Madrasah Nurussalam Al-islamiah-MANIS

Madrasah Nurussalam Al-islamiah-MANIS Madrasah Nurussalam Al Islamiah,atau MANIS,adalah Sekolah Agama Rakyat di bawah JAKIM,terletak bersebelahan dengan Surau Nurul Falah Perumahan Dara,Chini

Alhamdulillah , selesai sudah prgram ' SMART CAMP ' untuk calon UPKK 2025 selama 3 hari 2 malam di MANIS . Semoga ilmu y...
13/10/2025

Alhamdulillah , selesai sudah prgram ' SMART CAMP ' untuk calon UPKK 2025 selama 3 hari 2 malam di MANIS . Semoga ilmu yang disampaikan dari Pakar Motivasi yang dijemput khas dari luar serta JURULATIH UTAMA (J.U) dari daerah-daerah lain bagi setiap mata pelajaran dapat membantu calon² semua dalam menduduki Ujian bertulis tidak lama lagi.

TAHNIAH kepada semua pelajar kerana telah berjaya menyertai dari awal sehingga habis program .

semoga kejayaan milik anda semua .
9A UPKK 2025 .

Alhamdulillah, TAHNIAH kepada semua peserta yang terlibat PERTANDINGAN IHTIFAL ZON 1 di sk chini 1&4 (27/7/2025). Hanya ...
27/07/2025

Alhamdulillah, TAHNIAH kepada semua peserta yang terlibat PERTANDINGAN IHTIFAL ZON 1 di sk chini 1&4 (27/7/2025). Hanya 6 acara sahaja pihak sekolah menghantar wakil untuk bertanding , dan alhamdulillah ,PIALA JUARA PUSINGAN IHTIFAL ZON 1 2025 juga disandang oleh M.A.N.I.S .

Antara acara yang dipertandingkan & mendapat keputusan :
AZAN - JOHAN
JAWI (L) - JOHAN
KHAT (L )- JOHAN
BERCERITA (P) - JOHAN
BERCERITA (L) - N.JOHAN
KHAT (P) -K-3
KHUTBAH - sijil
JAWI (P) - sijil

Peserta² ini akan bertanding ke PERINGKAT DAERAH NEGERI PAHANG di KULLIAH AL-LUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR pada 10/8/2025 (AHAD) . doakan kejayaan anak² MANIS. ☺️

TAHNIAH sekali lagi untuk semua peserta² . Anda smua HEBAT 💪 dan sudah membuat yang TERBAIK 🥰

26/07/2024

Tahniah, murid MANIS.

Program Agenda Mulut Sihat Chini.Majlis perasmian.
26/07/2024

Program Agenda Mulut Sihat Chini.

Majlis perasmian.

Program Agenda Mulut Sihat Chini.
26/07/2024

Program Agenda Mulut Sihat Chini.

25/04/2024

مَنْ جَدَّ وَجَدَ

Maksudnya, "siapa yang bersungguh-sungguh, dia akan mendapatkannya (kejayaan)

Pepatah Melayu ada berbunyi, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Usaha gigih, diiringi dengan doa dan tawakkal, adalah resepi yang diterapkan dalam sistem pendidikan di Madrasah Nurussalam Al-islamiah-MANIS. Usaha gigih murid-murid, disokong oleh ibu bapa, dan komitmen 100% semua guru, sekian lama telah menjadi nadi kecemerlangan UPKK MANIS.

Untuk makluman semua, 5 orang murid MANIS menghuni 10 tempat teratas dalam keputusan UPKK Daerah Pekan. Kejayaan mereka berlima memberi inspirasi kepada semua, dan mengharumkan nama MANIS di persada daerah.

Mereka berlima adalah Hasya Nuwairah Bt Abd Halim (pertama), Wafiy Abd Al Wadud B Muhamad Zamri (kedua), Ameera Adelia Bt Mohd Radzi (ketiga), Muhammad Afiq Al Fatih B Mohamad Norafis (keempat), dan Muhammad Afiq Danial B Mohd Razimi (kelapan).

Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang 8A UPKK, dan kepada semua yang telah berusaha bersungguh-sungguh selama ini. InsyaAllah, kejayaan mengiringi kehidupan anda semua pada masa mendatang.

Semoga MANIS terus cemerlang dan mampu melahirkan generasi Muslim yang hebat, menjadi pemimpin agung pada masa depan.

Di sini lahirnya permata ummah.

Tahniah kepada semua pelajar MANIS yang telah menduduki UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK 2023) . Alhamdulillah daripada ...
18/04/2024

Tahniah kepada semua pelajar MANIS yang telah menduduki UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK 2023) . Alhamdulillah daripada 47 calon, seramai 11 orang mendapat keputusan 8A , manakala 3 orang telah mendapat 7A 1B , 7 orang 6A , 8 orang 5A , 6 orang 4A & 11 orang 3A .

Terima kasih dan TAHNIAH kepada semua penjaga kerana telah memberi sokongan yang padu kepada ank² dan guru² MANIS .

Semoga ank² terus berjaya didunia & akhirat ❤️

SYUKUR ALHAMDULILLAH .. Untuk makluman semua, 2 orang murid MANIS telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang, antara ...
18/04/2024

SYUKUR ALHAMDULILLAH ..

Untuk makluman semua, 2 orang murid MANIS telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang, antara 20 terbaik dalam negeri Pahang.

Tahniah kepada Wafiy Abd Al Wadud b Muhammad Zamri dan Hasya Nuwairah bt Abd Halim.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua guru-guru yang telah berusaha keras mendidik dan sokongan padu ibu bapa.

MANIS terus gemilang dalam mengukir nama di mercu kecemerlangan peringkat negeri Pahang. Satu tradisi yang sangat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada semua.

HAK 2023 . banyak lagi gambar yang kena masukkan.. nak kena downlod lagi 😇 sambung lain hari untk masukkn gambar² yang d...
17/04/2024

HAK 2023 . banyak lagi gambar yang kena masukkan.. nak kena downlod lagi 😇 sambung lain hari untk masukkn gambar² yang dh update 😉

seramai 47 calon UPKK 2023 . semoga kalian smua berjaya walau dimana kalian berada 🥰 doa guru² sntiasa mengiringi kamu s...
17/04/2024

seramai 47 calon UPKK 2023 . semoga kalian smua berjaya walau dimana kalian berada 🥰 doa guru² sntiasa mengiringi kamu smua 😘

Sembang santai calon UPKK 2023 bersama bekas Guru Besar MANIS , Ustz Khairul Nizam .
17/04/2024

Sembang santai calon UPKK 2023 bersama bekas Guru Besar MANIS , Ustz Khairul Nizam .

Address

Perumahan Dara
Pekan
26690

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah Nurussalam Al-islamiah-MANIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share