Pergigian Pusat Sejahtera USM

Pergigian Pusat Sejahtera USM Unit Pergigian Pusat Sejahtera USM menyediakan perkhidmatan seperti konsultasi, pemeriksaan dan rawa

MITOS-MITOS 'SCALING'❌ Scaling menyebabkan gigi jarangScaling TIDAK menjadikan gigi kita jarang. Sebaliknya ruang yang t...
30/01/2024

MITOS-MITOS 'SCALING'

❌ Scaling menyebabkan gigi jarang

Scaling TIDAK menjadikan gigi kita jarang. Sebaliknya ruang yang tinggal adalah disebabkan kita telah menyingkirkan karang gigi. Ruang ini akan tertutup setelah gusi sembuh dan dijaga dengan baik.

❌ Scaling menjadikan gigi nipis

Scaling berfungsi secara getaran, bukan menghakis. Mata scaling juga digunakan ke atas karang gigi, bukannya gigi. Mekanisme ini TIDAK menghakis permukaan gigi dan menjadikan gigi nipis.

❌ Scaling menyebabkan gigi bergoyang

Sebenarnya sokongan kepada gigi oleh gusi telah BERKURANG apabila terbentuknya karang gigi yang tebal. Gusi semakin lama semakin menyusut jika karang gigi tidak dibuang melalui scaling.

Akhirnya gigi bergoyang. Dengan scaling dan menyingkirkan karang gigi, gusi boleh kembali pulih.

❌ Scaling menjadikan gigi sensitif

Apabila banyak sangat karang gigi, gusi semakin susut. Ini menyebabkan permukaan akar gigi TERDEDAH. Ini yang menyebabkan gigi menjadi sensitif.

Jadi, perlulalAh scaling untuk singkirkan karang gigi, dan memulihkan gusi supaya tidak rasa sensitif lagi.

❌ Scaling untuk putihkan gigi

Untuk putihkan gigi, namanya whitening. Scaling boleh dilakukan untuk menghilangkan stain tetapi bukan untuk putihkan gigi. Walabagaimanapun, menghilangkan stain bukanlah tujuan utama scaling.

❌ Sudah berus gigi 2 kali sehari, tidak perlu scaling lagi

Ini kurang tepat.

Walaupun sudah gosok gigi 2 kali sehari, masih akan ada permukaan yang terlepas. Yang penting, perlu periksa gigi dulu, kemudian baru kita boleh nilai perlukan scaling atau tidak.

Scaling adalah rawatan terbaik untuk merawat karang gigi.

Dapatkan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan.

Air merupakan bahan utama semasa prosedur pergigian seperti tampalan gigi dan penskleran (scaling).Mesin rawatan akan be...
09/01/2024

Air merupakan bahan utama semasa prosedur pergigian seperti tampalan gigi dan penskleran (scaling).

Mesin rawatan akan berputar dengan sangat laju untuk memotong bahagian gigi yang rosak atau memecahkan karang gigi. Ini akan menghasilkan haba yang tinggi.

Jika tiada air, mesin akan menjadi sangat panas dan jika rawatan diteruskan tanpa air akan menyebabkan kecederaan pada pulpa dan saluran saraf.

Oleh yang demikian, klinik gigi akan mengehadkan rawatan gigi yang boleh dilakukan semasa krisis ketiadaan air di Pulau Pinang dari 10-14 Januari 2024.

Diharapkan para pesakit dapat bersabar jika ada temujanji yang terpaksa ditukarkan. Kita berusaha memenuhi semua temujanji yang telah diberikan dan dalam masa yang sama memastikan semua rawatan diberikan pada tahap yang terbaik.

Jom tanamkan azam dan bulatkan tekad untuk tahun 2024 ini. Azam yang paling senang. Jumpa doktor gigi sekali setahun. Ad...
02/01/2024

Jom tanamkan azam dan bulatkan tekad untuk tahun 2024 ini.

Azam yang paling senang. Jumpa doktor gigi sekali setahun.

Ada lagi 365 hari lagi dalam tahun ini, tak kan 1 hari pun tak boleh bawa diri ke klinik gigi kan?

PROGRAM SENYUMAN SI KECIL 2.0KPT PRIHATIN MADANI6 MODUL TERAS untuk kesedaran penjagaan kesihatan gigi anak-anak kecil y...
15/08/2023

PROGRAM SENYUMAN SI KECIL 2.0
KPT PRIHATIN MADANI

6 MODUL TERAS untuk kesedaran penjagaan kesihatan gigi anak-anak kecil yang kami terapkan untuk kanak-kanak 6 tahun Tadika Minden (8 Ogos) dan Tadika Islam (15 Ogos) Universiti Sains Malaysia.

Kenali Gigi, Makanan Untuk Gigi, Kuiz Cerdik, Bermain Puzzle, Doktor Gigi Cilik dan Demonstrasi Memberus Gigi.

Semuanya dijayakan dengan sempurna oleh staf dan pegawai Pergigian Pusat Sejahtera USM dan UKKJ.

Tidak dilupakan stesen Membasuh Tangan dikendalikan staf dan pegawai Pusat Sejahtera USM untuk kesedaran selain sihat gigi, bersih tangan untuk kesihatan tubuh badan keseluruhannya.

