15/09/2026
Kadang-kadang kita tengok seseorang, penampilan memang menarik.
Rambut kemas.
Baju cantik.
Perfume wangi.
Skincare mungkin beratus ringgit.
Tapi bila senyum…
Karang gigi dah tebal di celah dan pangkal gigi.
Tolonglah, please. 😭
Ambil masa untuk periksa gigi juga.
Karang gigi bukan sekadar masalah penampilan. Bila dibiarkan, gusi boleh merah, bengkak dan mudah berdarah. Nafas boleh berbau. Penyakit gusi yang semakin teruk p**a boleh menyebabkan gusi menyusut, tulang penyokong gigi terjejas dan akhirnya gigi menjadi longgar.
Berapa kerap perlu check-up gigi?
Bagi kebanyakan orang dewasa, pemeriksaan berkala sekitar 6–12 bulan sekali boleh dijadikan panduan mudah. Tetapi ia bergantung kepada keadaan gigi dan risiko masing-masing. Ada yang mungkin perlu datang lebih kerap, ada yang boleh dijarakkan lebih lama mengikut penilaian doktor gigi.
Scaling p**a berapa kerap?
Bukan automatik mesti setiap 6 bulan.
Scaling dibuat mengikut keperluan selepas pemeriksaan. Ada orang cepat membentuk karang gigi dan mungkin memerlukannya lebih kerap. Pesakit dengan masalah gusi juga mungkin memerlukan rawatan serta susulan yang lebih rapat.
Yang penting, jangan tunggu sampai sakit.
Kalau gusi selalu berdarah, nafas berbau berterusan, karang gigi jelas kelihatan, gusi semakin menyusut atau gigi mula terasa longgar, buat pemeriksaan.
Dan ingat:
Karang gigi yang sudah mengeras tak akan hilang hanya kerana kita berus lebih kuat.
Kita sanggup spend untuk rambut, skincare, perfume dan pakaian.
Gigi pun sebahagian daripada penampilan dan kesihatan kita.
Tolonglah, please.
Senyum depan cermin hari ini.
Kalau dah lama tak jumpa doktor gigi, mungkin sudah sampai masanya. 🦷