Klinik Pergigian EDEN

Call Directions Contact the practice

Klinik Pergigian EDEN 🦷We believe every smile deserves gentle, affordable, and quality care. Family-friendly | Comfortable | Professional🦷

From check-ups to dentures, root canals, whitening, and more – our team is here to keep your smile healthy and confident. Our Services :

Dental Examination & Consultation (Pemeriksaan dan konsultansi)
Dental extraction (cabutan gigi)
Dental xray (xray pergigian)

Restoration ( Tampalan)
β€’ Tooth Colored

Crowns & Bridges (korona dan jambatan gigi)
β€’ Porcelain
β€’ Metal

Root Canal Treatment ( Rawatan Kanal Akar)



Periodontics ( Penskaleran dan cuci gigi)
β€’ Scaling
β€’ Polishing

Dentures ( Gigi Palsu)
β€’ Acrylic plate
β€’ Flexible Denture ( valplast)

Cosmetics (Pemutihan Gigi)
β€’ Teeth Whitening

20/09/2026

Guna floss ya☺️

12/09/2026
17/08/2026

πŸ¦·πŸ’— PENJAGAAN MULUT KETIKA MENJALANI RAWATAN KEMO/RADIOTERAPI πŸ’—πŸ¦·

Rawatan kemo dan radioterapi boleh menyebabkan perubahan pada kesihatan mulut seperti mulut kering, ulser, jangkitan, pendarahan gusi dan perubahan rasa.

✨ Penjagaan mulut yang baik dapat membantu mengurangkan komplikasi dan meningkatkan keselesaan serta kualiti hidup sepanjang rawatan.

πŸ’‘ Amalkan:
πŸͺ₯ Berus gigi dengan lembut
🦷 Bersihkan celah gigi
πŸ’§ Kekalkan kelembapan mulut & minum air secukupnya
🫧 Berkumur mengikut nasihat petugas kesihatan
πŸ₯£ Pilih makanan yang lembut, sejuk dan berkhasiat

🚫 Elakkan:
🌢️ Makanan pedas, masin dan masam
πŸ₯œ Makanan keras & rangup
β˜• Pengambilan kafein berlebihan sehingga menyebabkan mulut kering

πŸ’œ Kesihatan mulut adalah sebahagian daripada penjagaan kesihatan secara menyeluruh. Jangan abaikan mulut anda sepanjang menjalani rawatan.

Credit: Dr. Nina Suharni, KP Kulai Besar

✨ Senyuman baru, keyakinan baru! πŸ¦·πŸ’—Lihat perubahan senyuman pesakit kami selepas rawatan tampalan estetik β€” gigi yang ro...
14/08/2026

✨ Senyuman baru, keyakinan baru! πŸ¦·πŸ’—

Lihat perubahan senyuman pesakit kami selepas rawatan tampalan estetik β€” gigi yang rosak dan tidak sekata dipulihkan supaya nampak lebih kemas dan natural. ✨

Nak pulihkan senyuman anda juga?
πŸ“ Klinik Pergigian Eden, Beaufort, Sabah
πŸ“² WhatsApp: 017-736 8832

04/08/2026

MULA-MULA CUMA TOMPOK PUTIH.

Tidak sakit. Tidak berlubang besar. Nampak macam tiada apa-apa.

Tetapi karies gigi biasanya bermula apabila asid yang dihasilkan oleh bakteria menyerang lapisan luar gigi, iaitu enamel. Pada peringkat awal, ia boleh kelihatan sebagai tompok putih kusam dan mungkin belum menyebabkan sebarang simptom.

TAHAP 1
Tompok putih pada enamel

Mineral pada permukaan gigi mula hilang. Pada tahap ini, kerosakan awal masih berpotensi dihentikan atau dipulihkan melalui penjagaan mulut dan rawatan fluorida yang sesuai.

TAHAP 2
Lubang kecil mula terbentuk

Apabila enamel semakin rosak, kaviti atau lubang terbentuk. Memberus gigi sahaja tidak boleh menutup semula lubang tersebut dan tampalan mungkin diperlukan.

TAHAP 3
Karies sampai ke dentin

Kerosakan menembusi lapisan di bawah enamel. Gigi boleh mula terasa ngilu apabila terkena makanan manis serta minuman panas atau sejuk.

TAHAP 4
Karies menghampiri saraf

Apabila kerosakan sampai atau menghampiri pulpa yang mengandungi saraf, sakit gigi boleh menjadi lebih kuat. Rawatan akar mungkin diperlukan untuk menyelamatkan gigi.

