Sekretariat Presiden Kolej Universiti Malaya - SPKUM

Sekretariat Presiden Kolej Universiti Malaya - SPKUM Satu organisasi rasmi gabungan antara semua Presiden Kolej Kediaman yang disatukan atas satu nama "Sekretariat Presiden Kolej Universiti Malaya".

MESYUARAT SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ UNIVERSITI MALAYA (SPKUM)Pada 2 April 2026, Sekretariat Presiden Kolej Universiti M...
02/04/2026

MESYUARAT SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ UNIVERSITI MALAYA (SPKUM)

Pada 2 April 2026, Sekretariat Presiden Kolej Universiti Malaya (SPKUM) telah mengadakan satu Mesyuarat SPKUM bersama barisan Presiden Kolej Kediaman Universiti Malaya bagi sesi 2025/2026.

Mesyuarat ini menjadi platform bagi menghimpunkan barisan kepimpinan kolej kediaman Universiti Malaya dalam memperkukuh jaringan kerjasama serta membincangkan pelbagai perkara berkaitan komuniti kolej dan kehidupan mahasiswa di Universiti Malaya.
Melalui sesi ini, SPKUM terus komited memainkan peranan sebagai wadah penyelarasan antara kepimpinan kolej kediaman dalam usaha memperkasakan ekosistem komuniti mahasiswa Universiti Malaya.

Semoga perbincangan yang berlangsung dapat terus memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkasa kesejahteraan serta pengalaman kehidupan kolej dalam kalangan mahasiswa Universiti Malaya.



MESYUARAT PRA STRATEGIK PORTFOLIO TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) DAN IFTAR RAMADANSekretariat Presiden Kolej Kediaman Univ...
31/03/2026

MESYUARAT PRA STRATEGIK PORTFOLIO TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP) DAN IFTAR RAMADAN

Sekretariat Presiden Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPK UM) telah menghadiri Mesyuarat Pra Strategik bersama Portfolio Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) yang dianjurkan oleh Jabatan Strategik & Ekosistem Penginapan Pelajar (JSEPP).

Sesi ini menjadi platform libat urus antara pengurusan universiti dan kepimpinan pelajar bagi membincangkan hala tuju serta pembangunan ekosistem kolej kediaman Universiti Malaya. Program ini turut disusuli dengan Majlis Iftar Ramadan yang menghimpunkan barisan pengurusan HEP dan wakil kepimpinan pelajar.

Semoga perbincangan yang berlangsung dapat memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkasa kesejahteraan dan pengalaman mahasiswa Universiti Malaya.



Salam Aidilfitri 🌙✨Aidilfitri merupakan hari kemenangan yang diraikan selepas sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan R...
20/03/2026

Salam Aidilfitri 🌙✨

Aidilfitri merupakan hari kemenangan yang diraikan selepas sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Ia menjadi simbol kesyukuran, keinsafan dan kembalinya kita kepada fitrah, di samping mengeratkan ukhuwah serta memupuk nilai kasih sayang dalam kalangan masyarakat.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kegembiraan dan kedamaian kepada kita semua serta menguatkan lagi semangat kebersamaan dalam komuniti Universiti Malaya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga Universiti Malaya dan umat Islam.

Bersama memperkukuh ukhuwah dan menyemai nilai kebaikan bersama. 🤍

[DAKWAAN TINDAKAN SAMAN TERHADAP GERAKAN MAHASISWA]SPKUM mengambil maklum dan memandang serius dakwaan berkaitan tindaka...
12/03/2026

[DAKWAAN TINDAKAN SAMAN TERHADAP GERAKAN MAHASISWA]

SPKUM mengambil maklum dan memandang serius dakwaan berkaitan tindakan saman oleh pihak Universiti Malaya terhadap gerakan mahasiswa yang tular di media sosial. Untuk makluman, dakwaan tersebut adalah tidak tepat, dan tindakan pihak universiti hanyalah meminta agar nama Universiti Malaya tidak digunakan tanpa kebenaran rasmi.

SPKUM menyeru semua mahasiswa untuk meneliti kesahihan maklumat sebelum membuat sebarang perkongsian, serta terus mengekalkan budaya wacana yang berhemah dan bertanggungjawab demi menjaga keharmonian serta reputasi Universiti Malaya.

