Pergigian Pasir Mas

Pergigian Pasir Mas Laman rasmi bagi Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pasir Mas

20/05/2026

🚬 Bibir Berasap, Kesihatan Lesap.

Setiap sedutan rokok bukan sahaja membakar wang anda, tetapi secara perlahan-lahan merosakkan kesihatan mulut dan tubuh badan. Daripada perubahan warna gigi sehinggalah kepada risiko kanser mulut, kanser paru-paru dan penyakit jantung—adakah ia berbaloi?

Sayangi diri dan keluarga anda. Jadikan hari ini titik permulaan untuk berhenti. Padamkan asap itu sekarang! 🚫🚭

20/05/2026

Tahukah anda?
9/10 orang dewasa di Malaysia mempunyai masalah gusi (NOHSA 2010)

Gigi tak berlubang bukan jaminan sihat: Penyakit gusi (periodontitis) adalah pembunuh senyap yang menyebabkan gigi longgar dan luruh sendiri.

Karang Gigi (Tartar): Ia tidak boleh hilang dengan berus gigi biasa. Perlu rawatan penskeleran (scaling) di klinik gigi.

Ibu Mengandung: Perubahan hormon meningkatkan risiko penyakit gusi. Pemeriksaan gigi sangat penting demi kesihatan ibu dan bayi.

Tanda Amaran: Gusi berdarah, nafas berbau, dan gusi menyusut adalah tanda awal anda perlu berjumpa doktor gigi dengan segera.

Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi! Mari ke Klinik Pergigian KKM terdekat untuk pemeriksaan gusi anda hari ini.



19/05/2026

[ 9 DARIPADA 10 ORANG DEWASA ADA MASALAH GUSI? INI SOLUSINYA! 🦷✨ ]

Masih ingat statistik mengejutkan tempoh hari?
Ya, majoriti rakyat Malaysia mempunyai masalah periodontium (masalah gusi) tidak sihat tanpa mereka sedari! 😱

Penyakit periodontal (penyakit gusi) sering menyerang dalam diam. Sedar tak sedar, gigi sudah mula goyang kerana gusi yang tidak sihat. Akhirnya, belum mencapai usia emas, gusi hanya tinggal batas.

Jangan biarkan diri anda menjadi sebahagian daripada statistik tersebut. Senyuman sihat bermula dengan gusi yang kuat!

Ikuti 4 langkah mudah penjagaan periodontium ini untuk mengekalkan gigi asli anda sepanjang hayat atau sekurang-kurangnya 20 batang gigi asli.

Pesanan buat ibu bapa yang mempunyai bayi 0–6 bulan. Walaupun gigi belum tumbuh, penjagaan gusi dan mulut bayi tetap pen...
19/05/2026

Pesanan buat ibu bapa yang mempunyai bayi 0–6 bulan.

Walaupun gigi belum tumbuh, penjagaan gusi dan mulut bayi tetap penting untuk kesihatan mereka sejak awal.

Sayangi senyuman si kecil dengan menjaga kebersihan mulut mereka sejak 0–6 bulan.
Gusi bersih, bayi selesa, ibu ayah pun lega 🫶

Nantikan siri panduan penjagaan kesihatan pergigian seterusnya untuk anak 6-9 bulan, 9-12 bulan, 1-2 tahun, 2-3 tahun dan 3-4 tahun.

MAJLIS MENJUNJUNG KASIH,MENYULAM KENANGAN Sekitar Majlis Persaraan  5 anggota PKPD Pasir Mas yang telah diadakan pada 30...
18/05/2026

MAJLIS MENJUNJUNG KASIH,MENYULAM KENANGAN

Sekitar Majlis Persaraan 5 anggota PKPD Pasir Mas yang telah diadakan pada 30 April lalu di Dara Glass Hall.

Majlis yang cukup meriah meraikan Pn Rozilah bt Mat Taib,Pn Rohani bt Ab Wahab,Pn Farminy bt Muhamad Zin, En Kiroman bin Jusoh, dan En Mohamed Shukree bin Mohamad Noor.

Yang diraikan ini bukan hanya persaraan, tetapi sebuah perjalanan penuh dedikasi, kesabaran dan jasa yang amat bermakna.

Bertahun berkhidmat, berjuta kenangan tercipta. Ucapan terima kasih dan selamat bersara,semoga kehidupan selepas ini lebih tenang dan membahagiakan di samping keluarga tercinta.

15/05/2026

🌿 ANMS Outreach Literasi Kesihatan Peringkat Daerah Pasir Mas 🌿

Jom hadir beramai-ramai memeriahkan pelbagai aktiviti, pameran kesihatan, booth agensi & jualan menarik! ✨

🎉 150 cabutan bertuah menanti anda!
🚲 Hadiah utama: Basikal

📍 Masjid At-Taqwa Bunut Susu
📅 16 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang

💙 Sihat Itu Saya
💛 Sihat Itu Kita
🇲🇾 Sihat Itu Malaysia

14/05/2026

Nak senyuman kekal cantik, yakin dan sihat?
Rahsianya bukan pada gigi putih semata-mata… tapi bermula dengan gusi yang sihat 🦷✨

Ramai tak sedar, gusi berdarah ketika gosok gigi, gusi bengkak atau mulut berbau sebenarnya boleh menjadi tanda awal penyakit gusi. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan gigi menjadi longgar dan menjejaskan senyuman anda 🥺

Ingat, gusi yang sihat membantu anda mengekalkan senyuman yang lebih yakin dan berkekalan. Jom jaga gusi hari ini demi senyuman yang lebih sihat esok!

13/05/2026
Setinggi-tinggi tahniah kepada Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pasir Mas atas kejayaan memperoleh Tempat Ketiga dalam...
07/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pasir Mas atas kejayaan memperoleh Tempat Ketiga dalam Anugerah Pencapaian Pergigian Terbaik Tahun 2025. Pencapaian ini merupakan bukti komitmen, dedikasi serta usaha warga kerja PKPD Pasir Mas dalam memberikan perkhidmatan pergigian yang cemerlang dan berkualiti.

Anugerah ini disampaikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri, YBhg. Dato' Dr. Mohd Azman bin Yacob kepada Pegawai Pergigian Daerah Pasir Mas , Dr Munalizaini binti Mukhtar bersempena Perhimpuan Bulanan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan yang diadakan pada 23 April 2026.

Beliau menzahirkan ucapan tahniah buat warga kerja PKPD Pasir Mas dan berharap kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

07/05/2026

Tahukah anda?
Penyakit periodontal (penyakit gusi) digelar sebagai ‘penyakit senyap’.

Mengapa? Kerana pada peringkat awal, ia selalunya tidak mendatangkan sebarang kesakitan sehingga anda sendiri tidak menyedarinya.

Menurut dapatan NHMS 2020: Tinjauan Kesihatan Mulut Orang Dewasa 2020, 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia mempunyai masalah periodontium (masalah gusi) tidak sihat!

Adakah anda salah seorang daripada mereka? 😱

Kenali tanda-tanda awal:
✅ Gusi berdarah semasa memberus gigi.
✅ Gusi kemerahan dan bengkak.
✅ Nafas berbau secara berterusan.

Langkah Bijak:

Lakukan pemeriksaan pergigian berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
Jangan tunggu sakit baru berjumpa doktor gigi. Bertindak sekarang demi mengekalkan gigi asli yang sihat atau sekurang-kurangnya 20 batang gigi sepanjang hayat.

Address

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pasir Mas , Jalan Pasir Mas/Lati
Pasir Mas
17000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097932000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share