Klinik Pergigian Al FATEH JITRA

Call Directions Contact the practice

Klinik Pergigian Al FATEH JITRA ONE STOP CENTRE for all dental treatment with experience dentist & surgeon. � Klinik Pergigian Al Fateh Jitra +6 (04) 917 1155 / +6 (011) 6521 1557

Tampalan gigi komposit ialah rawatan untuk membaiki gigi yang berlubang, retak kecil atau sumbing menggunakan bahan resi...
19/10/2026

Tampalan gigi komposit ialah rawatan untuk membaiki gigi yang berlubang, retak kecil atau sumbing menggunakan bahan resin komposit yang berwarna hampir sama dengan gigi asli.

Kelebihan tampalan gigi komposit :

✅ Warna hampir sama dengan gigi asli, jadi tampalan kurang kelihatan.
✅ Mengekalkan lebih banyak struktur gigi berbanding sesetengah jenis tampalan lain.
✅ Melekat kuat pada struktur gigi, membantu menguatkan gigi.
✅ Sesuai untuk gigi hadapan dan belakang (bergantung pada saiz tampalan).
✅ Boleh membaiki gigi yang sumbing atau haus sedikit.
✅ Biasanya siap dalam satu lawatan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan gigi,
Anda boleh hubungi kami dengan klik link di bawah:
https://wa.me/message/5XLCIVDG57PQC1

Kami juga boleh dihubungi ditalian: 010-3576299 atau 04-9162999

Antara kebaikkan gigi palsu jenis akrilik ialah :1)Harga lebih murah2)Penampilan lebih semula jadi3)Mudah dibaiki4)Mudah...
18/10/2026

Antara kebaikkan gigi palsu jenis akrilik ialah :
1)Harga lebih murah
2)Penampilan lebih semula jadi
3)Mudah dibaiki
4)Mudah dibersihkan
5)Proses pembuatan yang agak mudah
6)Masa untuk siap gigi palsu lebih cepat

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan gigi, boleh terus berhubung dengan kami di Whatsapp melalui klik link di bawah :
https://wa.me/message/5XLCIVDG57PQC1

Kami juga boleh dihubungi ditalian: 010-3576299 atau 04-9162999


Cara penjagaan selepas rawatan pemutihan gigi :1)Elakkan makanan dan minuman yang mudah meninggalkan kesan warna2)Minum ...
17/10/2026

Cara penjagaan selepas rawatan pemutihan gigi :
1)Elakkan makanan dan minuman yang mudah meninggalkan kesan warna
2)Minum air kosong dengan kerap
3)Elakkan merokok dan v**e

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan gigi, boleh terus berhubung dengan kami di Whatsapp melalui klik link di bawah :
https://wa.me/message/5XLCIVDG57PQC1

Kami juga boleh dihubungi ditalian: 010-3576299 atau 04-9162999


Tongue tie atau ankyloglossia ialah keadaan apabila tisu nipis di bawah lidah yang dikenali sebagai lingual frenulum ada...
17/10/2026

Tongue tie atau ankyloglossia ialah keadaan apabila tisu nipis di bawah lidah yang dikenali sebagai lingual frenulum adalah pendek, tebal atau ketat sehingga mengehadkan pergerakan lidah.

Dalam keadaan normal, lingual frenulum membolehkan lidah bergerak dengan bebas. Namun, bagi individu yang mempunyai tongue tie, pergerakan lidah mungkin terhad, bergantung pada tahap keterikatan tisu tersebut.

Antara tanda yang boleh dikenal pasti ialah:

▪ Sukar mengangkat hujung lidah ke arah lelangit.
▪ Sukar menjulurkan lidah melepasi gigi hadapan bawah.
▪ Hujung lidah kelihatan berbentuk hati apabila dijulurkan.
▪ Pergerakan lidah ke kiri dan kanan terhad.
▪ Kesukaran menyusu bagi sesetengah bayi.
▪ Masalah pergerakan lidah yang boleh menjejaskan pertuturan atau fungsi oral bagi sesetengah individu.

Elektrokauteri (electrocautery) ialah alat yang menggunakan elemen pemanas untuk memotong atau mengawal pendarahan pada tisu. Dalam konteks rawatan tongue tie, alat ini boleh digunakan oleh pengamal yang terlatih untuk melepaskan lingual frenulum yang mengehadkan pergerakan lidah.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan gigi, boleh terus berhubung dengan kami di Whatsapp melalui klik link di bawah :
https://wa.me/message/5XLCIVDG57PQC1

Kami juga boleh dihubungi ditalian: 010-3576299 atau 04-9162999


Rawatan FRC (Fiber Reinforced Composite) adalah rawatan alternatif untuk menggantikan sebatang gigi yang hilang (kebiasa...
16/10/2026

Rawatan FRC (Fiber Reinforced Composite) adalah rawatan alternatif untuk menggantikan sebatang gigi yang hilang (kebiasaannya gigi hadapan). Gigi gantian ini dibina menggunakan bahan tampalan komposit yang diperkukuhkan dengan jalur khas (fiber) agar lebih kuat dan tahan lasak.

Kelebihan FRC:

✅ Lebih estetik kerana hampir tidak kelihatan.
✅ Mengurangkan keperluan mengikis gigi berbanding bridge tradisional.
✅ Prosedur biasanya lebih cepat dan boleh disiapkan dalam satu lawatan.
✅ Kos lazimnya lebih rendah berbanding implan gigi.
✅ Mudah dibaiki jika berlaku kerosakan kecil.

