Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kampar

Call Directions Website

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kampar Perkhidmatan Pergigian Kerajaan di daerah Kampar

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia!🇲🇾Salam Hari Malaysia daripada seluruh warga Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kampar. 🦷❤️Semo...
16/09/2026

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia!🇲🇾

Salam Hari Malaysia daripada seluruh warga Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kampar. 🦷❤️

Semoga semangat perpaduan terus mekar dan Malaysia terus harmoni. 🇲🇾✨

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT KESIHATAN PERGIGIAN DI KAMPUNG SUNGAI PERIA TAHUN 2026 ANJURAN PKPD KAMPAR 🦷📅 Tarikh: 12 Septembe...
14/09/2026

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT KESIHATAN PERGIGIAN DI KAMPUNG SUNGAI PERIA TAHUN 2026 ANJURAN PKPD KAMPAR 🦷

📅 Tarikh: 12 September 2026
📍 Tempat: Dewan Bersama Kg. Sungai Peria, Sahom

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini, antaranya:

🦷 Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian
🪥 Demonstrasi Mouth Self Examination (MSE) dan Latihan Memberus Gigi (LMG)
📚 Pameran Pergigian
🎁 Cabutan Bertuah
🎤 Ceramah Kesihatan Pergigian
🎯 Permainan Interaktif

Program ini turut mendapat kunjungan daripada Orang Besar Jajahan (OBJ) Kampar, YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja, Azman bin Dato' Seri Yeop Junior. Kehadiran beliau telah menyerikan lagi program serta mencerminkan sokongan terhadap usaha meningkatkan kesedaran dan penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan komuniti setempat.

Turut terlibat dalam program ini ialah Ikon Gigi, En. Yes Bin Bah Hashim, yang telah meluangkan masa untuk turun padang dan berkongsi nasihat serta tip penjagaan kesihatan pergigian kepada penduduk kampung melalui aktiviti lawatan dari rumah ke rumah. 🏠🦷

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada komuniti serta meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan tahap kesihatan pergigian penduduk Kampung Sungai Peria. 💙🦷

MAKLUMAN‼️‼️NOTIS PEMBERITAHUAN GANGGUAN BEKALAN AIR Sebarang kesulitan amat dikesali dan pihak kami menghargai kejasama...
11/09/2026

MAKLUMAN‼️‼️

NOTIS PEMBERITAHUAN GANGGUAN BEKALAN AIR

Sebarang kesulitan amat dikesali dan pihak kami menghargai kejasama dan kesabaran anda.

[ Klinik Pergigian Mesra Promosi Klinik Pergigian  Kampar ]📢 Jom sertai aktiviti Klinik Pergigian Mesra Promosi!Pelbagai...
04/09/2026

[ Klinik Pergigian Mesra Promosi Klinik Pergigian Kampar ]

📢 Jom sertai aktiviti Klinik Pergigian Mesra Promosi!
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda.

🗓️ September 2026 (Setiap Jumaat dan Rabu)
⏰ 3:00 ptg – 4:30 ptg
📍 Klinik Pergigian Kampar

Jumpa anda di sana! 🦷✨

MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATISelamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia! Sem...
30/08/2026

MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia! Semoga semangat perpaduan, keharmonian, dan cinta akan tanah air terus subur dalam jiwa kita demi memastikan Malaysia terus makmur dan disegani. Bersama-sama kita berganding bahu menjiwai aspirasi Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati untuk masa depan negara yang lebih cemerlang.

Tulus Ikhlas Daripada,
Pegawai Pergigian Daerah
dan Warga Kerja Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kampar.

🍼🦷 Karies Botol SusuTahukah anda? Penggunaan botol susu secara berterusan, terutama ketika tidur, boleh menyebabkan kero...
30/08/2026

🍼🦷 Karies Botol Susu

Tahukah anda? Penggunaan botol susu secara berterusan, terutama ketika tidur, boleh menyebabkan kerosakan gigi pada kanak-kanak.

