Dr Huda Nabilah

Dr Huda Nabilah A passionate dentist who loves to give values. Feel free to ask regarding dental stuff.

"Dr boleh tak saya nak cabut semua gigi saya dan buat gigi palsu je?"Tak sedikit pesakit saya yang buat permintaan seper...
20/11/2023

"Dr boleh tak saya nak cabut semua gigi saya dan buat gigi palsu je?"

Tak sedikit pesakit saya yang buat permintaan seperti ini. untuk sesetengah keadaan, mungkin ini adalah satu keperluan. Namun sejujurnya saya lebih memilih untuk selamatkan gigi dan menggunakan gigi yang asal daripada menggantikannya dengan gigi palsu.

Kenapa?

Selama lebih setengah dekad saya berada dalam bidang ini, saya dapati gigi palsu tidak dapat menggantikan fungsi gigi sebenar secara total. Mungkin ya untuk tujuan kecantikan tetapi dari sudut 'functional' ianya tidak dapat menggantikan fungsi gigi asal sepenuhnya.

Jadi saya sangat menggalakkan anda untuk jaga gigi anda sebaik mungkin☺️

16/06/2022

Selain daripada gigi palsu yg biasa (baca: boleh dipakai dan dibuka) ada satu lagi jenis gigi palsu yg kekal dalam mulut.

Ianya dipanggil sebagai bridge. Senangkan tak perlu risau gigi palsu tertanggal atau longgar sebab bridge ini telah disimen dengan bahan tampalan yang kuat😊

Nampak macam gigi real kan?👇☺️

Sumber video: tiktok

https://bit.ly/drhudanabilah
https://bit.ly/drhudanabilah
https://bit.ly/drhudanabilah


Jenis2 Sarung Gigi (Crown Gigi)1) PFM crownCrown jenis ini terdiri daripada metal di bahagian dalam dan ceramic (warna g...
26/05/2022

Jenis2 Sarung Gigi (Crown Gigi)

1) PFM crown

Crown jenis ini terdiri daripada metal di bahagian dalam dan ceramic (warna gigi)di bahagian luar. Ianya cantik mengikut warna gigi cuma lama kelamaan lapisan ceramic menjadi haus dan menampakkan lapisan metal di bahagian dalam. (Rujuk gambar 2)

Ramai orang menganggap itu adalah karang gigi atau lubang tetapi itu sebenarnya lapisan metal di bahagian dalam crown .

2) Ceramic crown

Crown ini diliputi lapisan ceramic di bahagian luar dan dalam. Ianya lebih cantik dan lebih bersinar serta lebih kuat dan tahan lama😃

Jadi, pilihan di tangan anda

https://bit.ly/drhudanabilah
https://bit.ly/drhudanabilah
https://bit.ly/drhudanabilah

Gigi Susu vs Gigi KekalSecara umumnya gigi mempunyai 3 lapisan. Lapisan luar gigi yang berwarna putih kita panggil sebag...
23/07/2021

Gigi Susu vs Gigi Kekal

Secara umumnya gigi mempunyai 3 lapisan. Lapisan luar gigi yang berwarna putih kita panggil sebagai enamel, lapisan kedua ialah dentin dan lapisan yang ketiga ialah saraf atau pulpa. Di dalam pulpa inilah terkumpulnya salur2 darah dan saraf dan ianya bersambung antara satu gigi dengan gigi yang lain dan juga bersambung dengan anggota badan yang lain seperti mata, telinga, kepala dan lain2. Sebab itulah tak pelik kalau sakit gigi sampai pening kepala, sakit bahagian p**i sehingga ke belakang telinga dan boleh jadi bengkak pada bahagian2 ini juga.

Namun begitu, ada beberapa perbezaan antara gigi susu dan gigi kekal. Antaranya gigi susu lebih putih warnanya berbanding gigi kekal yang berwarna krim atau sedikit kekuningan. Bilangan gigi susu ialah 20 batang gigi manakala gigi kekal 32 batang gigi. Gigi susu mula tumbuh seawal bayi berusia 6 bulan hingga 3 tahun.