BERSAMA MEMPERKASAKAN KEBAJIKAN BERSAMA
SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ
UNIVERSITI MALAYA
12 MAC 2026


Salam Nuzul Al-Quran 🌙✨Nuzul Al-Quran memperingati peristiwa agung turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW sebag...
07/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 🌙✨

Nuzul Al-Quran memperingati peristiwa agung turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh umat manusia. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran serta menjadikannya panduan dalam setiap langkah kehidupan. 🤍

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran kepada seluruh warga Universiti Malaya dan umat Islam.

Bersama memperkasakan kebaikan bersama.

SPKUM di Majlis Perutusan Tahun Baharu 2026: Rancangan Pendidikan Negara 🇲🇾Lima orang wakil Sekretariat Presiden Kolej U...
02/03/2026

SPKUM di Majlis Perutusan Tahun Baharu 2026: Rancangan Pendidikan Negara 🇲🇾

Lima orang wakil Sekretariat Presiden Kolej Universiti Malaya (SPKUM) telah menghadiri majlis tersebut yang menampilkan pembentangan hala tuju pendidikan negara bagi tahun-tahun mendatang.

Barisan wakil:
• Aatif Dameer — Presiden Kolej Kediaman Ke-5
• Syahmie Xyny — Presiden Kolej Kediaman Ke-7
• Noor Shazwan — Presiden Kolej Kediaman Ke-11
• Danish Anas Yap — Presiden Kolej Kediaman Ke-13
• Muhammad Nabil — Presiden Unit Luar Kampus

Penyertaan ini mencerminkan komitmen mahasiswa dalam memahami dan menyokong aspirasi pembangunan pendidikan negara ke arah yang lebih inklusif, progresif dan mampan. ✨

Mesyuarat bersama Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dan Sekretariat Presiden Kolej Universiti Malaya (SPKUM) 🤝...
02/03/2026

Mesyuarat bersama Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dan Sekretariat Presiden Kolej Universiti Malaya (SPKUM) 🤝

8 Disember 2025, 9.00 malam — Sesi perbincangan strategik telah diadakan bagi meneliti dan membincangkan pelbagai isu berkaitan mahasiswa, termasuk pengurusan parkir, fasiliti (Coway), hal ehwal kolej serta kebajikan pelajar secara menyeluruh.

Komitmen bersama dizahirkan dalam usaha merangka penyelesaian yang konstruktif demi meningkatkan kesejahteraan dan pengalaman warga kampus.

Terima kasih YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas inisiatif Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 🇲🇾Ke arah pendidikan yang...
02/03/2026

Terima kasih YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas inisiatif Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 🇲🇾

Ke arah pendidikan yang lebih inklusif, adil dan berkualiti untuk semua.

Sebagai warga Universiti Malaya, kami menyokong penuh usaha ini demi masa depan negara ✨

[BARISAN SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ UNIVERSITI MALAYA SESI 2025/2026]“Leadership is not about being in charge. It is abo...
25/01/2026

[BARISAN SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ UNIVERSITI MALAYA SESI 2025/2026]

“Leadership is not about being in charge. It is about taking care of those in your charge.”
— Simon Sinek

Memperkenalkan barisan Sekretariat Presiden Kolej Universiti Malaya bagi sesi 2025/2026.

Untuk pengetahuan semua, organisasi SPK terdiri daripada wakil-wakil presiden setiap kolej kediaman di Universiti Malaya.

Berikut merupakan jawatan dan presiden yang dipertanggungjawabkan:

1. Exco Komunikasi Inter-Kampus – Puteri Nurysha, Presiden Kolej Kediaman Kinabalu (KK8)
2. Exco Multimedia dan Publisiti – Noor Shazwan Presiden Kolej Kediaman Ungku Aziz (KK11)
3. Exco Komunikasi Korporat – Aiman Ibrahim, Presiden Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin (KK9)
4. Exco Kebajikan – Aatif Dameer, Presiden Kolej Kediaman Dayasari (KK5)
5. Exco Keselamatan – Adham Shubli, Presiden Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah (KK3)

Tahniah diucapkan di atas pelantikan ini. Semoga semua yang dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah.

BERSAMA MEMPERKASAKAN KEBAJIKAN BERSAMA

SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ
UNIVERSITI MALAYA
SESI 2025/2026





Address

Jalan Universiti
Kuala Lumpur
50603

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekretariat Presiden Kolej Universiti Malaya - SPKUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sekretariat Presiden Kolej Universiti Malaya - SPKUM:

Share