💡 Jaga gigi si kecil sejak awal!
✨ Elakkan anak tidur dengan botol susu
✨ Bersihkan gigi selepas makan atau minum susu
✨ Elakkan gula tambahan dalam susu
✨ Bawa anak untuk pemeriksaan gigi seawal umur 1 tahun

Gigi sihat, anak ceria! 💙🦷

Program Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (MBSS) @ HEPILI Anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kampar 2026 🦷✨Pada 20 O...
30/08/2026

Program Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (MBSS) @ HEPILI Anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kampar 2026 🦷✨

Pada 20 Ogos 2026, telah berlangsung Program Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (MBSS) @ HEPILI di SK Tualang Sekah.

Program ini disertai oleh kira-kira 300 orang murid sekolah dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran kesihatan pergigian permainan interaktif dan Kuiz Pergigian. 🪥🦷

Aktiviti sebegini bukan sahaja memberi peluang kepada murid mendapatkan informasi kesihatan, malah menjadikan pembelajaran mengenai penjagaan kesihatan pergigian lebih menyeronokkan dan interaktif. 💙

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha berterusan ini dapat memupuk amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan menjaga kesihatan gigi dan mulut sejak usia muda. 🌿✨

🦷✨ PROGRAM KOLABORASI AGAMA (KOA) BERSAMA KOMUNITI AGAMA SIKH ✨🦷Pada 29 Ogos 2026, telah berlangsung Program Kolaborasi ...
30/08/2026

🦷✨ PROGRAM KOLABORASI AGAMA (KOA) BERSAMA KOMUNITI AGAMA SIKH ✨🦷

Pada 29 Ogos 2026, telah berlangsung Program Kolaborasi Agama (KOA) bersama komuniti agama Sikh bertempat di Gurdwara Sahib Malim Nawar.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program berlangsung, antaranya:

🦷 Pameran kesihatan pergigian
🎮 Permainan interaktif
😁 Pemeriksaan pergigian
🦷 Rawatan pergigian

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada komuniti untuk mendapatkan perkhidmatan pergigian, malah menjadi platform untuk berkongsi ilmu dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut dan pergigian. 🤝

Terima kasih diucapkan kepada pihak Gurdwara Sahib Malim Nawar dan seluruh komuniti atas sambutan, penglibatan serta kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung. ❤️

Semoga jalinan kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi Senyuman Sihat, Komuniti Sejahtera! 🦷✨

🏆 DENTAL WARRIORS KEMBALI DIRAIKAN! 🏆Pasukan Dental Warriors, PKPD Kampar sekali lagi diraikan atas kejayaan cemerlang s...
27/08/2026

🏆 DENTAL WARRIORS KEMBALI DIRAIKAN! 🏆

Pasukan Dental Warriors, PKPD Kampar sekali lagi diraikan atas kejayaan cemerlang sebagai Pasukan No. 1 Peringkat Negeri Perak dalam Cabaran Langkah Sihat Itu Saya Antara Jabatan Kesihatan Negeri👟💪🏻

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, semangat berpasukan dan konsistensi seluruh anggota Dental Warriors yang sama-sama berusaha mencapai sasaran langkah harian. Setiap langkah dikumpulkan, setiap usaha membuahkan hasil! ❤️

Pingat dan plak penghargaan telah disampaikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dato’ Dr. Feisul bin Mustapha, sebagai tanda penghargaan atas pencapaian pasukan.

PKPD Kampar turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Rozaimi bin Ramli, Pembantu Khidmat Am, yang berjaya meraih Naib Johan dalam kategori Individu Terbaik. 👏🏻🏅

Semoga kejayaan ini bukan sekadar sebuah kemenangan, tetapi menjadi inspirasi dan harapan kepada seluruh anggota untuk terus mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif, sihat dan cergas. 🌿💪🏻

Satu pasukan, satu semangat, satu langkah menuju kesihatan! 🏆👟

Bersyukur dan bangga diraikan oleh JKN Perak 💪🏾
27/08/2026

Bersyukur dan bangga diraikan oleh JKN Perak 💪🏾

Address

Klinik Kesihatan Kampar
Kampar
31900

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6054660531

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kampar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share