Sekiranya kita lihat dari sudut bentuk atau anatominya, lapisan enamel dan dentin gigi susu lebih nipis berbanding gigi kekal. Sebab itu karies mudah merebak dengan cepat pada gigi susu. Lapisan pulpa gigi susu juga lebih besar jika dibandingkan dengan pulpa orang dewasa. Jika kita lihat akar gigi susu lebih mencapah manakala gigi kekal lebih Panjang dan tegak. Secara semula jadinya, Akar gigi susu akan terhakis dan menjadi semakin pendek apabila tiba masanya untuk digantikan dengan gigi kekal.akar pendek ini akan menyebabkan gigi goyang dan mudah untuk dicabut.

Penting ke anda tahu tentang struktur anatomi gigi ini?
Ya penting supaya anda faham bagaimana karies/lubang merebak pada gigi anda dan menyebabkan sakit gigi:D

Jom join telegram channel Gigi Sihat Sepanjang Hayat untuk dapatkan info2 pergigian


Jom check gigi anda :D

https://bit.ly/hellomydentalcare
https://bit.ly/hellomydentalcare
https://bit.ly/hellomydentalcare




CEGAH SEBELUM GOYAHGigi dan gusi kalau tidak pernah dirawat  boleh meyebabkan penyakit. Kalau sampai gigi goyang tu mema...
12/07/2021

CEGAH SEBELUM GOYAH

Gigi dan gusi kalau tidak pernah dirawat boleh meyebabkan penyakit. Kalau sampai gigi goyang tu memang teruk sangat dah tu. Kalau dah longgar, gigi tersebut perlu dicabut. Apabila tiada gigi, susahlah anda nak makan dan sekiranya anda mahu memakai gigi palsu tetap tak setanding gigi yang asal.

Jadi jangan lupa gosok gigi dua kali sehari, floss gigi dan buat pemeriksaan gigi 6 bulan sekali ye. Kalau anda buat 3 benda ini in shaa Allah gigi anda akan tahan lama sehingga ke hari tua 😀

https://bit.ly/hellomydentalcare

anda nak tahu tips jaga gigi yang lain?? Jom join👇
https://t.me/gigisihatsepanjanghayat

sumber gambar: periodontics.pro.my





Best jugakkan kalau check gigi sambil fefeeling ke angkasa lepas😎Tak sempat nak takut sebab tgk planet2 tu🤪LokasiKlinik ...
12/07/2021

Best jugakkan kalau check gigi sambil fefeeling ke angkasa lepas😎

Tak sempat nak takut sebab tgk planet2 tu🤪

Lokasi
Klinik Pergigian My Dental Care Bangi
https://bit.ly/hellomydentalcare




Kenapa gigi atas anak kecil berlubang & kehitaman?Dr Huda pasti anda semua mesti pernah terjumpa kes anak kecil yang gig...
10/02/2021

Kenapa gigi atas anak kecil berlubang & kehitaman?

Dr Huda pasti anda semua mesti pernah terjumpa kes anak kecil yang gigi hadapannya berlubang & kehitaman.

Kenapa perkara ini berlaku?

Ada 2 sebab

1. Cara bagi susu yang salah
2. Cara penjagaan gigi yg kurang baik.

Anda perlu tahu bila anak anda minum susu, puting susu akan menghala ke lelangit menyebabkan gigi atas anda lebih banyak terkena berbanding dengan gigi bawah. Lidah p**a akan menutupi gigi bawah menyebabkan gigi bawah jarang berlubang berbanding dengan gigi atas.

Karbohidrat dalam susu akan dipecahkan oleh bakteria yg sememangnya ada dalam mulut sejak azali lagi. Keadaan ini menyebabkan mulut menjadi berasid menjadikan Enamel gigi menjadi lebih lembut. Maka senanglah gigi untuk berlubang.

Anda dinasihatkan untuk

1. Mengelap permukaan gigi anak anda dgn kain lembap yg bersih setiap kali selepas minum susu

2. Boleh juga untuk memberi anak anda minum air kosong sebaik sahaja habis minum susu.

3. Jangan biarkan anak anda tidur dengan botol susu.

4. Gunakan cawan apabila anak anda sudah berumur 2 tahun

5. Bawa anak anda utk checkup 6 bulan sekali walaupun gigi anak anda tiada masalah😉

Semoga bermanfaat.