Terima kasih cikgu-cikgu yang memberikan kerjasama dan membantu sepanjang program.

Semoga adik-adik semua mendapat manfaat dan membesar dengan kuat dan sihat, menjadi insan berguna dunia dan akhirat

Asalnya pesakit mengadu sakit pada gigi bongsu. Pemeriksaan dalam mulut mendapati gigi bongsu yang sudah rosak teruk.Lal...
08/03/2023

Asalnya pesakit mengadu sakit pada gigi bongsu. Pemeriksaan dalam mulut mendapati gigi bongsu yang sudah rosak teruk.

Lalu radiograf gigi diambil untuk melihat posisi gigi bongsu. Dalam sesetengah kes gigi bongsu yang sudah rosak teruk, tidak perlu pembedahan untuk mengeluarkan gigi bongsu.

Tapi sayangnya bila xray tunjuk gigi sebelah juga sudah rosak teruk. Dalam mulut memang tak nampak rosak. Rosaknya dari tepi, dihimpit oleh gigi bongsu.

Akhirnya kedua-dua gigi terpaks dicabut.

Bila gigi bongsu dalam posisi senget begitu, makanan selalu mudah tersangkut. Bila tak dibersihkan dengan betul, lama kelamaan gigi bongsu rosak. Makin dibiarkan, akhirnya gigi sebelah pun jadi rosak juga.

Buatlah pemeriksaan secara berkala. Bila gigi bongsu sakit, jangan dibiarkan terlalu lama walaupun sakitnya biasa-biasa saja dan boleh tahan dengan ubat tahan sakit.

Pergigian Pusat Sejahtera USM

Masa lubang baru nak jadi atau lubang kecil, gigi tak sakit pun. Itu yang orang selalu buat tak endah. Tak datang pun kl...
26/10/2022

Masa lubang baru nak jadi atau lubang kecil, gigi tak sakit pun. Itu yang orang selalu buat tak endah. Tak datang pun klinik gigi. Bila suruh buat pemeriksaan, kata tak ada masa, banyak kerja dan macam-macam lagi alasan.

Bila dibiarkan, lubang pun makin membesar. Masa ini dah mula rasa ngilu-ngilu masa minum air sejuk. Tapi boleh kawal lagi. Buat tak kesah lagi. Sakit sikit-sikit je. Boleh tahan.

Makin dibiarkan, lubang pun makin besar. Kali ini, bukan setakat ngilu masa minum air sejuk sahaja. Nak makan apa pun susah. Bila makanan masuk dalam lubang gigi, sakit sangat. Cepat-cepat cungkil sisa makanan keluar atau gosok gigi. Baru lega.

Itu pun dibiarkan juga. Masa makan je sakit. Kalau buat perkara lain, okay.

Lubang pun makin dalam. Dah sampai saluran saraf. Masa ini sakit tak payah tunggu waktu makan. Sepanjang masa sakit. Tiba-tiba boleh sakit. Yang selalu jadi, masa tidur pun sakit. Masa ini pun, masih ada lagi yang degil tak mahu jumpa doktor gigi. Alasan takut kena cabutlah, ramai orang lah.

Itulah. Terp**ang pada tuan puan nak buat apa.

Pergigian Pusat Sejahtera USM

Sesekali tu, cuba periksa mulut anak-anak kita. Nak tengok ada ke tidak TANDA-TANDA AWAL gigi berlubang. Tak susah pun. ...
19/10/2022

Sesekali tu, cuba periksa mulut anak-anak kita. Nak tengok ada ke tidak TANDA-TANDA AWAL gigi berlubang. Tak susah pun. Cuma angkat bibir, dan tengok pada permukaan gigi.

Gigi yang bersih warna macam putih susu. Tanda awal gigi rosak ialah adanya TOMPOKAN PUTIH/KUNING pada permukaan gigi berdekatan dengan gusi. Jika ada, jangan abaikan. Bawalah anak-anak anda berjumpa doktor gigi.

Mengenal pasti tanda awal gigi berlubang boleh mencegah gigi daripada menjadi lubang yang lebih besar dan teruk.

Unit Pergigian Pusat Sejahtera USM telah dijemput ke STEM Day peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir.Para pe...
20/09/2022

Unit Pergigian Pusat Sejahtera USM telah dijemput ke STEM Day peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir.

Para pelajar dan guru disajikan dengan pameran dan ceramah berkenaan kerosakan gigi, pendarahan gusi dan penjagaan kesihatan gigi oleh Dr Iqbal dan Encik Zuhaire.

Semua pelajar menunjukkan minat dan kesedaran kesihatan gigi sepanjang program berlangsung. Malah ada juga yang berminat bertanyakan tentang karier dalam bidang pergigian.

Semoga para pelajar mendapat manfaat dan program ini dapat diadakan pada masa akan datang.

Kesihatan gigi kanak-kanak dan orang kurang upaya juga sama penting seperti orang lain.Penghargaan kepada Dr Syuhada, Pe...
02/08/2022

Kesihatan gigi kanak-kanak dan orang kurang upaya juga sama penting seperti orang lain.