TAHAP 5
Abses dan jangkitan

Jangkitan boleh menghasilkan nanah, menyebabkan gusi atau muka membengkak dan akhirnya membawa kepada kehilangan gigi jika tidak dirawat.

Pada pandangan PHM, jangan tunggu sehingga gigi sakit.

Sakit selalunya muncul apabila kerosakan sudah semakin dalam. Pemeriksaan awal menjadikan rawatan lebih mudah dan boleh mengelakkan tampalan besar, rawatan akar atau cabutan.

Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat bengkak besar pada mulut atau muka, sukar membuka mulut, menelan, bercakap atau bernafas.

Karies tidak terus menjadi lubang besar dalam sehari.

Ia bermula kecil.
Ia membesar dalam diam.
Dan ramai hanya sedar apabila sakit sudah datang.

26/07/2026

KENAPA DIPANGGIL GIGI BONGSU?

Bukan sebab gigi ini lebih manja.

Ia dipanggil gigi bongsu kerana biasanya menjadi gigi terakhir yang tumbuh, selalunya ketika seseorang sudah berada di penghujung usia remaja atau awal dewasa.

Dalam pergigian, ia dikenali sebagai geraham ketiga atau third molar.

Kenapa ia tumbuh lambat?

Gigi bongsu sebenarnya sudah mula terbentuk di dalam rahang sejak usia muda. Namun, proses pembentukan mahkota, akar dan pergerakannya ke permukaan gusi mengambil masa bertahun-tahun.

Sebab itu ia biasanya hanya mula muncul sekitar umur 17 hingga 25 tahun, walaupun masa pertumbuhan boleh berbeza bagi setiap individu.

Masalahnya, apabila gigi bongsu mahu keluar, kebanyakan gigi kekal lain sudah pun memenuhi ruang rahang.

Jika ruang tidak mencukupi, gigi bongsu mungkin:

β€’ Tumbuh senget
β€’ Tumbuh melintang
β€’ Keluar separuh sahaja
β€’ Kekal tertanam dalam gusi atau tulang

Keadaan ini dikenali sebagai gigi bongsu impaksi.

Kenapa ada orang tumbuh gigi bongsu, tetapi ada yang tidak?

Tidak semua orang mempunyai jumlah gigi bongsu yang sama.

Ada yang mempunyai keempat-empat gigi bongsu.
Ada yang hanya mempunyai satu, dua atau tiga.
Ada juga yang langsung tidak mempunyai gigi bongsu.

Ini boleh dipengaruhi oleh faktor genetik dan perkembangan gigi sejak dalam kandungan.

Kadangkala gigi bongsu sebenarnya ada, tetapi tidak pernah muncul kerana masih tertanam sepenuhnya di dalam tulang rahang. Ia hanya dapat dilihat melalui X-ray.

Kalau ada gigi bongsu, adakah mesti dibedah?

Tidak semestinya.

Jika gigi tumbuh lurus, mudah dibersihkan, tidak sakit dan tidak merosakkan gigi sebelah, ia mungkin tidak perlu dibuang.

Pembedahan biasanya dicadangkan jika gigi bongsu:

β€’ Menyebabkan sakit atau bengkak berulang
β€’ Menyebabkan jangkitan gusi
β€’ Sukar dibersihkan dan mudah berlubang
β€’ Merosakkan gigi geraham di hadapannya
β€’ Menyebabkan sista atau kerosakan tulang
β€’ Tumbuh melintang dan tersekat dalam rahang

Kenapa tidak boleh cabut biasa?

Jika gigi masih berada di bawah gusi atau tulang, doktor mungkin perlu membuat bukaan kecil pada gusi, membuang sedikit tulang dan memotong gigi kepada beberapa bahagian sebelum dikeluarkan.

Sebab itu prosedur ini dipanggil pembedahan kecil gigi bongsu.

Bukan semua gigi bongsu bermasalah.

Tetapi gigi yang diam di bawah gusi juga boleh menyebabkan kerosakan tanpa disedari.

Pemeriksaan doktor gigi dan X-ray membantu menentukan sama ada gigi itu selamat dipantau atau perlu dibuang.

Ia dipanggil gigi bongsu kerana tumbuh paling akhir, tetapi kadangkala masalahnya datang paling awal.

Public Health Malaysia

🦷✨ Senyuman si kecil bermula dengan gigi yang sihat! βœ¨πŸ’™Tahukah anda? Gigi susu yang sihat sangat penting untuk membantu ...
10/07/2026

🦷✨ Senyuman si kecil bermula dengan gigi yang sihat! βœ¨πŸ’™

Tahukah anda? Gigi susu yang sihat sangat penting untuk membantu anak makan, bercakap dan memastikan gigi kekal tumbuh dengan baik.

