30/04/2026
🦷✨ Kempen 6020: Senyum Sihat, Hidup Bahagia! ✨🦷
Menjelang usia 60 tahun, Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meyasarkan warga emas untuk mempunyai sekurang-kurangnya 20 batang gigi sendiri 💪
Mengapakah ianya penting?
✔️ Mudah mengunyah & menikmati makanan berkhasiat
✔️ Pertuturan lebih jelas
✔️ Tingkatkan keyakinan diri
✔️ Menyokong kesihatan keseluruhan
💡 Tips penjagaan gigi untuk kekal sihat dan hingga usia emas:
🪥 Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan ubat gigi berfluorida
🧵 Gunakan flos setiap hari untuk membersihkan celah gigi
🥦 Amalkan pemakanan yang seimbang, kurangkan makanan & minuman manis
🚭 Elakkan merokok kerana ia boleh merosakkan gusi dan gigi
🦷 Lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya setahun sekali
Mulakan penjagaan kesihatan mulut anda dari sekarang—gigi sihat, hidup lebih berkualiti! 🌟
60 tahun, 20 gigi – senyuman kekal berseri! 😁