Klinik Pergigian PutraMahkota - Kuala Kedah

Directions Website Contact the practice

Klinik Pergigian PutraMahkota - Kuala Kedah KLINIK PERGIGIAN PUTRAMAHKOTA. KUALA KEDAH. www.wasap.my/60168593268/temujanji

23/08/2026

🦷 "Cuma hilang sebatang gigi je... Perlu ke ganti balik?"

Ini antara soalan yang paling kerap kami terima.

Hakikatnya... struktur mulut anda tidak akan kekal sama selepas kehilangan gigi.

Inilah perkara yang boleh berlaku lama-kelamaan:
❌ Gigi bersebelahan perlahan-lahan condong ke ruang yang kosong.
❌ Gigi pada rahang bertentangan mula turun atau memanjang kerana tiada gigi lawan untuk menggigit.
❌ Sisa makanan lebih mudah terselit, meningkatkan risiko kerosakan gigi dan penyakit gusi.
❌ Mengunyah menjadi kurang efisien, menyebabkan anda mungkin mengelak makanan tertentu tanpa disedari.
❌ Tulang rahang di kawasan gigi yang hilang akan mula mengecut secara beransur-ansur, menjadikan rawatan pada masa depan lebih rumit.
❌ Jika beberapa batang gigi hilang, bentuk wajah boleh mula kelihatan lebih berusia kerana kehilangan sokongan struktur mulut.

Berita baiknya?
✅ Lebih awal gigi yang hilang diganti, lebih mudah untuk mengekalkan kesihatan mulut anda serta mencegah masalah yang lebih rumit kemudian hari.

Bergantung kepada keperluan anda, pilihan rawatan yang sesuai termasuk:
🦷 Tanam Gigi (Dental Implant)
🦷 Jambatan Gigi (Dental Bridge)
🦷 Gigi Palsu (Denture)

Setiap pesakit mempunyai keadaan yang berbeza. Kami akan mencadangkan pilihan yang paling sesuai mengikut keadaan mulut, gaya hidup, dan bajet anda.

💬 Ada masalah gigi hilang yang anda tangguhkan selama ini?
Hantarkan WhatsApp kepada kami atau buat temujanji konsultasi. Kami akan terangkan semua pilihan rawatan secara jelas—tanpa sebarang paksaan—supaya anda boleh membuat keputusan yang terbaik.

Kadang-kadang gigi memang “lambat sikit” tumbuh 😊Tetapi kadang-kadang juga ada sebab tertentu yang menyebabkan gigi keka...
17/05/2026

Kadang-kadang gigi memang “lambat sikit” tumbuh 😊

Tetapi kadang-kadang juga ada sebab tertentu yang menyebabkan gigi kekal tidak tumbuh seperti biasa.

Pesakit berumur 9 tahun ini datang kerana gigi depan atas masih belum tumbuh, sedangkan sebelah lagi sudah muncul. Selepas pemeriksaan dan rawatan dilakukan, gigi tersebut tumbuh dengan baik dalam tempoh 3 bulan ✨

Setiap kanak-kanak membesar pada kadar yang berbeza, jadi gigi lambat tumbuh tidak semestinya masalah serius.

Namun, pemeriksaan awal sangat penting terutamanya jika:
• Sebelah gigi sudah tumbuh lama tetapi sebelah lagi masih tiada
• Gigi susu masih tidak tanggal
• Gigi kekal masih belum nampak selepas umur sepatutnya
• Ada bengkak atau benjolan pada gusi

Pemeriksaan awal boleh membantu menjadikan rawatan lebih mudah dan mengelakkan masalah yang lebih rumit pada masa akan datang 🦷

Jika ibu bapa perasan gigi anak “lambat tumbuh”, bolehlah datang untuk pemeriksaan 😊

016-859 3268

23/04/2026
Wow , tahun Baru dapat Gigi baru 💕  handsome senyuman ini 😊016-859 3268
05/01/2026

Wow , tahun Baru dapat Gigi baru 💕 handsome senyuman ini 😊

016-859 3268

Bye bye 2025 Dan hai hai 2026 🙂
31/12/2025

Bye bye 2025 Dan hai hai 2026 🙂

Gigi goyang tidak berlaku secara Tiba Tiba. Ia selalunya berpunca daripada karang Gigi yang terkumpul bertahun tahun tan...
23/12/2025

Gigi goyang tidak berlaku secara Tiba Tiba.
Ia selalunya berpunca daripada karang Gigi yang terkumpul bertahun tahun tanpa rawatan.
Scaling Gigi boleh membantu menjaga kesihatan gusi Dan kekuatan Gigi.
Jangan tunggu sampai Gigi bergoyang - cegah lebih awal.

