Klinik Pergigian Padang Tengku

Call Directions Contact the practice

Klinik Pergigian Padang Tengku Klinik Pergigian Padang Tengku
27100 Kuala Lipis, Pahang

09-3291116

‼️ PENGUMUMAN ‼️Talian telefon Klinik Pergigian Padang Tengku telah dibaiki dan berfungsi sepenuhnya. Terima kasih atas ...
14/08/2026

‼️ PENGUMUMAN ‼️

Talian telefon Klinik Pergigian Padang Tengku telah dibaiki dan berfungsi sepenuhnya. Terima kasih atas kesabaran anda.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian rasmi kami di 09-3291116.

✨Assalamualaikum dan salam sejahtera.✨Jemput sertai Forum Senyuman Manis Si Kecil 🦷👶 yang akan membincangkan kepentingan...
24/06/2026

✨Assalamualaikum dan salam sejahtera.✨

Jemput sertai Forum Senyuman Manis Si Kecil 🦷👶 yang akan membincangkan kepentingan penjagaan gigi susu dan kesihatan pergigian kanak-kanak.

📅 25 Jun 2026 (Khamis)
🕒 3.00 petang
📍 Facebook Live Pergigian Daerah Lipis

Semua ibu bapa dan penjaga dijemput untuk menyertai forum ini.

Sijil penyertaan disediakan.

‼️ MAKLUMAN‼️Untuk makluman Tuan/Puan, Klinik Pergigian Padang Tengku sedang mengalami gangguan talian telefon atas seba...
18/06/2026

‼️ MAKLUMAN‼️

Untuk makluman Tuan/Puan, Klinik Pergigian Padang Tengku sedang mengalami gangguan talian telefon atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sebarang perkongsian maklumat dan pertanyaan boleh disalurkan melalui alamat e-mel berikut:

📩 [email protected]

Sebarang kesulitan amat dikesali. Terima kasih.

20/03/2026

Pergi ke kebun memetik kelapa,
Kelapa muda airnya segar,
Selamat Hari Raya untuk semua,
Moga hidup sentiasa mekar.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dari kami seluruh warga Klinik Pergigian Padang Tengku 🥰

✨Hari Kesihatan Pergigian “Brighten The Smiles” SMA Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku ✨Tarikh : 25 Februari 2026Masa : 8...
26/02/2026

✨Hari Kesihatan Pergigian “Brighten The Smiles” SMA Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku ✨

Tarikh : 25 Februari 2026
Masa : 8.00 pagi – 2.30 petang
Tempat : Dewan SMA Al-Maidah Addiniah

Persatuan Bergerak Pergigian dari Klinik Pergigian Padang Tengku telah menganjurkan Hari Kesihatan Pergigian SMA Al-Maidah Addiniah dengan jayanya. Seramai 260 orang pelajar telah melibatkan diri dalam program ini.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung antaranya:
🦷 Ceramah dan tayangan video kesihatan pergigian
🦷 Pameran kesihatan pergigian
🦷 Permainan Interaktif
🦷 Latihan memberus gigi

Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi memastikan tahap kesihatan pergigian murid sentiasa terjamin melalui penyampaian perkhidmatan pergigian yang meluas, di samping memberikan pendidikan mengenai penjagaan kesihatan gigi dan mulut yang berkesan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak penganjur, peserta, serta urus setia yang telah menjayakan program ini. Terutama kepada pihak SMA Al-Maidah Addiniah yang menerima kunjungan kami dengan penuh ihtiram.

Kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat Islam. 🕌☪️

Pergigian Pahang
Pergigian Daerah Lipis

Address

KLINIK PERGIGIAN PADANG TENGKU
Kuala Lipis
27100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6093291116

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Padang Tengku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian Padang Tengku:

Shortcuts

Share