11/01/2017
https://www.facebook.com/detoxgigi/posts/390951504570637:0
Pemilihan berus gigi yang betul.
Biasanya jika korang pergi ke Mydin atau Farmasi, mesti korang perasan kan terlalu banyak berus gigi yang ada dalam bentuk dan saiz yang berbeza.
Kita perlu bijak apabila memilih berus gigi kerana ini bukan sahaja dapat memastikan gigi kita sihat, tetapi juga untuk memastikan kesihatan gigi sentiasa berada pada tahap yang optimum. Berus gigi yang bersesuaian dapat membersih gigi, gusi, lidah dan keseluruhan mulut dengan efektif.
Antara point point yang penting yang kita patut tekankan sebelum mencari berus gigi ialah:
1) Pilih berus gigi yang mempunyai berus yang lembut!
Ramai yang fikir bahawa berus gigi yang kasar dan tebal dapat membantu anda keluarkan kotoran yang degil pada gigi, tapi tanggapan itu adalah SALAH! Berus yang sederhana atau keras boleh menghakis bahagian dalam mulut dan memusnahkan tisu gusi jika digunakan berulang kali.
2) Ia adalah baik untuk menggunakan berus gigi yang mempunyai berus silang pangkah kerana ianya boleh menanggalkan sisa-sisa makanan di bahagian mulut yang sukar untuk dicapai.
3) Pastikan berus gigi itu adalah saiz yang betul untuk anda. Berus bersaiz sederhana adalah yang terbaik untuk muat ke dalam mulut. Jika berus gigi terlalu besar, ia mungkin akan melukakan gusi anda.
4) Carilah yang berkepala bujur/bulat. Kadang kala, Berus yang berbentuk segi empat tepat tidak dapat masuk ke bahagian dalam gigi dan ia akan menyukarkan sisa sisa makan untuk keluar . Oleh itu carilah yang berkepala bujur/bulat.
5) Pegangan badan berus gigi yang anti-licin dan kuat. Pilihlah berus gigi yang mempunyai pemegang getah yang kuat, supaya tangan tak tergelincir apabila anda berus gigi anda.
www.detoxgigi.com