016-859 3268

19/12/2025

“Diam Aiman! Jangan mengamuk, jangan menjerit. Siapa suruh tak dengar cakap ibu supaya gosok gigi setiap malam. Kan sekarang dah sakit gigi.”

“Doktor… tengoklah gigi dia ni.
Hitam. Berlubang. Rosak teruk.
Saya pun tak tahu kenapa dia sorang jadi macam ni.
Doktor cabut jelah semua yang rosak.”

Nada suara Puan Aina meninggi.
Tangannya melipat tubuh, seolah-olah menahan marah yang sudah lama terpendam.

Aiman, kanak-kanak berusia lima tahun itu mulai kaku tidak bergerak di atas kerusi rawatan.
Matanya masih berkaca.
Kedua-dua tangannya menutup mulut.

“Tak mau cabut gigi…”

Suara itu kecil.
Namun cukup membuat suasana di bilik rawatan terasa berat.

Saya, doktor gigi, berhenti memeriksa.

Saya pandang gigi itu.
Kerosakan begini tidak berlaku dalam satu malam.
Ini hasil masa yang panjang.
Bertahun-tahun.

Saya buka sarung tangan dan meletakkannya perlahan.

“Puan… boleh saya cakap terus terang?”

Puan Aina mengangguk.
“Cakaplah doktor. Saya pun dah penat.
Saya tak tahu nak buat macam mana lagi.”

“Puan…
gigi anak puan tidak rosak dengan sendirinya.”

Ayat itu jatuh perlahan.
Namun bilik itu tiba-tiba sunyi.

Puan Aina terpaku.
“Maksud doktor?”

Saya duduk menghadapnya.

“Lubang gigi ni tak muncul sebab anak puan tak dengar cakap semalam.
Ia terbentuk perlahan-lahan.
Hari demi hari.
Malam demi malam.”

Saya bertanya, satu demi satu.
Nada saya rendah, tidak mendesak.

“Siapa sediakan susu sebelum tidur?”

Puan Aina menjawab perlahan.
“Saya…”

“Siapa beli jajan, coklat, air manis?”
“Saya…”

Saya diam seketika sebelum bertanya soalan terakhir.

“Dan siapa yang sepatutnya pastikan gigi digosok betul sebelum tidur?”

Puan Aina tidak menjawab.
Matanya tunduk ke lantai.

“Puan…
anak bawah tujuh tahun belum mampu menjaga kebersihan gigi sendiri.
Walaupun nampak pandai memegang berus,
dia belum tahu membersihkan belakang gigi, celah-celah, dan gusi.”

Saya pandang Aiman.

“Dia buat setakat yang dia mampu.
Yang selebihnya… sepatutnya kita bantu.”

Nada suara Puan Aina mula goyah.
“Saya dah cuba doktor…
tapi dia menangis, tak nak buka mulut.
Susah betul.”

Saya mengangguk perlahan.
“Memang susah.”

“Sebab itu penjagaan gigi perlu bermula seawal gigi pertama tumbuh.
Supaya anak terbiasa.
Supaya ia jadi rutin harian,
bukan sesuatu yang dipaksa.”

Saya menyambung, sedikit lebih tegas.

“Puan, gigi ni rosak bukan sebab degil.
Ia rosak sebab rutin yang kita biarkan.”

Saya berhenti seketika.

“Dan bila kita salahkan anak…
anak belajar satu perkara,
dia percaya semua ini salah dia.”

Mata Puan Aina berkaca.

Saya merendahkan suara.

“Ini bukan untuk menyalahkan puan.
Ini untuk menyedarkan.”

