Klinik Pergigian Pasir Panjang

Directions Contact the practice

Klinik Pergigian Pasir Panjang Boleh hubungi nombor tertera bagi mendapatkan temujanji untuk pemeriksaan dan rawatan gigi.

02/08/2026

Makluman kepada semua warga penduduk Port Dickson dan kawasan sekitar, berikutan cuti peristiwa yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan pada 3 Ogos 2026 (Isnin), semua Klinik Pergigian di daerah Port Dickson akan ditutup. Klinik akan beroperasi semula seperti biasa pada 4 Ogos 2026.

Harap maklum dan maaf di atas segala kesulitan.

19/05/2026

🦷 Gusi sihat, senyuman pun lebih yakin!

Jangan tunggu gusi berdarah atau gigi goyang baru nak bertindak 😖
Gusi yang sihat biasanya:
✨ Berwarna merah jambu
✨ Kemas melekat pada gigi
✨ Tidak bengkak & tidak mudah berdarah

Kalau ada tanda-tanda gusi tak sihat, jangan abaikan ya 👀
Pemeriksaan awal boleh bantu elakkan masalah jadi lebih serius!

💡 Ingat:
“Senyuman cantik bukan sekadar gigi putih… gusi pun kena sihat!”

19/05/2026

⚠️ Gigi goyang bukan normal walaupun umur meningkat!
Ia mungkin tanda periodontitis yang sedang “makan” tulang sokongan gigi 😨

⚠️ Periodontitis ni senyap je dia datang…
Sedar-sedar gigi dah goyang 😱
Check awal, rawat awal!

17/04/2026

Kecil-kecil dah mula jaga,
Lap dan berus jangan dilupa 🫶
Elak manis sebelum lena,
Supaya gigi sihat sentiasa ✨

Setiap senyum bermula daripada penjagaan sejak awal.
Pelihara seawal usia agar senyuman si kecil kekal berseri ✨🦷

04/04/2026

Makluman untuk semua warga penduduk Port Dickson, Klinik Pergigian Port Dickson akan ditutup buat sementara waktu bermula 6 April 2026 hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian bagi memberi laluan proses kerja naik taraf dilakukan.

Maaf atas segala kesulitan.

21/03/2026

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengharukan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Awal Syawal rai kemenangan,
Umat Islam saling berkunjungan,
Tahmid bertukar erti ketenangan,
Selamat menyambut Hari Lebaran

Pergigian Daerah Port Dickson ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah 😊😊😊

12/03/2026
19/02/2026

Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut 2026, Pergigian Daerah Port Dickson ingin menjemput semua warga Port Dickson untuk menyertai Pertandingan Video Kreatif.

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

1. Terbuka kepada semua warga penduduk Port Dickson

2. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 11.59 malam 28 Februari 2026

3. Muat naik video kreatif anda berdurasi 30 saat hingga 1 minit di laman Facebook masing-masing dan tag

4. Pastikan isyarat tangan khas 'spot the signs, stop oral cancer' ada di dalam video kreatif anda.

Pemenang akan berpeluang memenangi hadiah yang menarik. Jangan lepaskan peluang dan mari sama-sama sertai pertandingan ini.

10/02/2026

Kanser mulut masih menjadi antara penyakit yang sering terlepas pandang walaupun kesannya boleh menjejaskan kualiti hidup dan mengancam nyawa. Ramai pesakit hanya mendapatkan rawatan apabila kanser telah berada di peringkat lewat, sedangkan pengesanan awal mampu meningkatkan peluang rawatan yang berjaya.

Sempena Kanser Mulut 2026, bertemakan 'spot the signs, stop oral cancer' tema ini mengingatkan kita bahawa kesedaran adalah kunci utama dalam pencegahan. Dengan mengenali tanda-tanda awal seperti luka yang tidak sembuh, perubahan warna pada mulut, atau rasa sakit yang berpanjangan, kita dapat mengambil tindakan lebih awal. Pemeriksaan mulut secara berkala dan amalan gaya hidup sihat bukan sahaja melindungi diri sendiri, malah membantu menjaga kesejahteraan orang yang kita sayangi.

Jom ikut 6 langkah pemeriksaan mulut sendiri bagi mengesan benjolan atau ketidaknormalan dalam mulut kita.

Jangan lupa untuk like dan share ye😊😊😊

Address

Pasir Panjang
71250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Pasir Panjang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian Pasir Panjang:

Shortcuts

Share