15/09/2026
Adakah anda sering berdengkur kuat, terjaga pada waktu malam, atau berasa letih sepanjang hari walaupun selepas tidur 8 jam? Anda mungkin mengalami Obstructive Sleep Apnea (OSA) — masalah pernafasan yang berlaku apabila saluran udara anda tersekat semasa tidur.
Berita baik! Alat oral (oral appliance) / M.AD kini terbukti berkesan sebagai rawatan alternatif untuk OSA, terutamanya bagi mereka yang mengalami "Mild to Moderate OSA."
M.A.D ( Mandibular Advancement Device )
Bagaimana ia berfungsi?
Alat oral yang dipakai semasa tidur ini membantu mengekalkan rahang bawah dan lidah anda dalam kedudukan ke hadapan, sekali gus memastikan saluran udara anda sentiasa terbuka dan pernafasan menjadi lebih lancar.
Kelebihan M.A.D / alat oral:
✅ Mengurangkan atau menghilangkan dengkuran dengan ketara
✅ Meningkatkan kualiti tidur dan tahap oksigen dalam darah
✅ Lebih senyap, mudah alih, dan mudah dibawa
✅ Sesuai untuk pesakit yang tidak dapat guna CPAP
Kajian menunjukkan bahawa M.A.D dapat mengurangkan episod apnea-hypopnea (AHI) & meningkatkan kualiti hidup penghidap OSA.
⚠️ Penting: Dapatkan penilaian dan pengukuran oleh doktor gigi atau pakar tidur bertauliah sebelum menggunakan alat oral. Rawatan yang betul bermula dengan diagnosis yang tepat.
Jangan biarkan sleep apnea merosakkan kesihatan dan tenaga anda. Rujuk pakar hari ini dan temui penyelesaian yang sesuai untuk anda!
💤 Tidur lena, hidup lebih bertenaga.