11/09/2026
π¦· MAJLIS SERAH TUGAS PEGAWAI PERGIGIAN
KLINIK PERGIGIAN KABONG π¦·
09 September 2026 - Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr. Mardhyyah Binti Azmi, Pegawai Pergigian UG9, atas segala jasa, komitmen, kepimpinan dan dedikasi sepanjang menjalankan amanah sebagai Pegawai Pergigian Yang Menjaga Klinik Pergigian Kabong. π€
Kini, amanah tersebut diteruskan oleh Dr. Muhammad Saifuddin Bin Abd Talib, Pegawai Pergigian UG9, selaku Pegawai Pergigian Yang Menjaga Klinik Pergigian Kabong.
Semoga dengan pertukaran amanah ini, Klinik Pergigian Kabong terus melangkah maju dalam memberikan perkhidmatan pergigian yang berkualiti, cekap dan mesra kepada seluruh komuniti Kabong. π¦·β¨
Terima kasih Dr. Mardhyyah atas segala tunjuk ajar dan kenangan yang telah ditinggalkan. Semoga terus maju jaya di tempat dan dalam amanah yang baharu. π·
Selamat menjalankan amanah kepada Dr. Muhammad Saifuddin. Semoga terus memimpin dengan penuh dedikasi dan semangat demi kecemerlangan Klinik Pergigian Kabong. πͺπ»π¦·
βSatu Amanah, Satu Pasukan, Demi Kesihatan Pergigian Komuniti.β β€οΈ