“Kalau kita rawat awal, gigi ni masih ada peluang diselamatkan.
Kalau kita tangguh, sakit akan bertambah…
dan kadang-kadang, cabutan jadi satu-satunya jalan.”

Saya senyum kepada Aiman.

“Adik bukan degil.
Adik cuma perlukan bantuan.”

Aiman perlahan-lahan menurunkan tangannya.

Puan Aina menggenggam tangan anaknya erat.
Suaranya pecah.

“Maafkan ibu…
ibu ingat semua ni salah kamu.”

Aiman tidak berkata apa-apa.
Namun genggamannya tidak dilepaskan.

Pengajaran daripada kisah ini:

1. Karies gigi tidak berlaku secara tiba-tiba,
ia terbentuk sedikit demi sedikit akibat pendedahan gula dan kebersihan mulut yang tidak konsisten.

2. Kanak-kanak belum mampu menjaga gigi sendiri sepenuhnya.
Ibu bapa perlu memantau dan membantu anak-anak untuk memberus gigi sekurang-kurangnya sehingga umur 6–8 tahun.

3. Minum susu pada waktu malam, jajan dan minuman manis tanpa membersihkan gigi adalah antara punca utama gigi berlubang pada kanak-kanak.

4. Pencegahan lebih baik daripada rawatan
Pemeriksaan awal dan rutin kebersihan yang betul boleh mengelakkan kesakitan, jangkitan dan cabutan gigi.

5. Rawatan lewat sering berakhir dengan cabutan
Gigi yang dirawat awal masih boleh diselamatkan, tetapi penangguhan menjadikan kerosakan lebih teruk.

Ingatlah,
gigi anak tidak rosak dalam sehari.
Dan anak kecil tidak pernah gagal menjaga gigi.

Yang sering terlepas pandang…
ialah rutin yang kita tangguhkan.

04/11/2025

Nampak macam hal kecil, tapi inilah rutin harian yang ramai buat secara automatik tanpa fikir cara yang betul.
Ada yang terus letak ubat gigi baru basahkan, ada p**a yang basahkan berus dahulu. Persoalannya, mana sebenarnya yang lebih baik dari sudut sains pergigian?

Pakar pergigian menyarankan supaya berus gigi dibasahkan dahulu sebelum ubat gigi diletakkan. Ini kerana air yang sedikit membantu melembutkan bulu berus dan mengurangkan risiko kecederaan pada gusi, terutamanya bagi individu yang mempunyai gusi sensitif. Bulu berus yang lembap juga membantu ubat gigi tersebar lebih sekata di permukaan gigi semasa memberus.

Selain itu, apabila berus dibasahkan dahulu, jumlah air yang terlibat lebih terkawal. Jika berus dibasahkan selepas ubat gigi diletakkan, ubat gigi akan cepat larut dan kepekatan fluoride akan menurun. Fluoride ialah bahan aktif utama yang bertindak melindungi enamel gigi dan mengurangkan risiko kaviti.
Kajian oleh British Dental Association (BDA) dan NHS UK menunjukkan bahawa terlalu banyak air semasa memberus boleh mengurangkan masa pendedahan fluoride kepada gigi. Ini menyebabkan keberkesanan ubat gigi menurun dan manfaat perlindungan enamel tidak dimaksimumkan.

Satu lagi kesilapan biasa ialah berkumur terlalu banyak selepas memberus. Air yang banyak selepas memberus akan membasuh keluar fluoride sebelum sempat ia bertindak sepenuhnya. Pakar pergigian mencadangkan hanya meludahkan buih ubat gigi, bukan berkumur dengan air selepas memberus, agar kesan fluoride dapat bertahan lebih lama di permukaan gigi.

Kesimp**annya, langkah paling ideal ialah membasahkan berus dahulu, letakkan sedikit ubat gigi bersaiz kacang, dan berus sekurang-kurangnya dua minit tanpa terlalu banyak air.
Perbezaan kecil dalam rutin ini boleh memberi kesan besar terhadap kesihatan gigi jangka panjang.

Anda pilih yang mana satu?

Address

No5, Tingkat Bawah, Jalan Kuala Kedah, Taman Sauh
Kuala
06600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian PutraMahkota - Kuala Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian PutraMahkota - Kuala Kedah:

Shortcuts

Share