Klinik Pergigian Lundu, Sarawak

Call Directions Contact the practice

Klinik Pergigian Lundu, Sarawak Klinik Pergigian Daerah Lundu merupakan sebuah klinik primer kerajaan di bawah Bahagian Pergigian Kuching.

[PERKHIDMATAN PERGIGIAN BERGERAK | OKTOBER 2026]Perhatian kepada warga Kampung Stoh, Stungkor dan Sematan!Pasukan Pergig...
05/10/2026

[PERKHIDMATAN PERGIGIAN BERGERAK | OKTOBER 2026]

Perhatian kepada warga Kampung Stoh, Stungkor dan Sematan!

Pasukan Pergigian Bergerak Daerah Lundu akan mengadakan lawatan perkhidmatan pergigian bergerak ke Klinik Kesihatan Stoh pada 6 Oktober 2026 (Selasa), Klinik Kesihatan Stungkor pada 20 Oktober 2026 (Selasa) dan Klinik Kesihatan Sematan pada 27 September 2026 (Selasa).

Sila rujuk infografik untuk maklumat lanjut terkini dan hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di talian 082-735097.

Terima kasih.

[KEMUDAHAN BAYARAN TANPA TUNAI DI FASILITI KKM]Selaras dengan usaha pendigitalan perkhidmatan awam melalui Rangka Tindak...
22/09/2026

[KEMUDAHAN BAYARAN TANPA TUNAI DI FASILITI KKM]

Selaras dengan usaha pendigitalan perkhidmatan awam melalui Rangka Tindakan Ekonomi Digital (MyDIGITAL), Klinik Pergigian Lundu akan memulakan servis kemudahan bayaran tanpa tunai (cashless) bagi urusan pembayaran pelanggan.

πŸ“… Bermula 1 Oktober 2026
πŸ’³ Bayaran boleh dibuat menggunakan kad debit/kredit yang diterima
πŸ’° Tiada caj transaksi dikenakan
⚑ Proses pembayaran lebih cepat, mudah dan selamat

Kami berharap kemudahan ini dapat memberikan pengalaman perkhidmatan yang lebih efisien dan selesa kepada semua pelanggan Klinik Pergigian Lundu.

Selamat Hari Malaysia 2026! πŸ‡²πŸ‡ΎKlinik Pergigian Lundu mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. S...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Klinik Pergigian Lundu mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap negara terus subur dalam diri kita.

Malaysia MADANI, Bersama Memacu Negara. β€οΈπŸ’™πŸ’›πŸ€

[PERKHIDMATAN PERGIGIAN BERGERAK | OGOS 2026]Perhatian kepada warga Kampung Stoh, Stungkor dan Sematan!Pasukan Pergigian...
03/09/2026

[PERKHIDMATAN PERGIGIAN BERGERAK | OGOS 2026]

Perhatian kepada warga Kampung Stoh, Stungkor dan Sematan!

Pasukan Pergigian Bergerak Daerah Lundu akan mengadakan lawatan perkhidmatan pergigian bergerak ke Klinik Kesihatan Biawak pada 8 September 2026 (Selasa), Klinik Kesihatan Sampadi pada 22 September 2026 (Selasa) dan Klinik Kesihatan Sematan pada 29 September 2026 (Selasa).

Sila rujuk infografik untuk maklumat lanjut terkini dan hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di talian 082-735097.

Terima kasih.

TAHNIAH DAN SYABAS!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Joey Chua Shi Yin & Dr. Priscilla Thersi Anak Mini yang ...
03/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Joey Chua Shi Yin & Dr. Priscilla Thersi Anak Mini yang mewakili Klinik Pergigian Lundu atas kejayaan meraih Tempat Ketiga bagi Kategori B dalam Pertandingan Penghasilan Bahan Promosi Sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen, kreativiti dan usaha berterusan seluruh warga Klinik Pergigian Lundu dalam memperkasakan promosi serta kesedaran mengenai kepentingan kesihatan pergigian dalam kalangan masyarakat.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan serta menghasilkan inisiatif yang kreatif dan berimpak tinggi pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas atas pencapaian yang membanggakan ini. πŸ‘πŸ»πŸ¦·

[PERKHIDMATAN PERGIGIAN BERGERAK | OGOS 2026]Perhatian kepada warga Kampung Stoh, Stungkor dan Sematan!Pasukan Pergigian...
31/07/2026

[PERKHIDMATAN PERGIGIAN BERGERAK | OGOS 2026]

Perhatian kepada warga Kampung Stoh, Stungkor dan Sematan!

