02/03/2025
Rawatan Gigi batalkan puasa tak?
Keputusan Majma’ al-Fiqhi al-Islami (No. 93 (1/10), 23-28 Safar 1418H / 28 Jun – 3 Julai 1997):
✅ Menampal, mencabut, mengorek, dan mencuci gigi serta penggunaan alatan dan berus gigi tidak membatalkan puasa.
✅ Syarat: Tiada bahan yang memasuki perut semasa prosedur tersebut.
Berdasarkan Garis Panduan Berpuasa Bagi Pesakit JAKIM:
✅ Prosedur seperti tampalan gigi, cabutan, pembersihan gigi, dan memberus gigi menggunakan siwak tidak membatalkan puasa.
✅ Syarat: Individu tidak menelan bahan semasa prosedur rawatan tersebut.
Rujukan: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/edisi-ramadhan/804-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-92-rawatan-memutihkan-gigi-di-siang-hari-ramadhan