Pergigian Daerah Pekan

Call Directions

Pergigian Daerah Pekan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pekan
26600 Pekan
Pahang Darul Makmur
No Tel : 09-4229388

✨KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST DAERAH PEKAN 2026✨Pada 16-18/10/2026, Pergigian Daerah Pekan    telah dijemput bersama-sam...
19/10/2026

✨KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST DAERAH PEKAN 2026✨

Pada 16-18/10/2026, Pergigian Daerah Pekan telah dijemput bersama-sama untuk menjayakan Karnival Aspirasi Pahang 1st Daerah Pekan di Dataran Pekan Bandar Diraja.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti:
🦷 Pameran Kesihatan Pergigian.
🦷 Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian.
🦷 Permainan Interaktif

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Pergigian Pahang

🧓 IMPAK PENUAAN KEPADA TISU ORAL 🦷Proses penuaan memberi pelbagai kesan biologi terhadap tisu oral seperti:-🦷 Kehilangan...
13/10/2026

🧓 IMPAK PENUAAN KEPADA TISU ORAL 🦷

Proses penuaan memberi pelbagai kesan biologi terhadap tisu oral seperti:-
🦷 Kehilangan Permukaan Gigi
🦷 Mulut Kering (Xerostomia)
🦷 Penyakit Gusi
🦷 Karies Gigi

Bagi meminimumkan impak negatif ini, penjagaan kebersihan mulut yang rapi, pengambilan air kosong yang mencukupi, serta pemeriksaan berkala di klinik pergigian amatlah disarankan bagi mengekalkan kualiti hidup yang baik sepanjang usia emas.




Pergigian Pahang

𝗣𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗶𝗴𝗶𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗲𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗝𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴🦷❤️Pesakit jantung boleh mendapatkan rawatan pergigian yang sesuai da...
29/09/2026

𝗣𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗶𝗴𝗶𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗲𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗝𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴🦷❤️

Pesakit jantung boleh mendapatkan rawatan pergigian yang sesuai dan selamat. Amalkan penjagaan mulut yang baik, maklumkan keadaan kesihatan serta ubat-ubatan yang diambil kepada doktor gigi sebelum rawatan.

Jangan hentikan sebarang ubat tanpa arahan doktor. Pemeriksaan awal membantu doktor gigi merancang rawatan yang bersesuaian dengan keadaan anda.




Pergigian Pahang

🦷 PROGRAM JOM CEK GIGI! BERSEMPENA “LANGKAH SIHAT MERDEKA 2026” 🇲🇾Pada 12/9/2026, Sabtu, sempena sambutan Hari Merdeka t...
17/09/2026

🦷 PROGRAM JOM CEK GIGI! BERSEMPENA “LANGKAH SIHAT MERDEKA 2026” 🇲🇾

Pada 12/9/2026, Sabtu, sempena sambutan Hari Merdeka tahun 2026, Pergigian Daerah Pekan melalui Klinik Pergigian PKD Kuala Pahang telah dijemput untuk mengadakan Program Kesihatan Pergigian “Jom Cek Gigi!” bersempena ’Langkah Sihat Merdeka 2026’ di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Haj, Pekan, Pahang, anjuran Ahli Lembaga Pelawat Hospital Pekan dan pihak masjid.

Program ini menghimpunkan pelbagai agensi bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

Selain itu, para peserta turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti:
📌 Aktiviti Larian 5KM - anjuran ALP Hospital Pekan
📌 Pemeriksaan & Rawatan Pergigian Percuma
📌 Pemeriksaan Kesihatan Percuma
📌 Pameran daripada Pejabat Kesihatan Daerah Pekan (TB, NHSI, Peka B40, MyChampion, HIV dan farmasi)
📌 Pelbagai pertandingan menarik - pertandingan peragaan bertemakan merdeka dan jalur gemilang, pertandingan mewarna dan berlari .

Diharapkan melalui kerjasama yang telah dijalankan ini, program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran serta penerapan amalan kesihatan diri dan kesihatan pergigian dalam kalangan masyarakat yang telah hadir. 🦷🦷❤️🇲🇾

Pergigian Pahang

LAWATAN KERJA TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PERGIGIAN) PAHANG KE KLINIK PERGIGIAN PADANG RUMBIA DAN KLINIK PERGIGI...
15/09/2026

LAWATAN KERJA TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PERGIGIAN) PAHANG KE KLINIK PERGIGIAN PADANG RUMBIA DAN KLINIK PERGIGIAN NENASI 🦷

📅 9 September 2026
📍 KP Padang Rumbia & KP Nenasi Pekan, Pahang

Telah berlangsung lawatan kerja Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Pahang, Dr. Wan Salina binti Wan Sulaiman, bersama Pegawai-Pegawai Pergigian Daerah Negeri Pahang ke Klinik Pergigian Padang Rumbia dan Klinik Pergigian Nenasi.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan pembangunan kedua-dua klinik, termasuk keadaan fasiliti, infrastruktur serta keperluan penambahbaikan bagi mewujudkan persekitaran klinik yang lebih kondusif, selamat dan selesa untuk warga kerja serta pesakit.

Lawatan ini turut menjadi platform untuk meneliti keperluan dan perancangan pembangunan fasiliti serta mendapatkan gambaran secara langsung mengenai aspek-aspek yang boleh dipertingkatkan bagi menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian yang berkualiti kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Wan Salina Binti Wan Sulaiman serta semua Pegawai Pergigian Daerah Negeri Pahang atas kunjungan, perhatian dan komitmen yang diberikan.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkasa pembangunan fasiliti dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan pergigian demi kesejahteraan warga kerja dan masyarakat.


