21/09/2026
Hari ni doc nak share kes Dental Bridge dan cerita mengenai Immediate Denture.
Patient ni datang dengan 2 gigi hadapan yang longgar disebabkan masalah gusi. Selepas doc cabut gigi tersebut, doc terus bagi patient pakai gigi palsu boleh tanggal (immediate denture) selama lebih kurang 4-6 minggu. Ini adalah supaya gusi tempat cabut gigi tersebut sembuh dengan baik sebelum doc siapkan dental bridge seperti di atas. Patient memilih untuk membuat bridge menggunakan bahan jenis Porcelain fused to Metal, untuk menyerupai dental bridge sedia ada yang dipakai oleh patient pada bahagian gigi bawah.
Apa itu immediate denture? Ianya adapah gigi palsu yang terus boleh dipakai selepas cabutan gigi dilakukan. Patient perlu datang ke klinik untuk doc ambil acuan gigi terlebih dahulu bagi proses pembuatan gigi palsu (denture). Bila gigi palsu dah siap, baru patient datang untuk cabut gigi dan doc terus boleh bagi denture yang dah siap tu.
Kebaikan : patient terus ada gigi selepas gigi dicabut.
Keburukan : selepas gigi dicabut, gusi akan mengecut, maka gigi palsu akan menjadi longgar... biasanya patient boleh datang semula untuk doc reline balik denture tersebut selepas gusi tempat cabut sembuh.
dentistwangsamaju dentistwangsamelawati dentistsetapak dentistkeramat dentistsetiawangsa dentistcheras