02/03/2026
Pernah perasan gusi anda bengkak, merah atau berdarah bila berus gigi? 😬
Ramai anggap ini perkara kecil… sedangkan ia boleh jadi tanda awal penyakit gusi! ⚠️
🦷 Kenapa gusi boleh bengkak?
Apabila plak dan bakteria terkumpul di sepanjang garis gusi, ia akan menyebabkan keradangan (gingivitis).
Jika tidak dirawat, keadaan ini boleh berkembang menjadi periodontitis yang menyebabkan hilang pelekapan gusi kepada tulang, tulang menyusut dan gigi goyang.
🔍 Tanda-tanda gusi bermasalah:
• Gusi merah, bengkak atau lembut bila disentuh
• Gusi berdarah ketika memberus atau floss
• Nafas berbau berpanjangan
• Gusi menyusut dan gigi kelihatan lebih panjang
• Rasa sakit atau tidak selesa ketika mengunyah
Masalah gusi di peringkat awal boleh dirawat dengan penskeleran (scaling) berkala dan teknik penjagaan mulut yang betul.
Rawatan awal jauh lebih mudah dan jimat berbanding rawatan lanjutan.
Di Klinik Pergigian Prima Kuantan, kami lakukan pemeriksaan gusi menyeluruh untuk mengenal pasti tahap masalah dan menyediakan rawatan yang sewajarnya.
📞 Jangan tunggu gigi longgar — buat pemeriksaan hari ini: https://wa.me/601172723035
Jaga Gusi Hari Ini, Selamatkan Gigi Esok.