Sesuai untuk keadaan gigi seperti:

▪️Kehilangan sebatang gigi, terutamanya gigi hadapan.
▪️Mahukan penyelesaian sementara sebelum menjalani implan.
▪️Tidak mahu atau belum sesuai menjalani pembedahan implan.
Kurang sesuai jika:
▪️Kehilangan banyak batang gigi.
▪️Tekanan kunyahan sangat tinggi.
▪️Gigi penyokong lemah atau mempunyai penyakit gusi yang teruk.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan gigi,
Anda boleh hubungi kami dengan klik link di bawah:
https://wa.me/message/5XLCIVDG57PQC1

Kami juga boleh dihubungi ditalian: 010-3576299 atau 04-9162999

Antara kebaikan direct veneer ialah :1)Memperbaiki bentuk gigi2)Membetulkan gigi yang sedikit tidak sekata.3)Menutup rua...
16/10/2026

Antara kebaikan direct veneer ialah :
1)Memperbaiki bentuk gigi
2)Membetulkan gigi yang sedikit tidak sekata.
3)Menutup ruang kecil antara gigi (diastema).
4)Memanjangkan gigi yang kelihatan pendek.
5)Memperbaiki gigi yang sumbing atau haus.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan gigi, boleh terus berhubung dengan kami di Whatsapp melalui klik link di bawah :
https://wa.me/message/5XLCIVDG57PQC1

Kami juga boleh dihubungi ditalian: 010-3576299 atau 04-9162999


Mucocele ialah satu benjolan atau sista kecil yang berisi cecair mukus (air liur) dan terbentuk di dalam rongga mulut--C...
15/10/2026

Mucocele ialah satu benjolan atau sista kecil yang berisi cecair mukus (air liur) dan terbentuk di dalam rongga mulut-
-

Ciri-Ciri Mucocele

• Rupa bentuk: Berbentuk bulat, lembut, berwarna jernih, normal, atau sedikit kebiruan.
• Lokasi biasa: Paling kerap muncul di bibir bahagian bawah, bahagian dalam p**i, atau di bawah lidah.
• Rasa: Biasanya tidak sakit, tetapi boleh terasa mengganggu ketika makan atau bercakap.
• Bukan kanser: Ia adalah lesi atau ketumbuhan jinak (bukan kanser).

Hawley retainer ialah alat penahan gigi yang boleh ditanggalkan (removable retainer) dan digunakan selepas rawatan ortod...
15/10/2026

Hawley retainer ialah alat penahan gigi yang boleh ditanggalkan (removable retainer) dan digunakan selepas rawatan ortodontik, seperti pemakaian braces, untuk mengekalkan kedudukan gigi yang telah diluruskan.

Hawley retainer merupakan salah satu jenis retainer yang paling lama digunakan dalam bidang ortodontik. Ia diperbuat daripada gabungan wayar logam dan plat akrilik yang disesuaikan mengikut bentuk mulut pesakit.

Hawley retainer mempunyai beberapa fungsi utama:

▪ Mengekalkan kedudukan gigi selepas rawatan braces supaya gigi tidak bergerak kembali ke kedudukan asal.
▪ Membantu mengekalkan susunan gigi selepas rawatan ortodontik.
▪ Membolehkan pelarasan tertentu oleh doktor gigi jika diperlukan.
▪ Mempunyai ketahanan yang baik jika dijaga dengan betul.

Selepas braces ditanggalkan, gigi masih mempunyai kecenderungan untuk bergerak. Hal ini berlaku kerana tisu di sekeliling gigi memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kedudukan baharu.

Oleh itu, penggunaan retainer sangat penting untuk mengekalkan hasil rawatan ortodontik.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan gigi, boleh terus berhubung dengan kami di Whatsapp melalui klik link di bawah :
https://wa.me/message/5XLCIVDG57PQC1

Kami juga boleh dihubungi ditalian: 010-3576299 atau 04-9162999


14/10/2026
"Doktor , kenapa ada pantang larang selepas cabutan gigi?"Kebiasaannya untuk mengelakkan masalah sakit selepas cabutan a...
14/10/2026

"Doktor , kenapa ada pantang larang selepas cabutan gigi?"
Kebiasaannya untuk mengelakkan masalah sakit selepas cabutan atau lebih dikenali sebagai "dry socket". Dry socket berlaku apabila darah beku yang sepatutnya melindungi lubang bekas gigi tercabut atau larut terlalu awal, menyebabkan tulang dan saraf di kawasan tersebut terdedah.

Antara tanda yang biasa berlaku ialah:
1)Sakit gigi yang kuat — sakit semakin teruk selepas 2–5 hari cabutan gigi.
2)Sakit merebak — sakit boleh menjalar ke telinga, rahang.
3)Lubang gigi kelihatan kosong — mungkin nampak tulang berwarna putih atau kekuningan di dalam lubang.
4)Bau mulut kurang menyenangkan — mulut berbau atau terasa busuk.
5)Rasa tidak sedap dalam mulut — kadangkala disertai rasa yang kurang menyenangkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kesihatan gigi, boleh terus berhubung dengan kami di Whatsapp melalui klik link di bawah :
https://wa.me/message/5XLCIVDG57PQC1

Kami juga boleh dihubungi ditalian: 010-3576299 atau 04-9162999


Address

No. 2, Tingkat Bawah, Taman Jitra Indah
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+6049171155

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Al FATEH JITRA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian Al FATEH JITRA:

Shortcuts

Share