13/10/2025
๐ข MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA BILIK RAWATAN PERGIGIAN ๐ฆท
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan bilik-bilik rawatan pergigian akan dilaksanakan di Klinik Pergigian Luyang bermula 13 Oktober sehingga selesai.
Sepanjang tempoh tersebut, perkhidmatan pergigian akan mengalami gangguan memandangkan bilik rawatan akan ditutup sepenuhnya.
Pesakit boleh mendapatkan perkhidmatan pergigian di Klinik Pergigian Bergerak (bas) yang akan ditempatkan di kawasan hadapan lot parking Klinik Kesihatan Luyang.
Selain itu, pesakit juga boleh mendapatkan rawatan pergigian di klinik kerajaan berhampiran seperti berikut:
๐ Klinik Pergigian Kepayan โ 088 236262
๐ Klinik Pergigian UTC โ 088 538680
๐ Klinik Pergigian Putatan โ 088 764069
๐ Klinik Pergigian Penampang โ 088 716608
๐ Klinik Pergigian Tuaran โ 088 793691
๐๏ธ Pesakit juga boleh membuat tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera di klinik-klinik pergigian berhampiran.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Klinik Pergigian Luyang melalui aplikasi WhatsApp di talian 088-715081
(8.00 pagi โ 1.00 petang / 2.00 petang โ 5.00 petang).
Segala kesulitan amat dikesali.
Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.
โ Klinik Pergigian Luyang