25/06/2024
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐ก๐๐ ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ข๐ก๐ข๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐๐
Kluster Ekonomi dan Kewangan Islam, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan lawatan penanda aras program pengajian Sarjana Ekonomi Islam di Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya (UM).
Lawatan ini disertai oleh:
Dr Nik Mohd Azim Nik Ab Malik (Ketua Kelompok Ekonomi Islam)
Prof Madya Dr Muhammad Hakimi Mohd Shafiai (Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (HEJIM), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM)
Prof Madya Dr Hairunnizam Wahid (Ketua Program Prasiswazah Ekonomi)
Prof Madya Dr. Shahida Shahimi (Ketua Kluster Ekonomi Islam)
Dr Riayati Ahmad (Penyelaras Alumni, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM)
Dr Suhaili Al-Maโamun (Penyelaras Program Sarjana Muda Ekonomi/Sarjana Ekonomi Islam
(Eksekutif)
Dr Raudha Ramli (Penyelaras)
Tujuan lawatan adalah untuk menimba pengetahuan tentang amalan terbaik program pengajian dalam bidang Ekonomi Islam di peringkat Sarjana yang ditawarkan oleh APIUM bagi mempertingkatkan lagi kualiti kurikulum program pengajian SEI yang ingin ditawarkan oleh pihak SEI.
Selain itu lawatan ini juga turut membincangkan bentuk-bentuk kerjasama akademik yang boleh diterokai dan diperkukuhkan antara Jabatan Syariah dan Ekonomi APIUM dengan Kluster Ekonomi dan Kewangan Islam, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) .
25 Jun 2024
Selasa