PROGRAM PERGIGIAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN DI PRA SK GANCHONGBERSAMA IBUBAPA🦷✨🇲🇾'MERDEKAKAN DIRI DARI KARIES'🇲🇾Sempena ...
01/09/2026

PROGRAM PERGIGIAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN DI PRA SK GANCHONG
BERSAMA IBUBAPA🦷✨🇲🇾

'MERDEKAKAN DIRI DARI KARIES'🇲🇾

Sempena bulan kemerdekaan, Klinik Pergigian Peramu Jaya telah menjalankan program bersama ibubapa pelajar pra SK Ganchong pada 26/08/2026.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ibubapa tentang penjagaa pergigian anak-anak mereka.

Aktiviti yang dijalankan adalah:

i) Aktiviti memberus gigi bersama ibu bapa (BEGIN) bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada ibubapa cara-cara memberus gigi anak mereka dengan betul.

ii) Sesi konsultasi bersama ibu bapa bertujuan untuk memberitahu status pergigian anak-anak mereka secara terperinci.

iii) Ceramah pergigian oleh Dr Wan Farah Afifah serta quiz interaktif.

iv) Pertandingan mewarna

v) Anugerah 'Gigi Paling Cantik'

Majlis ini juga turut dirasmikan oleh Guru Besar SK Ganchong, Pn. Ummi Hayati dan di dalam majlis penutup program ini wakil Klinik Pergigian Peramu Jaya telah menandatangani sijil jalinan sebagai tanda hubungan baik bersama SK Ganchong. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru SK Ganchong, staff-staff KP Peramu Jaya dan ibubapa yang turut sama dalam menjayakan program ini.

Pergigian Pahang

Sempena menyambut bulan kemerdekaan 2026, marilah bersama-sama merdekakan diri daripada penyakit pergigian! 🦷 Kenapa pem...
10/08/2026

Sempena menyambut bulan kemerdekaan 2026, marilah bersama-sama merdekakan diri daripada penyakit pergigian!

🦷 Kenapa pemeriksaan gigi penting?
✔️ Mengesan karies gigi di peringkat awal
✔️ Mengesan tanda awal kanser mulut
✔️ Mengelakkan rawatan menjadi lebih kompleks & mahal

Jadi, sempena bulan kemerdekaan tahun ini, dapatkan temujanji bersama doktor gigi di aplikasi Mysejahtera sekarang!

Pergigian Pahang

🦷 8 OGOS 2026 - PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN “KESEJAHTERAAN WANITA: DARI KESIHATAN KE KEYAKINAN DIRI” 💐Sempena sambutan H...
08/08/2026

🦷 8 OGOS 2026 - PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN “KESEJAHTERAAN WANITA: DARI KESIHATAN KE KEYAKINAN DIRI” 💐

Sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan tahun 2026, PKPD Pekan melalui Klinik Pergigian Pekan telah menganjurkan Program Kesihatan Pergigian “Kesejahteraan Wanita: Dari Kesihatan ke Keyakinan Diri” di Wellness Hub Pekan.

Program ini menghimpunkan para wanita daripada pelbagai agensi bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan secara menyeluruh. Antara pengisian yang disampaikan ialah perkongsian mengenai:
🔖 Penjagaan Kesihatan Pergigian
🔖 Kepentingan Saringan Kanser Payudara & Serviks
🔖 Seni Urus Emosi, yang memberi pendedahan kepada para peserta tentang pentingnya menjaga kesejahteraan fizikal, mental dan emosi demi kehidupan yang lebih berkualiti.

Selain itu, para peserta turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti:
📌 Pameran Kesihatan Pergigian
📌 Pemeriksaan & Rawatan Pergigian Percuma
📌 Pemeriksaan Kesihatan Percuma
📌 Melawat booth2 vendor (spa bergerak, gubahan bunga, barangan solekan & perhiasan diri)
📌 Pelbagai pertandingan menarik - shooting netball, gubahan bouquet, hias tote bag, kolaj pergigian, mewarna
📌 Cabutan Bertuah: Teka berat alatan pergigian

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, urus setia, rakan kolaborasi serta para peserta atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dan menjadi inspirasi untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Senyuman sihat, wanita hebat. 🦷💜


Pergigian Pahang

Hari ini, 4/8/2026, Seminar Kesihatan Pergigian Untuk Guru Sekolah telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Pergigian Dae...
04/08/2026

Hari ini, 4/8/2026, Seminar Kesihatan Pergigian Untuk Guru Sekolah telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pekan di Dewan Sri Merchong, Pusat Latihan JKNP, Pekan.

Seminar ini adalah program yang diadakan setiap tahun melibatkan guru-guru di semua sekolah rendah dan sekolah menengah di Daerah Pekan. Seramai 29 orang guru kesihatan dari 29 buah sekolah telah menyertai seminar kali ini.

Pengisian seminar adalah ceramah kesihatan pergigian daripada Dr Nurul Farah bt Azih, Pakar Pergigian Restoratif KP Jalan Gambut, Dr Abd Halim bin Abu Bakar dan Dr Saidatul Najwa bt Shafein dari KP Pekan. Selain ceramah, terdapat aktiviti kuiz dan latihan memberus gigi dengan berkesan (BEGIN).

Semoga seminar ini mencapai objektifnya dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

🦷 Program Jom Berus Gigi Sempena MyBrushHour 2026 ✨ Jom Berus Gigi di Klinik Pergigian di Daerah Pekan 🪥  Pergigian Paha...
22/07/2026

🦷 Program Jom Berus Gigi Sempena MyBrushHour 2026 ✨

Jom Berus Gigi di Klinik Pergigian di Daerah Pekan 🪥




Pergigian Pahang

Address

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pekan
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094227291

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Daerah Pekan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share