Penghargaan kepada Dr Syuhada, Pegawai Pergigian dan Encik Fairul Azwan, Pembantu Pembedahan Pergigian yang telah turun membantu memberikan penerangan tentang kesihatan dan penjagaan gigi yang betul kepada kanak-kanak dan orang kurang upaya di Rumah Amal Kulim pada 28 Julai yang lepas.

Dr Syuhada telah memberikan ceramah tentang penjagaan gigi untuk orang kurang upaya dan DSA Fairul membantu mengendalikan latihan memberus gigi.

Program itu merupakan program CSR AKRAB USM untuk menilai prestasi 32 orang ahli AKRAB dari kesemua kampus.

Kenapa doktor gigi selalu pesan, buat pemeriksaan gigi setiap 6 bulan?Kerana gigi dan gusi yang TAK SAKIT TAK SEMESTINYA...
01/08/2022

Kenapa doktor gigi selalu pesan, buat pemeriksaan gigi setiap 6 bulan?

Kerana gigi dan gusi yang TAK SAKIT TAK SEMESTINYA SIHAT.

Masalah keradangan gusi sebagai contoh. 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalaminya tapi tidak ramai yang tahu dan buat pemeriksaan, kerana apa? Kerana tak sakit.

Cuma perasan gusi berdarah selepas gosok gigi, selepas itu dibiarkan saja. Kan?

Karang gigi yang dibiarkan akan semakin menebal dan lama kelamaan boleh menyebabkan gigi kehilangan sokongan dan bergoyang.

Tahun ini sudah masuk bulan 8. Sekurang-kurangnya anda sudah 1 kali buat pemeriksaan gigi.

Buatlah pemeriksaan gigi dan gusi setiap 6 bulan.

Boleh kan?

Pergigian Pusat Sejahtera USM

"Saya nak tampal gigi. Rasanya gigi bawah depan ini berlubang." Jawab pesakit itu menerangkan tujuan datang ke klinik gi...
28/07/2022

"Saya nak tampal gigi. Rasanya gigi bawah depan ini berlubang." Jawab pesakit itu menerangkan tujuan datang ke klinik gigi.

"Sakit ke?" Doktor gigi bertanya untuk menilai keadaan gigi itu.

"Tak sakit. Tapi itulah risau juga. Tengah jawab exam. Tiba-tiba ada gigi jatuh. Tak tenang nak jawab exam bila fikir gigi berlubang ini. Habis exam terus saya datang sini."

Pelajar universiti. Sekarang musim peperiksaan akhir semester. Bila sakit gigi masa exam, faham-faham sahajalah. Mintalah dijauhkan. Macam mana nak study kalau sakit gigi, ye dak?

Pesakit diminta buka mulut untuk diperiksa. Tengok-tengok tak ada pun gigi yang berlubang.

Tapi...

Karang gigi banyak di belakang gigi bawah.

Rupanya "gigi jatuh" yang dimaksudkan bukan "Gigi" tapi sebenarnya KARANG GIGI yang pecah.

Itulah jadi bila karang gigi "dipelihara" sampai tebal-tebal. Rasa macam bersih sebab rasa licin sahaja bila dilalukan dengan lidah. Bila terpecah, rasa kasar, terus ingatkan lubang. 😅

"Ini bukan gigi berlubang. Ini karang gigi yang pecah. Banyak sangat karang gigi awak ini."

"Oh yeke? Fuh selamat."
Eh boleh p**a awak rasa lega eh?

"Mana ada selamat. Gusi bengkak teruk macam ini. Kita scaling bagi bersih semua. Lepas itu saya hantar awak ke "Kelas Menggosok Gigi Dengan Betul."

"Gosok gigi pun ada kelas?"

Ya betul. Unit Pergigian Pusat Sejahtera USM menyediakan khidmat konsultasi dan cara-cara menggosok gigi dengan berkesan.

Program Senyuman Si Kecil bahagian 2 melibatkan kanak-kanak dari Tadika Islam USM telah diadakan pada 28 JUN 2022.Macam-...
30/06/2022

Program Senyuman Si Kecil bahagian 2 melibatkan kanak-kanak dari Tadika Islam USM telah diadakan pada 28 JUN 2022.

Macam-macam aktiviti diatur seperti ceramah santai tentang gigi, aktiviti memberus gigi, mewarna dan permainan interaktif.

Semuanya untuk menunjukkan pada kanak-kanak ini aktiviti memberus gigi dan menjaga kebersihan gigi boleh dilakukan dengan menyeronokkan dan menghiburkan di samping menanam kesedaran menjaga kesihatan gigi dari usia kecil lagi.

Semoga adik-adik semua mendapat sesuatu dari program sebegini. Sekalung penghargaan kepada Pusat Pergigian Kanak-kanak & Institut Latihan KKM, Tadika Islam USM, Tadika Koperasi Minden USM dan semua staf Pergigian Pusat Sejahtera USM yang menjayakan aktiviti ini.

Address

Unit Pergigian, Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian), Universiti Sains
George Town
11800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6046534928

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Pusat Sejahtera USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share