19/10/2026
PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN KLINIK PERGIGIAN KERTEH KOLABORASI BERSAMA WELLNESS HUB BERSEMPENA WELLNESS HUB KEMAMAN OPEN DAY 2026
Tarikh : 17 Oktober 2026
Tempat : Wellness Hub Kemaman (Klinik Kesihatan Kerteh)
Program ini telah melibatkan pelbagai unit dari PKD Kemaman seperti Unit Vektor, Unit Farmasi, Unit Sains Pemakanan, Unit NCD dan Unit Pemulihan Cara Kerja. Program ini dihadiri seramai 610 orang peserta dari pelbagai lapisan umur.
Antara aktiviti yang dijalankan pada program ini adalah :
🦷 Senaman aerobik dan analisis komposisi badan oleh Wellness Hub
🦷 Pemeriksaan dan saringan kesihatan
🦷 Pemeriksaan pergigian
🦷 Pameran kesihatan pergigian
🦷 Permainan interaktif
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Wellness Hub dan PKD Kemaman yang telah menganjurkan program ini. Semoga program ini dapat memberi ilmu baru yang bermanfaat kepada semua peserta serta dapat meningkatkan kesedaran akan kepentingan kesihatan gigi & mulut.