Di Klinik Pergigian Eden, kami menyediakan rawatan pergigian kanak-kanak yang lembut, mesra dan selesa. πŸ§ΈπŸ’•

πŸ‘Ά Antara rawatan yang kami sediakan:
🦷 Aplikasi Fluorida Topikal – Menguatkan enamel gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi.
πŸ›‘οΈ Penutup Fisur (Fissure Sealant) – Melindungi alur gigi geraham daripada kaviti.
✨ Tampalan Gigi – Merawat gigi berlubang supaya anak kembali makan dan senyum dengan selesa.

πŸ’™ Pemeriksaan awal dapat mencegah masalah gigi menjadi lebih serius dan mengurangkan keperluan rawatan yang lebih kompleks pada masa hadapan.

πŸ“… Tempah temu janji hari ini!
πŸ“ž 017-736 8832
☎️ 087-218 388

πŸ“ Klinik Pergigian Eden, Beaufort

😊 Jom lindungi senyuman si kecil hari ini, untuk senyuman yang sihat hingga dewasa! ‼️‼️

🦷 KENAPA GIGI MASIH SAKIT SELEPAS TAMPALAN?Ramai pesakit menyangka gigi yang telah ditampal akan terus sembuh sepenuhnya...
18/06/2026

🦷 KENAPA GIGI MASIH SAKIT SELEPAS TAMPALAN?

Ramai pesakit menyangka gigi yang telah ditampal akan terus sembuh sepenuhnya. Namun, bagi sesetengah kes, gigi masih boleh terasa sensitif atau sedikit sakit selepas rawatan.

Ini boleh berlaku kerana lubang gigi asal terlalu dalam, saraf gigi masih dalam proses pemulihan, atau gigi sedang menyesuaikan diri dengan tampalan yang baru dibuat.

βœ… Sensitif kepada sejuk atau panas untuk beberapa hari hingga minggu biasanya adalah normal.

⚠️ Namun, jika sakit semakin teruk, berdenyut, mengganggu tidur atau terdapat bengkak, sila kembali ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Sebarang pertanyaan, hubungi kami:

πŸ“ Klinik Pergigian Eden
Lot 2, First Floor, Lo Chung Commercial Centre, 89807 Beaufort, Sabah
πŸ“ž 017-736 8832

πŸ“’ NOTIS CUTI KLINIK PERGIGIAN EDENDimaklumkan bahawa klinik kami akan bercuti sempena sambutan Awal Muharam pada:πŸ“… 17 Ju...
15/06/2026

πŸ“’ NOTIS CUTI KLINIK PERGIGIAN EDEN

Dimaklumkan bahawa klinik kami akan bercuti sempena sambutan Awal Muharam pada:

πŸ“… 17 Jun 2026 (Rabu)

Klinik akan beroperasi semula seperti biasa pada:

πŸ“… 18 Jun 2026 (Khamis)

Terima kasih atas sokongan anda.

Salam Awal Muharam 1448H. Semoga tahun baharu Hijrah membawa keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan kepada kita semua. #πŸŒ™βœ¨ πŸ™‹β€β™€οΈπŸ₯°πŸ˜˜πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»

πŸŽ‰πŸŒΎ NOTIS CUTI KLINIK PERGIGIAN EDEN πŸŒΎπŸŽ‰Dimaklumkan bahawa klinik kami akan bercuti sempena sambutan Hari Kaamatan & Hari ...
28/05/2026

πŸŽ‰πŸŒΎ NOTIS CUTI KLINIK PERGIGIAN EDEN πŸŒΎπŸŽ‰

Dimaklumkan bahawa klinik kami akan bercuti sempena sambutan Hari Kaamatan & Hari Gawai bermula:

πŸ“… 30 Mei 2026 – 3 Jun 2026
πŸ₯ Klinik akan beroperasi semula pada:
πŸ“… 4 Jun 2026 (Khamis)

Terima kasih atas sokongan anda sepanjang masa ❀️
Selamat bercuti, selamat berkumpul bersama keluarga dan semoga perjalanan anda sentiasa selamat ✨

πŸ“ Klinik Pergigian Eden, Beaufort Sabah
πŸ“ž 017-736 8832

Address

LOT 2 FIRST FLOOR, LO CHUNG COMMERCIAL CENTRE
Beaufort
89800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 08:30 - 13:00

Telephone

+6087218388

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian EDEN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian EDEN:

Shortcuts

Share