Klinik Pergigian Mesra Promosi Kodiang

Klinik Pergigian Mesra Promosi Kodiang Dapatkan info-info kesihatan pergigian anda disini!

26/11/2025

๐Ÿ“ข Knock knock!
Tahun dah hampir ke penghujung ni, tapiโ€ฆ anda semua dah buat pemeriksaan gigi?

Jangan tunggu sakit baru jumpa doktor!
Pemeriksaan gigi secara berkala bantu cegah
masalah pergigian sebelum ia bermula.
Jom jaga kesihatan mulut demi senyuman sihat dan yakin! ๐Ÿ˜๐Ÿฆท

๐Ÿ“ Kunjungi klinik pergigian berhampiran anda hari ini.



26/11/2025

๐’๐”๐ƒ๐€๐‡ ๐‚๐”๐Š๐”๐ ๐Š๐„ ๐“๐„๐Œ๐๐Ž๐‡ ๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐…๐ˆ๐™๐ˆ๐Š๐€๐‹ ๐Š๐ˆ๐“๐€?

Infografik ini mengingatkan kita tentang saranan masa aktiviti fizikal:
๐Ÿ‘ฆ๐ŸปKanak-kanak 3โ€“17 tahun memerlukan 60 minit sehari
๐Ÿ‘จ๐ŸปDewasa 18โ€“64 tahun adalah 150 minit sehingga 300 minit seminggu
๐Ÿ‘ด๐ŸปWarga emas 65 tahun ke atas disarankan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

Berapakah tempoh masa aktiviti fizikal kita dan keluarga minggu ini? Jika sudah cukup, Tahniah kami ucapkan kerana hidup secara aktif. Jika belum, masih belum terlambat untuk cukupkan baki tempoh aktiviti fizikal kita.

Hujung minggu adalah masa terbaik untuk seisi keluarga bergerak aktif! Meluangkan masa bersama sambil bersenam bukan sahaja menguatkan tubuh, malah mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Aktiviti ringkas seperti berjalan, berbasikal, bermain bola atau senaman ringan sudah cukup memberi banyak manfaat untuk semua peringkat umur.

Pilih aktiviti yang menyeronokkan dan lakukan secara konsisten. Jadikan hujung minggu anda lebih bermakna. Mulakan langkah kecil hari ini demi gaya hidup lebih aktif dan berkualiti! ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ



26/11/2025
Alhamdullilah telah selesai program PDK di Kota Siputeh, Kodiang pada hari ini. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sep...
22/07/2024

Alhamdullilah telah selesai program PDK di Kota Siputeh, Kodiang pada hari ini. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti ceramah yang telah diberikan oleh Dr Aqilah, latihan memberus gigi dan juga pemeriksaan dan rawatan pergigian kepada pelajar -pelajar berpendidikan khas. Seramai 25 orang pelajar yang telah hadir hari ini bersama penjaga mereka. Terima kasih banyak- banyak diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama nya cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar PDK Kota Siputeh. Semoga perkongsian oleh Klinik Pergigian Mesra Promosi Kodiang pada hari ini dapat memberi manfaat kepada semua.

๐Ÿ‰Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Tahun 2024๐Ÿ‰Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2024 sedang berlangsung sepanjang ming...
21/07/2024

๐Ÿ‰Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Tahun 2024๐Ÿ‰

Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2024 sedang berlangsung sepanjang minggu ini dari 15/7/2024 - 21/7/2024. Tema yang ditetapkan pada tahun ini adalah โ€œ1,2,3.. Senyum. Jaga Gigi Senyuman Abadiโ€

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang minggu promosi di Klinik Pergigian Mesra Promosi Kodiang . Ini termasuk, aktiviti sudut santai, ceramah pergigian pameran, permainan interaktif dan pelbagai acara yang menarik.

Terima kasih kepada semua warga Kodiang yang sudi datang ke Klinik Pergigian Kodiang โค๏ธ



17/07/2024

BALING: Dua buah premis yang membuka makmal pergigian tidak sah, di sini, diserbu pihak Kementerian Kesihatan (KKM), baru-baru ini. Operasi yang turut disertai krew 999 mendapati premis yang menawarkan perkhidmatan pembuatan dan pemasangan gigi palsu itu tidak berdaftar di bawah Majlis Pergigian Mal...

16/07/2024

Jawatankuasa Latihan Kepakaran Kesihatan Awam Pergigian bersama Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Kedah akan menganjurkan satu sesi webinar seperti ketetapan berikut:

Tajuk: Global Oral Health Action Plan, Future-Proofing Oral Health: Workforce and Information System In The Global Plan
Tarikh: 16 Julai 2024
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Pautan: https://meet.google.com/kco-mism-ixw
atau boleh scan QR Code di poster.

๐ŸฆทE-sijil disediakan
๐ŸฆทTerbuka untuk semua

16/07/2024

๐‘๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ก๐ข๐ญ๐š๐ฆ, ๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐ฌ๐ข๐š๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐š๐ก๐ฎ?

Tahukah anda?
Akar gigi yang terletak di dalam gusi tidak terkecuali daripada terkena penyakit karies.

Karies akar gigi sering tersembunyi dan kebanyakan pesakit tidak menyedari kehadirannya.

Dapatkan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setahun sebelum terlambat!

Jagalah gigi anda demi senyuman abadi.

16/07/2024
'123 senyum..Jaga gigi senyuman abadi'Klinik Pergigian Mesra Promosi Kodiang (JULAI 2024)Salam semua warga Kodiang! Bert...
16/07/2024

'123 senyum..Jaga gigi senyuman abadi'

Klinik Pergigian Mesra Promosi Kodiang (JULAI 2024)

Salam semua warga Kodiang! Bertemu kembali kita pada bulan Julai ini. Tema pada bulan ini ialah '123 senyum..Jaga gigi senyuman abadi' bersempena dengan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian pada 13-19 Julai 2024
Pelbagai aktiviti menarik juga akan dijalankan pada bulan ini seperti:
๐Ÿฆท Ceramah Kesihatan Pergigian oleh Pegawai dan Juruterapi Pergigian
๐Ÿฆท Pameran dan Tayangan Multimedia
๐Ÿฆท Sudut Santai
๐Ÿฆท Sudut Anda Tanya, Kami Jawab bersama Pegawai Pergigian
๐Ÿฆท Dan macam-macam lagi !

Mai serbu Klinik Pergigian Mesra Promosi Kodiang sekarang!

26/06/2024

Address

Jalan Kodiang, Pekan Kodiang
Kodiang
06100

Telephone

+6049250835

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Mesra Promosi Kodiang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian Mesra Promosi Kodiang:

Share