi yang betul dan berkesan! — budaya sihat bermula dari kecil! 💪

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, kakitangan sekolah, dan pihak yang terlibat langsung mahupun tidak langsung. Tanpa sokongan anda, program sehebat ini tidak akan berjaya.

[PROGRAM] 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐁𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐎𝐑𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐊𝐔𝐈𝐋 𝐒𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐀𝐌𝐌𝐀𝐍, 𝐏𝐎𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑Telah berlangsung dengan jayanya Pro...
20/07/2026

[PROGRAM] 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐁𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐎𝐑𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐊𝐔𝐈𝐋 𝐒𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐀𝐌𝐌𝐀𝐍, 𝐏𝐎𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑

Telah berlangsung dengan jayanya Program Kolaborasi Oral dan Agama bagi Tahun 2026 pada Sabtu lepas (18 Julai 2026) bertempat di Kuil Sri Maha Mariamman, Pontian Besar.
Program ini menjadi platform integrasi terbaik antara agensi kesihatan, institusi pendidikan, dan rumah ibadat dalam menyampaikan mesej penjagaan kesihatan pergigian yang optimum.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dijalankan:
- Pemeriksaan gigi dan kesihatan
- Latihan Memberus Gigi
- Ceramah kesihatan pergigian dan pemakanan
- Pameran gigi
- Permainan interaktif
- Cabutan bertuah

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Puan Tilagawayi Muniandy (GPK HEM SK Jalan Pt Ibrahim) atas sokongan padu dalam menyelaraskan program ini.

Terima kasih juga kepada rakan kolaborasi strategik kami yang bertungkus-lumus menjayakan acara ini:
🤝 PMG Pharmacy
🤝 Sjk Tamil Jalan Parit Ibrahim, Pontian
🤝 Bahagian Pemakanan, Pejabat Kesihatan Daerah Pontian

15/07/2026

Say cheese! 🧀📸 Smile Showdown kini bermula!

✨ SMILE SHOWDOWN 2026 ✨

Setiap senyuman mempunyai cerita. 😊
Kenali salah seorang peserta Smile Showdown sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2026.

👤 Peserta: GOH JIN YI
🏫 Institusi: SMK BENUT
🎨 Tajuk: MARI KITA AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT DAN PENJAGAAN KESIHATAN GIGI

🦷Karya saya menunjukkan beberapa contoh gaya hidup sihat yang kita perlu amalkan dalam kehidupan harian untuk mengekalkan kesihatan kita serta gambar yang berkaitan kesihatan gigi menunjukkan beberapa alat-alat untuk menjaga kesihatan gigi seperti berus gigi,ubat gigi dan benang gigi.

Terima kasih kerana berkongsi kreativiti anda dalam mempromosikan kesihatan pergigian melalui fotografi. 📸
🌟 Jom berikan sokongan kepada peserta dengan menekan Like👍pada penyertaan ini dan Share kepada keluarga serta rakan-rakan anda!

Address

Pontian

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pergigian Pontian:

Shortcuts

Share