Alumni SMKA Al-Irshad

08/01/2025
Jom ramai2 meriahkan sekolah kita esok ๐Ÿ˜†
20/12/2024

Jom ramai2 meriahkan sekolah kita esok ๐Ÿ˜†

๐ŸŽ‰โœจ KARNIVAL BOLA SEPAK INTER-ALUMNI 2024 โœจ๐ŸŽ‰๐Ÿ“… Sabtu, 21 Disember 2024๐Ÿ“ Padang SMKA Al-Irshad, Pulau PinangSalam pertemuan...
13/12/2024

๐ŸŽ‰โœจ KARNIVAL BOLA SEPAK INTER-ALUMNI 2024 โœจ๐ŸŽ‰
๐Ÿ“… Sabtu, 21 Disember 2024
๐Ÿ“ Padang SMKA Al-Irshad, Pulau Pinang

Salam pertemuan & kemeriahan buat semua Alumni SMAI! ๐ŸŒŸ Jom kita meriahkan Karnival Bola Sepak Inter-Alumni Anjuran Ke-2! ๐ŸŒˆ Selain pertandingan bola sepak yang penuh aksi, ada pelbagai aktiviti menarik untuk korang nikmati bersama keluarga dan sahabat.

๐Ÿ“Œ APA YANG MENARIK?
๐Ÿ’ผ Gerai Jualan: Nikmati pelbagai juadah & barangan unik dari Alumni SMAI sendiri. Senarai gerai dah dipaparkan, jangan lupa singgah semua! ๐Ÿ˜‹

๐ŸŽจ Stokis Pameran: Kenali projek dan perniagaan alumni yang hebat-hebat belaka! Serlahkan sokongan korang kepada usaha komuniti kita.

๐Ÿซ Agensi Kerajaan: Penglibatan agensi seperti Jabatan Penyebaran Maklumat Nasional (NADI), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), JKR dan MBPP serta servis kesihatan pergigian daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) hadir memeriahkan program.

๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ฆ Aktiviti Kanak-Kanak: Fun & ceria untuk si kecil sementara ibu bapa enjoy aktiviti lain!

๐Ÿ’› Majlis perasmian istimewa akan disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Dr. Mohamad Abdul Hamid, TKM1 Pulau Pinang.

๐Ÿ“ข MASA UNTUK BERJUMPA & BERSATU!
Ayuh, kita sama-sama eratkan ukhwah, bantu PIBG sekolah, dan cipta memori indah. ๐ŸŒŸ Karnival ini bukan sekadar sukan, tetapi platform bersatu hati seluruh Irshadians!

๐Ÿ”ฅ Mark your calendar & spread the word. Jom ramai-ramai kita gegarkan padang SMAI! ๐Ÿ’ช๐Ÿ’š




14/11/2024
Kelas dan aliran menengah atas di Irshad zaman sekarang .. dulu hangpa kelas mana ๐Ÿง ?(Mungkin abang kakak semua boleh sh...
11/02/2023

Kelas dan aliran menengah atas di Irshad zaman sekarang .. dulu hangpa kelas mana ๐Ÿง ?

(Mungkin abang kakak semua boleh share aliran apa dan kerja di mana sekarang.. kot boleh bantu adik-adik/anak-anak kita buat pilihan kelas .. depa kena hantaq borang minggu depan)

๐Ÿ›๏ธ Mesyuarat Agung PIBG SMAI Kali ke-43 ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆPengetua memaklumkan tentang pencapaian SPM2021 yang mana mata GPS sekola...
17/06/2022

๐Ÿ›๏ธ Mesyuarat Agung PIBG SMAI Kali ke-43 ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ

Pengetua memaklumkan tentang pencapaian SPM2021 yang mana mata GPS sekolah ialah 1.84, kedua terbaik di Pulau Pinang dan ke-6 terbaik antara seluruh SMKA di Malaysia. Mata GPS ini juga ialah terbaik dalam rekod sekolah yang mana pertama kali mencapai mata GPS di bawah angka 2.
Mesyuarat kali ini juga telah memilih AJK baharu PIBG untuk sesi seterusnya. Terdapat juga waris dalam kalangan Alumni Irshad yang terpilih menjadi AJK. Semoga mereka dapat menjadi penghubung antara pihak sekolah/PIBG dengan semua Alumni demi pembangunan sekolah dan kemajuan anak-anak pelajar Irshad โค๏ธ

Selamat berbuka puasa buat semua Alumni Al-Irshad.. Doakanlah agar kita semua sentiasa dipelihara olehNYA pada fasa ende...
03/04/2022

Selamat berbuka puasa buat semua Alumni Al-Irshad.. Doakanlah agar kita semua sentiasa dipelihara olehNYA pada fasa endemik ini dan dapat melaksanakan amal ibadah sebaiknya sepanjang Ramadhan 1443H ini.
Juga, semoga adinda/anakanda di Al-Irshad sekarang ini juga dapat belajar dengan lebih baik sekembalinya mereka semua ke sekolah esok hari. Pastinya, Surau Al-Ansori akan kembali dihiasi dengan bacaan Al-Quran disamping qiyam sepanjang Ramadhan โค๏ธ

ุฅู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุฅู†ุง ุฅู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†Semoga Allah ampunkan segala dosa Allahyarham Hassanal Mizal Azman (Alumni Irshad PMR98), rahmat...
28/03/2022

ุฅู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุฅู†ุง ุฅู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†

Semoga Allah ampunkan segala dosa Allahyarham Hassanal Mizal Azman (Alumni Irshad PMR98), rahmati beliau dan tempatkan beliau bersama para solehin di SANA.. Amiin
Untuk makluman semua, jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di Masjid Bagan Belat tengah malam tadi. Allahyarham juga merupakan anakanda kepada Cikgu Mizal Azman, penolong Kanan SMKA Al-Irshad suatu ketika dulu.
Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham

ุงู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุงู†ุง ุงู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู† ุŒุŒ ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑ ู„ู‡ ูˆุงุฑุญู…ู‡ ูˆุนุงูู‡ ูˆุงุนู ุนู†ู‡
25/03/2022

ุงู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุงู†ุง ุงู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู† ุŒุŒ ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑ ู„ู‡ ูˆุงุฑุญู…ู‡ ูˆุนุงูู‡ ูˆุงุนู ุนู†ู‡

Selamat Bersara buat Cikgu Abd. Aziz bin Othman. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan buat semua anak muridmu k...
02/02/2022

Selamat Bersara buat Cikgu Abd. Aziz bin Othman. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan buat semua anak muridmu khususnya berkaitan Kemahiran Hidup, ICT dan Rekabentuk Teknologi. Rasanya Cikgu Aziz telah mula berkhidmat di Irshad sekitar pertenghahan tahun 90-an.
Semoga Cikgu Aziz sentiasa dalam lindungan dan rahmatNYA serta dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan sepanjang tempoh persaraan.
Kredit gambar buat fb SMKA Al-Irshad Rasmi dengan sedikit edit.

Address

Pokok Sena
Kepala Batas
13200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni SMKA Al-Irshad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share