Pergigian Daerah Kuantan

Pergigian Daerah Kuantan Kami Komited Memberi Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Berkualiti melalui Penambahbaikan Berterusan Demi Kepuasan Pelanggan

Kursus Pengukuhan Program Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD) Peringkat Daerah Kuantan Tahun 2026 telah dijalankan ...
23/04/2026

Kursus Pengukuhan Program Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD) Peringkat Daerah Kuantan Tahun 2026 telah dijalankan di Dewan Seminar IIUM dengan penyertaan anggota kesihatan pelbagai disiplin.

🦷 Fokus Pergigian
Stesen pergigian memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan mulut bagi pesakit di komuniti, khususnya pesakit yang memerlukan rawatan di rumah (domisiliari).

Antara perkara yang diketengahkan:
πŸ“’ Penilaian kesihatan mulut pesakit
πŸ“’ Teknik penjagaan oral yang betul
πŸ“’ Pendidikan kesihatan pergigian kepada pesakit & penjaga
πŸ“’ Pengurusan kes pergigian secara praktikal di lapangan

Pendekatan secara stesen ini memberi peluang kepada peserta untuk belajar secara hands-on dan meningkatkan keyakinan dalam memberikan rawatan pergigian yang komprehensif.

Diharapkan latihan ini dapat memperkukuh perkhidmatan pergigian domisiliari di Daerah Kuantan serta meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan mulut dalam komuniti.

Sempena Program Minda Sihat Komuniti Desa MADANI, pihak pergigian Klinik Pergigian Beserah- Mesra Promosi telah dijemput...
23/04/2026

Sempena Program Minda Sihat Komuniti Desa MADANI, pihak pergigian Klinik Pergigian Beserah- Mesra Promosi telah dijemput untuk melakukan pameran dan pemeriksaan pergigian !

😁 Senyuman sihat, keyakinan meningkat!
πŸ’ͺ Mulut sihat, badan pun lebih cergas!

πŸ“… Tarikh : 18 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
πŸ“ Tempat : Klinik Desa Alor Batu, Jabor, Kuantan

πŸ‘‰ Lakukan pemeriksaan gigi setahun sekali
πŸ‘‰ Ingat hari jadi, ingat doktor gigi!

Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung, pasukan pergigian dan pihak penganjur yang telah menjayakan program ini.

23/04/2026

🦷 KEMPEN 6020 🦷

Program Kesihatan Pergigian telah melancarkan Kempen 6020: Umur 60 Tahun, Sekurang-kurangnya 20 Batang Gigi.

Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kesihatan gigi dan mulut dengan matlamat untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi apabila mencecah usia 60 tahun.

AYUH!! Kita mulakan dari hari ini untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi agar matlamat ini tercapai bersama.😊

Pergigian Pahang

17/04/2026

🦷✨ JOM JALANI PEMERIKSAAN GIGI PERCUMA! ✨🦷

Sempena Program Minda Sihat Komuniti Desa MADANI, anda dijemput untuk membuat pemeriksaan gigi secara PERCUMA!

😁 Senyuman sihat, keyakinan meningkat!
πŸ’ͺ Mulut sihat, badan pun lebih cergas!

πŸ“… Tarikh : 18 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
πŸ“ Tempat : Klinik Desa Alor Batu, Jabor, Kuantan

πŸ”₯ JANGAN LEPASKAN PELUANG!
πŸŽ‰ Hadir beramai-ramai bersama keluarga & rakan-rakan!

πŸ‘‰ Lakukan pemeriksaan gigi setahun sekali
πŸ‘‰ Ingat hari jadi, ingat doktor gigi!

Jumpa kami di sana, "Senyuman Anda, Keutamaan Kami, okey 😁"

Pergigian Daerah Kuantan
Klinik Kesihatan Pergigian Beserah

Terima kasih.
🌸Urusetia Program CMKDM PKD Kuantan🌸



[ PROGRAM SENTUHAN RAKYAT MAKMUR 2026 ]Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan pergigian dari Kuanta...
16/04/2026

[ PROGRAM SENTUHAN RAKYAT MAKMUR 2026 ]

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan pergigian dari Kuantan dan Raub atas komitmen dalam menjayakan rawatan pergigian kepada masyarakat.

Sumbangan ini amat bermakna dalam meningkatkan kesihatan pergigian komuniti serta mencerminkan semangat keprihatinan dan kerjasama yang tinggi.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

16/04/2026
✨ **Sambutan Vaisakhi & Program Pemeriksaan Pergigian** ✨Pada 13 April yang lalu, telah berlangsung satu program sempena...
14/04/2026

✨ **Sambutan Vaisakhi & Program Pemeriksaan Pergigian** ✨

Pada 13 April yang lalu, telah berlangsung satu program sempena sambutan Vaisakhi di Gurdwara Sahib Kuantan dengan kerjasama pasukan pergigian yang telah memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan pergigian kepada komuniti setempat.

