Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat

Call Directions

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat
Lot 7523, Jalan Hentian 1C, Plaza Hentian Kajang,
43000 Kajang, Selangor
2.956270, 101.790586 Promosi Kesihatan.
5.

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat diketuai oleh Dr Zailiza binti Suli , Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat. PKD ini menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut kepada lebih kurang 1.3 juta penduduk di seluruh daerah Hulu Langat, iaitu:
1. Kesihatan Keluarga meliputi perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, kesihatan primer dan kesihatan sekolah. Terdapat 11 Klinik Kesihatan, 2 Klinik Ibu dan Anak, 14 Klinik Desa dan 7 Klinik 1 Malaysia beroperasi di bawah pentadbiran PKD Hulu Langat memberikan perkhidmatan pesakit luar, kesihatan ibu dan anak, serta perkhidmatan sokongan seperti rehabilitasi, radiology (x-ray), pemakanan dan dietary, perkhidmatan sosial perubatan.
2. Kawalan Penyakit dan Persekitaran meliputi program kawalan penyakit berjangkit, kawalan penyakit bawaan vektor, kawalan penyakit TB/Kusta, kawalan HIV/AIDS, kesihatan persekitaran, kawalan mutu air minuman, bekalan air kesihatan awam dan sanitari (BAKAS), inspektorat dan perundangan.
3. Farmasi yang memberikan perkhidmatan ubat-ubatan di klinik-klinik di bawah pentadbiran PKD Hulu Langat.
4. Kualiti dan Keselamatan Makanan.

18/10/2026

Penutupan sekolah bertujuan untuk mengurangkan pendedahan pelajar kepada udara tercemar. Ibu bapa dan penjaga disarankan memastikan anak-anak berada di dalam rumah serta menangguhkan aktiviti bermain dan bersukan di luar.

πŸ“± Semak bacaan IPU sebelum merancang aktiviti.
😷 Jika perlu keluar, gunakan pelitup muka yang sesuai dan pakai dengan betul.
🩺 Dapatkan pemeriksaan jika anak mengalami batuk, sesak nafas atau gejala semakin teruk.

Lindungi kesihatan anak-anak anda.


17/10/2026

Jaga Kebersihan Persekitaran

Seram sejuk duduk di rumah ingatkan ada 'gangguan' hantu, rupa-rupanya sebab rumah kotor bersepah dengan sampah sarap!

Jangan biarkan rumah anda menjadi sarang haiwan perosak.

Cuci, kemas dan buang sampah dengan betul, barulah kesihatan seisi keluarga sentiasa terjaga.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

16/10/2026

MyLapor kini di MySejahtera!

Kini, orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dengan lebih mudah melalui MyLapor di aplikasi MySejahtera.

Aduan yang disalurkan membantu KKM dalam usaha pemantauan dan penguatkuasaan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk semua.

Lihat. Klik. Lapor

Bersama-sama kita menyokong usaha ke arah Malaysia Bebas Asap Rokok. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸš­

Kemas kini aplikasi MySejahtera dan gunakan MyLapor hari ini.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Jangan hanya percaya pada pandangan mata. Bacaan IPU boleh berubah dan meningkat pada bila-bila masa.πŸ“± Semak IPU sebelum...
15/10/2026

Jangan hanya percaya pada pandangan mata.

Bacaan IPU boleh berubah dan meningkat pada bila-bila masa.

πŸ“± Semak IPU sebelum keluar.
🏠 Kurangkan masa di luar bangunan.
😷 Pakai pelitup muka N95 dengan betul jika perlu keluar.
βœ… Ikuti nasihat rasmi dari semasa ke semasa.

Semak bacaan IPU terkini melalui portal atau aplikasi rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS).



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

15/10/2026

MyLapor : Perkasa Penguatkuasaan Akta 852 Melalui Penglibatan Masyarakat

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1.

Tarikh: 15 Oktober 2026 (Khamis)
Waktu: 9.20 pagi

Panel:
YBrs. Dr Ismuni bin Bohari
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
Kementerian Kesihatan Malaysia

MyLapor : Perkasa Penguatkuasaan Akta 852 Melalui Penglibatan MasyarakatSaksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia e...
15/10/2026

MyLapor : Perkasa Penguatkuasaan Akta 852 Melalui Penglibatan Masyarakat

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1.

Tarikh: 15 Oktober 2026 (Khamis)
Waktu: 9.20 pagi

Panel:
YBrs. Dr Ismuni bin Bohari
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)
Kementerian Kesihatan Malaysia



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Kanak-kanak, warga emas dan individu yang menghidap penyakit kronik lebih mudah terjejas akibat jerebu.Tindakan yang per...
14/10/2026

Kanak-kanak, warga emas dan individu yang menghidap penyakit kronik lebih mudah terjejas akibat jerebu.

Tindakan yang perlu dilakukan:

🏠 Pastikan mereka berada di dalam bangunan dengan udara yang lebih bersih.
⏱️ Hadkan tempoh berada di luar.
πŸ’Š Pastikan ubat-ubatan diambil mengikut arahan doktor.
🩺 Pantau keadaan kesihatan dan dapatkan rawatan jika gejala berterusan atau bertambah teruk.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

πŸŽ€ PINK OCTOBER 2026 πŸŽ€πŸ’— SCREEN TODAY, SMILE TOMORROW πŸ’—Wanita 18 tahun ke atas, ini jemputan khas untuk ANDA! 🌷Bulan Oktob...
13/10/2026

πŸŽ€ PINK OCTOBER 2026 πŸŽ€

πŸ’— SCREEN TODAY, SMILE TOMORROW πŸ’—

Wanita 18 tahun ke atas, ini jemputan khas untuk ANDA! 🌷

Bulan Oktober ini, luangkan sedikit masa untuk diri anda.
Datang ke Klinik Kesihatan Semenyih dan jadikan saringan payudara sebagai satu langkah kecil untuk menjaga kesihatan dan masa depan anda. 🌸

πŸ“… 14 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Klinik Kesihatan Semenyih

✨ Pelbagai aktiviti menarik disediakan:
πŸŽ€ Ceramah kesihatan berkaitan kanser payudara
πŸŽ€ Pemeriksaan payudara
πŸŽ€ Saringan & konsultasi kesihatan
πŸŽ€ Temujanji ultrasound / mammogram bagi yang memerlukan

🌷 Jangan tunggu ada simptom baru mahu diperiksa.
🌷 Jangan tunggu β€œnanti ada masa”.
🌷 Jadikan kesihatan diri satu keutamaan.

πŸŽ€ SCREEN TODAY, SMILE TOMORROW πŸŽ€



πŸŽ€πŸŽ—οΈ

13/10/2026

Luangkan hanya 10 minit setiap minggu untuk pastikan rumah anda bebas Aedes!

Amalkan rutin Cari dan Musnah dengan membuang air bertakung, membuang bekas yang tidak digunakan dan menyental permukaan bekas takungan air.

Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik dan tutup rapat semua bekas simpanan air.

Ingat, tindakan pantas 10 minit ini mampu melindungi nyawa seisi keluarga.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Address

Jalan Hentian 1B
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

0387367770

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share