04/09/2026
“Jom belajar Bahasa Gigi 😁
Gambar mana paling dekat dengan keadaan gigi & gusi anda sekarang?”
Ramai datang klinik dan cakap:
“Doktor, saya tak rasa sakit pun… tapi gigi ok ke tak?” 🤔
Sebenarnya, sebelum sakit datang, gigi & gusi dah lama bagi “signal” – cuma kita tak faham bahasa gigi je.
Dalam video ini, kita tunjuk beberapa istilah yang selalu doktor guna:
🩸 Gingivitis (Masalah Gusi)
– Gusi merah, bengkak, mudah berdarah masa gosok gigi / makan.
– Tanda awal gusi tak sihat.
🦷 Calculus (Karang Gigi)
– Lapisan keras kekuningan/coklat yang melekat pada gigi.
– Tak boleh hilang dengan berus biasa, kena buat scaling.
🪥 Abrasion (Gigi Haus)
– Permukaan gigi terkikis, biasa sebab berus terlalu kuat / berus keras.
🕳️ Caries (Gigi Berlubang)
– Lubang kecil lama-lama makin besar, boleh jadi sakit berdenyut.
➖ Missing Teeth (Gigi Hilang / Dicabut)
– Kalau dibiarkan lama, gigi sebelah boleh bergerak & susah nak kunyah.
⚡ Attrition (Gigi Terhakis)
– Gigi “rata” atau pecah kecil-kecil, biasa pada orang yang s**a mengetap gigi waktu tidur / stress.
✨ Sound Teeth (Gigi Sihat)
– Gusi merah jambu, tak berdarah, gigi bersih tanpa karang & lubang.
– Inilah target kita! 💯
Kalau rasa gigi anda lebih mirip pada 1–6 berbanding gigi sihat no.7 tu…
Mungkin dah sampai masa untuk:
✅ Scaling & polish
✅ Tampal gigi berlubang
✅ Pemeriksaan penuh dengan doktor gigi
📲 WhatsApp / DM kami untuk booking slot pemeriksaan.
Jangan tunggu sampai sakit baru nak jumpa doktor gigi, ok? 😉