Vaisakhi merupakan perayaan yang amat signifikan, bukan sahaja sebagai perayaan tuaian dan permulaan tahun baharu dalam kalendar tradisional Punjabi, malah turut memperingati penubuhan Khalsa oleh Guru Gobind Singh Ji pada tahun 1699. Peristiwa bersejarah ini melambangkan nilai keberanian, kesatuan dan pengorbanan dalam kalangan masyarakat Sikh.

Pihak kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada jawatankuasa Gurdwara Sahib Kuantan, seluruh komuniti Sikh, serta pasukan pergigian atas komitmen, kerjasama dan dedikasi yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.

Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada Klinik Pergigian Bandar Kuantan serta Pergigian Daerah Raub atas sokongan melalui penyediaan klinik pergigian bergerak, yang telah banyak membantu dalam memastikan kelancaran pelaksanaan perkhidmatan kepada masyarakat.

Kami amat menghargai sokongan padu dan sambutan yang memberangsangkan daripada komuniti setempat. Semangat kebersamaan ini mencerminkan keprihatinan serta kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.

Semoga usaha sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan demi kesejahteraan bersama.

🌾 Selamat Menyambut Hari Vaisakhi kepada semua yang meraikan. 🌾

[ Majlis Persaraan: Penghargaan atas Lebih 30 Tahun Perkhidmatan Cemerlang ]Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terim...
11/04/2026

[ Majlis Persaraan: Penghargaan atas Lebih 30 Tahun Perkhidmatan Cemerlang ]

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Dr Fauziah Binti Ahmad, KJP Salmila Binti Md Ali, KJP Maziah Binti Abdullah, dan DSA Fuziah Binti Yaacob atas segala jasa, pengorbanan, dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang lebih 30 tahun perkhidmatan dalam pasukan pergigian daerah ini.

Sesungguhnya, sumbangan dan komitmen yang telah diberikan bukan sahaja memberi impak besar kepada organisasi, malah turut menyentuh kehidupan ramai masyarakat yang telah menerima manfaat daripada perkhidmatan yang cemerlang.

Dalam masa yang sama, jutaan terima kasih turut diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis persaraan ini dengan penuh komitmen dan dedikasi. Segala usaha dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.

Kami amat menghargai segala usaha dan bakti yang telah dicurahkan selama ini. Semoga segala kenangan manis sepanjang perkhidmatan akan terus terpahat dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Selamat bersara diucapkan kepada Dr Fauziah Binti Ahmad, KJP Salmila Binti Md Ali, KJP Maziah Binti Abdullah, dan DSA Fuziah Binti Yaacob. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan, dan kebahagiaan yang berpanjangan dalam fasa kehidupan yang baharu ini. Terima kasih atas segalanya.

24/02/2026

Pemeriksaan mulut kendiri adalah penting untuk mengesan tanda-tanda awal kanser mulut seperti ulser yang tidak sembuh melebihi 2 minggu, tompok putih atau merah serta bengkak.

Berikut adalah 6 langkah pemeriksaan mulut kendiri.

Pengesanan dan rawatan pada peringkat awal mampu mengurangkan risiko kanser mulut serta mampu meningkatkan kualiti hidup.

Pastikan segera berjumpa doktor gigi sekiranya anda mempunyai tanda-tanda awal kanser mulut‼️

23/02/2026

APA ITU TIBI? Dan siapa golongan "berisiko" tinggi?


23/02/2026

πŸŒ™βœ¨ RAMADAN 1447H | PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN βœ¨πŸŒ™

Mulut berbau masa puasa? 😷
Takut gosok gigi batal puasa? πŸ€”

Jangan risau! Ini fakta penting yang anda perlu tahu πŸ‘‡

πŸͺ₯ Berus gigi selepas sahur & berbuka
πŸ‘… Bersihkan lidah & gunakan flos untuk kurangkan bau mulut
πŸ‰ Kawal pengambilan makanan manis & melekit
🦷 Scaling, tampalan & X-ray tidak membatalkan puasa (jika tiada bahan ditelan)

πŸ’§ Mulut yang sihat buat anda lebih yakin beribadah dan berinteraksi sepanjang Ramadan.

✨ Kesihatan Mulut Terjaga, Ibadah Puasa Terpelihara

Jom sebarkan info ini kepada keluarga & rakan-rakan ❀️

23/02/2026

Address

Jalan Gambut
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

095140954

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Daerah Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share