30/12/2025
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Gigi bongsu terimpak ialah gigi geraham ketiga (biasanya tumbuh umur 17โ25 tahun) yang tidak dapat tumbuh sepenuhnya atau tumbuh pada posisi betul kerana ruang rahang tidak mencukupi atau halangan gigi/ tulang di sekitarnya. Akibatnya, gigi boleh terperangkap sebahagian atau sepenuhnya di dalam gusi atau tulang.
๐ฆท Tanda & masalah yang boleh berlaku
1. Sakit berdenyut di belakang rahang
2. Bengkak, kemerahan atau bau mulut
3. Sukar membuka mulut / sakit telinga
4. Jangkitan gusi (perikoronitis)
5. Kerosakan gigi bersebelahan
๐ฆท Apa yang perlu dilakukan?
1. Dapatkan pemeriksaan gigi di klinik pergigian
2. Jangan tunggu terlalu lama untuk dapatkan rawatan gigi bongsu
๐ฆท Nasihat penjagaan harian
1. Berus gigi dua kali sehari, fokus kawasan belakang
2. Gunakan floss atau berus interdental
3. Kumur air garam suam jika gusi sakit
4. Elakkan merokok (lambatkan penyembuhan)
5. Jumpa doktor gigi jika sakit >2โ3 hari, bengkak, atau demam