17/04/2021
Bulan puasa sudah dekat, anda risau rawatan pergigian akan membatalkan puasa? Mari kita bincang topik “Adakah rawatan pergigian akan membatalkan puasa?”.
1. Menurut Fikah Perubatan --> Mencabut gigi, menampal gigi, mencuci gigi atau menggosok gigi dengan siwak ataupun memberus gigi tidak membatalkan puasa selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).
2. Menurut sumber dari IOMS (Islamic Organizations for Medical Sciences), The Akademi figh di Jeddah dan WHO Figh As-Sunnah (Sayyid as-Sabiq), dan Fatwa from Yusof Al-Qaradhawi with Majlis Fatwa Eropah:
- injeksi( cucuk) melalui kulit, ke dalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), ke dalam pembuluh darah (intravenous) kecuali bahan yang dicucuk mempunyai zat tidak membatalkan puasa.
- menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya tidak membatalkan puasa.
- mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan tidak membatalkan puasa.
3. Menurut Garis panduan berpuasa bagi pesakit, E-Fatwa.gov.my:
- melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan atau pembersihan karang gigi dan memberus gigi dengan syarat individu tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut tidak membatalkan puasa.
- penggunaan ubat-ubatan dalam bentuk sapuan, balutan dan plaster pada permukaan kulit tidak membatalkan puasa.
Prosedur yang tidak perlu membatalkan puasa:
a. Scaling (mencuci karang gigi)
b. Dental Fillings (tampalan gigi)
c. Crown and bridge (sarung gigi, jambatan gigi)
d. Extraction (cabutan gigi) Perlu diketahui bahawa doktor gigi mungkin memberikan ubat tahan sakit sebelum atau selepas pencabutan yang akan membatalkan puasa anda.
e. Local anesthetic injections prior to dental treatment (injeksi bius)
f. Topical anesthetic gel (ubat bius untuk gusi)
g. Root canal treatments (rawatan akar)
h. Consultation and check-up (Pemeriksaan gigi)
i. Toothbrushing, flossing and using a mouthwash (berus gigi, flos, kumur)
KESIMPULANNYA, rawatan pergigian yang melibatkan air juga boleh dilakukan tanpa membatalkan puasa dengan syarat anda tidak menelan apa-apa.