Jemput join group Gigi Sihat Sepanjang Hayat untuk tahu lebih banyak info2 pergigian☺️

http://www.facebook.com/groups/drhudanabilahcommunity/

Boleh ke saya nak minum air gas dr?Boleh tapi sebaiknya setahun sekali saja ye😉Kenapa dr huda kata setahun sekali?Dalam ...
05/02/2021

Boleh ke saya nak minum air gas dr?

Boleh tapi sebaiknya setahun sekali saja ye😉

Kenapa dr huda kata setahun sekali?

Dalam mulut kita memang ada bakteria Strptococcus sejak azali lagi. Bila kita makan makanan manis, bakteria ni akan mencernakan gula dan menghasilkan asid. Asid akan melarutkan mineral dari permukaan gigi dan menjadik gigi mudah berlubang.

Jadi makin banyak kita makan makanan manis makin berasid keadaan dalam mulut kita.

Lagi satu, asid dalam air gas ni juga boleh menghakis gigi. Keadaan ini dr gigi panggil sebagai erosion. Warna gigi berubah menjadi kekuningan & boleh menyebabkam gigi sensitif.

Tu baru air gas. Belum lagi makanan manis lain yg kita makan hari2. Sebab tu dr huda kata sebaiknya minum air gas setahun sekali je. Lagi bagus, tak payah minum langsung😉

http://www.facebook.com/groups/drhudanabilahcommunity/


Semalam ada seorang patient whatsapp tanya pasal supplement gigi☺️Guys, kena ada usaha untuk jaga gigi. Supplement bukan...
04/02/2021

Semalam ada seorang patient whatsapp tanya pasal supplement gigi☺️

Guys, kena ada usaha untuk jaga gigi. Supplement bukanlah penyelamat segalanya untuk anda abaikan kebersihan gigi anda. Kalau dah gigi berlubang mesti kena buat rawatan juga.

Bukan susah pun nak jaga gigi. Semudah gosok gigi 2x sehari, floss gigi & regular check up 6 bulan sekali di klinik gigi sahaja☺️

Sama macam kes kalau kita nak anak pandai. Bukan hanya bergantung pada supplement semata2. Kena ada usaha baca buku & belajar bersungguh2 juga☺️

Okay sekian saja bebelan dr huda pagi ni 🤪

Jemput join group Gigi Sihat Sepanjang Hayat untuk tahu lebih lanjut tentang info pergigian👇

http://www.facebook.com/groups/drhudanabilahcommunity/


Apa nak buat kalau gigi kekal tertanggal ketika bersukan atau terjatuh?Anda perlu tahu yang gigi kita ini mempunyai sara...
03/02/2021

Apa nak buat kalau gigi kekal tertanggal ketika bersukan atau terjatuh?

Anda perlu tahu yang gigi kita ini mempunyai saraf & salur darah, bermakna gigi kita ini hidup. Matlamat kita walaupun gigi tertanggal, kena pastikan agar gigi tersebut “hidup” supaya dapat digunakan seperti sediakala tanpa perlu kepada rawatan akar.

Jadi apa nak buat kalau gigi tertanggal?
1. Relax. Jangan panic.

2. Cari semula gigi yang terjatuh. Pegang bahagian crown gigi. Jangan sesekali pegang akar gigi.

3. Sekiranya akar gigi kotor boleh lalukan air untuk bersihkan akar tersebut.

4. Masukkan gigi ke soket gigi semula

5. Lipatkan tuala dan gigit tuala tersebut dengan kuat.

6. Pergi ke klinik gigi secepat mungkin.
Sekiranya tak berani nak masukkan gigi ke soket sendiri boleh juga

Rendamkan gigi tersebut dengan air liur sendiri. Jangan gunakan air liur orang lain.
Atau boleh juga

✅Rendamkan gigi tersebut dengan susu segar. Bukan susu sejat atau susu pekat tau

✅Dan segera ke klinik gigi berdekatan. Lagi cepat and ke klinik gigi lagi tinggi peluang gigi tersebut hidup dan boleh berfungsi seperti sedia kala 🤩

Smg bermanfaat

Jemput join group Gigi Sihat Sepanjang Hayat untuk tahu lebih lanjut tentang tips2 pergigian👇😉

http://www.facebook.com/groups/drhudanabilahcommunity/


Address

Klinik Pergigian Kajang Prima
Kajang

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Huda Nabilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Huda Nabilah:

Share