Pasukan Pergigian Bergerak Daerah Lundu akan mengadakan lawatan perkhidmatan pergigian bergerak ke Klinik Kesihatan Stoh pada 4 Ogos 2026 (Selasa), Klinik Kesihatan Stungkor pada 11 Ogos 2026 (Selasa) dan Klinik Kesihatan Sematan pada 18 Ogos 2026 (Selasa).

Sila rujuk infografik untuk maklumat lanjut terkini dan hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di talian 082-735097.

Terima kasih.

[LAPORAN | PROGRAM SENYUMAN EMAS PAWE DAERAH LUNDU 2026]25 Jun 2026 – Program Senyuman Emas PAWE Daerah Lundu 2026 telah...
31/07/2026

[LAPORAN | PROGRAM SENYUMAN EMAS PAWE DAERAH LUNDU 2026]

25 Jun 2026 – Program Senyuman Emas PAWE Daerah Lundu 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Lundu hasil kerjasama Klinik Pergigian Lundu bersama PAWE Lundu dalam usaha meningkatkan kesedaran kesihatan pergigian dalam kalangan warga emas.

Program dimulakan dengan majlis perasmian, yang disempurnakan oleh Dr Asilah Anis binti Ali Yeon, Pegawai Pergigian Daerah Lundu, bersama Pengerusi PAWE Lundu, En. Annuar Bin Lay, diikuti dengan gimik perasmian dan sesi bergambar.

Bagi menyemarakkan suasana, para peserta turut menyertai aktiviti senaman ringan sebelum mengikuti siri ceramah kesihatan yang disampaikan oleh pegawai-pegawai pergigian Klinik Pergigian Lundu.

Antara topik yang diketengahkan ialah:
🦷 Senyuman Sihat Sepanjang Hayat
🦷 Pemakanan Sihat untuk Gigi dan Gusi
🦷 Mulut Sihat, Badan Sihat: Kenali Mulut Kering dan Hubungannya dengan Penyakit Kronik

Selepas sesi ceramah, para peserta menikmati minum pagi sebelum menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan secara serentak, termasuk:
βœ… Saringan dan rawatan pergigian
βœ… Bengkel Kilau Dentur (penjagaan gigi palsu)
βœ… Aktiviti santai dan pendidikan kesihatan pergigian
βœ… Booth pameran kesihatan pergigian

Program diakhiri dengan Majlis Penghargaan dan penyampaian goodies kepada para peserta sebelum menikmati jamuan makan tengah hari.

Klinik Pergigian Lundu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya pihak PAWE Lundu, para penceramah, petugas kesihatan, sukarelawan serta semua peserta yang memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang program berlangsung.

Semoga program seperti ini dapat terus memperkasakan amalan penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan warga emas, sekali gus meningkatkan kualiti hidup melalui senyuman yang sihat sepanjang hayat.

[MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN 2026]🦷 Program MPKP 2026 diteruskan dengan hari ketiga dan keempat dengan sesi inter...
23/07/2026

[MINGGU PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN 2026]

🦷 Program MPKP 2026 diteruskan dengan hari ketiga dan keempat dengan sesi interaktif Penjagaan Gigi Palsu dan Kotak Misteri Kesihatan Pergigian.

Peserta berpeluang mempelajari penjagaan gigi palsu yang betul serta menguji pengetahuan kesihatan pergigian melalui aktiviti yang menyeronokkan.

[KEMPEN MY BRUSH HOUR]🦷✨ Program MyBrush Hour telah berjaya dilaksanakan di sekolah-sekolah sekitar daerah Lundu sebagai...
23/07/2026

[KEMPEN MY BRUSH HOUR]

🦷✨ Program MyBrush Hour telah berjaya dilaksanakan di sekolah-sekolah sekitar daerah Lundu sebagai usaha membudayakan amalan memberus gigi secara berkala dalam kalangan murid.

Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian sejak usia muda, di samping memupuk tabiat memberus gigi yang betul dan konsisten. Semoga usaha berterusan ini dapat melahirkan generasi yang lebih sihat, ceria dan bebas daripada masalah pergigian.

SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK!Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap Bumi Kenyalang terus diperk...
22/07/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI SARAWAK!

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap Bumi Kenyalang terus diperkukuh demi kemajuan serta kesejahteraan bersama.

Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai

Address

Hospital Daerah Lundu
Lundu
94500

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 12:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

+6082735097

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Lundu, Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian Lundu, Sarawak:

Shortcuts

Share