Klinik Pergigian Lahad Datu

Klinik Pergigian Lahad Datu Klinik Pergigian Lahad Datu Government Dental Clinic

🦷 Senyuman Sihat Bermula Dengan Penjagaan Gigi Yang Betul! ✨Tahukah anda? Kesihatan mulut yang baik bukan sahaja membant...
23/07/2026

🦷 Senyuman Sihat Bermula Dengan Penjagaan Gigi Yang Betul! ✨

Tahukah anda? Kesihatan mulut yang baik bukan sahaja membantu mengekalkan senyuman yang cantik, malah menyumbang kepada kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Amalkan 6 langkah mudah ini setiap hari:
✅ Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
✅ Gunakan ubat gigi berfluorida.
✅ Berkumur dengan ubat kumur berfluorida (jika disarankan).
✅ Gunakan flos gigi untuk membersihkan celah gigi.
✅ Kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis.
✅ Lakukan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya setahun sekali.

💙 Ingat! Mencegah lebih baik daripada merawat. Dengan penjagaan yang konsisten, anda dapat mengurangkan risiko kerosakan gigi dan penyakit gusi.

📍Kunjungi klinik pergigian berhampiran anda untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat penjagaan kesihatan pergigian.

😄 Jaga gigi hari ini, nikmati senyuman sihat sepanjang hayat!




23/07/2026

[INFOGRAFIK]

Betul ke semua gigi bongsu akan bermasalah dan perlu dibuang?

Jawapannya, tak semestinya! 😊

Kalau gigi bongsu tumbuh dengan baik dan boleh dibersihkan, ia mungkin tak perlu dibuang.

Tapi kalau ada tanda-tanda berikut, ia mungkin perlu dicabut:

✅ Gigi berlubang (karies) yang tidak boleh dirawat
✅ Gusi bengkak dan bernanah berulang kali
✅ Kerosakan pada gigi geraham kedua
✅ Pembentukan cyst atau masalah patologi yang lain

📍Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian berhampiran anda supaya doktor gigi boleh menilai keadaannya.

Kongsikan posting ini kepada ahli keluarga atau rakan yang sedang "berperang" dengan gigi bongsu!

Pengarang : Dr Toh Sze Yin (Klinik Pergigian Bandar Maharani)


:20


Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) 2026.Bersempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) 2026, telah diadakan...
22/07/2026

Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) 2026.

Bersempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) 2026, telah diadakan ceramah kesihatan pergigian, tayangan video, demonstrasi memberus gigi secara berkesan dan kuiz di ruang menunggu Klinik Pergigian Lahad Datu.



🦷 Program Kolaborasi Kesihatan Oral dan Agama (KOA) 🤝🏼 Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) Klinik Pergigian Lahad ...
18/07/2026

🦷 Program Kolaborasi Kesihatan Oral dan Agama (KOA) 🤝🏼 Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) Klinik Pergigian Lahad Datu 2026 🦷

Program Kolaborasi Oral dan Agama (KOA) 🤝🏼 Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) yang berlangsung di Gereja Kalvari, Lahad Datu telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Program Kolaborasi Kesihatan Oral dan Agama (KOA) merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia yang menggabungkan perkhidmatan pergigian dan nilai keagamaan manakala Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MPKP) merupakan inisiatif tahunan yang diadakan secara besar-besaran untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kesihatan mulut.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Gereja Kalvari atas kerjasama dan kesudian menjadi tuan rumah, serta kepada semua hadirin yang telah hadir dan memeriahkan program ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program, termasuk ceramah kesihatan pergigian, demonstrasi teknik memberus gigi yang betul, pameran, pemeriksaan dan rawatan pergigian serta pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Klinik Pergigian Lahad Datu, Ikon Gigi (iGG) Puan Damaris, para sukarelawan dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Semoga kita berjumpa lagi dalam program akan datang! 💙🦷




[MAKLUMAN KEPADA PESAKIT]Dimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Lahad Datu sedang dalam proses baikpulih dan ubah suai bang...
07/07/2026

[MAKLUMAN KEPADA PESAKIT]
Dimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Lahad Datu sedang dalam proses baikpulih dan ubah suai bangunan. Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda.

JAUHI 'FAKE DENTIST' 'Akta Pergigian 2018 (Akta 804) yang berkuat kuasa mulai 1 Jan 2022 mensyaratkan hanya pengamal yan...
23/06/2026

JAUHI 'FAKE DENTIST'

'Akta Pergigian 2018 (Akta 804) yang berkuat kuasa mulai 1 Jan 2022 mensyaratkan hanya pengamal yang berkelayakan, berwibawa dan profesional akan didaftarkan serta layak untuk memberi perkhidmatan pergigian.

Seksyen 62(1) Akta 804 memperuntukkan larangan menjalankan amalan pergigian oleh seseorang yang tidak didaftarkan di bawah Akta 804.

Di bawah Seksyen 62(3) akta sama, mana-mana individu yang melanggar peruntukan subseksyen 62(1) akta itu dan disabitkan melakukan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya'.

Astro Awani, 10/08/2022

Syabas & tahniah kepada wakil PTJ Lahad Datu . 🤩🥳
20/05/2026

Syabas & tahniah kepada wakil PTJ Lahad Datu . 🤩🥳

Pasukan Pergigian Bergerak Klinik Pergigian Lahad Datu telah mengadakan ceramah dan Latihan Memberus Gigi(LMG) bagi pela...
29/04/2026

Pasukan Pergigian Bergerak Klinik Pergigian Lahad Datu telah mengadakan ceramah dan Latihan Memberus Gigi(LMG) bagi pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu bertempat di dewan terbuka SK Pekan. Program ini melibatkan semua pelajar dan guru.

Kakitangan yang terlibat terdiri daripada Pasukan Pergigian Bergerak Sekolah Menengah, Sekolah Rendah dan juga Klinik Pergigian Statik SK Siew Ching akan berada di SK Pekan selama 2 minggu bagi pemeriksaan dan juga rawatan pergigian kepada semua pelajar secara besar-besaran.

Diharapkan melalui inisiatif ini, kadar liputan pemeriksaan dan rawatan pergigian pelajar, kesedaran mengenai penjagaan kesihatan pergigian dan juga status kesihatan pergigian pelajar-pelajar SK Pekan semakin meningkat.🦷🙂



Pada 25 April 2026, Klinik Pergigian Lahad Datu telah berjaya menganjurkan Bengkel Training of Trainers Ikon Gigi (iGG) ...
26/04/2026

Pada 25 April 2026, Klinik Pergigian Lahad Datu telah berjaya menganjurkan Bengkel Training of Trainers Ikon Gigi (iGG) dengan jayanya.Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kesedaran dalam kalangan peserta melalui perkongsian yang bermanfaat.
Program dimulakan dengan pengenalan bengkel oleh Dr Annie Khor, diikuti dengan sesi ceramah oleh Dr Soon Ming Wen, Dr Teo Boon Pin dan Dr Dzikri, dan akhirnya dengan sesi kuiz interaktif yang mendapat penyertaan aktif daripada para peserta.
Keseluruhan program berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak yang terlibat. Pihak kami merakamkan penghargaan kepada semua peserta atas kehadiran dan sokongan yang diberikan.
Diharapkan segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam amalan seharian. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Bengkel IGG ini.

Address

Klinik Pergigian Lahad Datu, Peti Surat 60065
Lahad Datu Town
91100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089887158

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian Lahad Datu:

Shortcuts

Share