Klinik Pergigian Beaufort

Call Directions Website

Klinik Pergigian Beaufort Klinik Pergigian Kerajaan
Bahagian Kesihatan Pergigian
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Kementerian Kesihatan Malaysia

πŸ‡²πŸ‡Ύ Dari Sabah, untuk Malaysia. ❀️Tanah di bawah bayu, bumi yang kaya dengan budaya, warna dan cerita.Walau kita datang d...
15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Dari Sabah, untuk Malaysia. ❀️

Tanah di bawah bayu, bumi yang kaya dengan budaya, warna dan cerita.

Walau kita datang dari negeri yang berbeza, kita berkongsi satu tanah air, satu semangat dan satu harapan.

Sabah adalah sebahagian daripada cerita Malaysia.
Dan kepelbagaian kitalah yang menjadikan Malaysia begitu istimewa. 🌺🌿

Hari ini kita raikan bukan sekadar sebuah tarikh,
tetapi semangat kebersamaan yang menyatukan kita.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Hari Malaysia 2026!
Salam dari Sabah, untuk seluruh Malaysia. ❀️

β€” Warga Kesihatan Pergigian Sabah πŸ¦·πŸ‡²πŸ‡Ύ







10/09/2026

JUMPA KAMI DI KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026! 🦷

πŸ“ Lokasi: Dewan Pa’Musa Beaufort
πŸ—“οΈ Tarikh: 12 September 2026
⏰ Masa: 7:00 Pagi-5:00 Petang

09/09/2026

Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan dan misi Medical Camp di Long Pasia. 🀍

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur Hospital Beaufort atas segala usaha, kepercayaan dan kesempatan yang diberikan untuk kami bersama-sama menyumbang khidmat kepada masyarakat. Terima kasih jg buat semua agensi terlibat yang turut sama-sama bertungkus lumus menjayakan program ini.

Buat seluruh warga Long Pasia, terima kasih atas sambutan yang begitu mesra, senyuman yang tulus dan layanan yang penuh kehangatan. Kehadiran kami mungkin hanya untuk sementara, tetapi kenangan dan pengalaman yang tercipta akan kekal dalam ingatan selamanya. 🫢🏻

Perjalanan yang jauh dan mencabar terasa begitu berbaloi apabila dapat berkongsi ilmu, memberikan perkhidmatan dan melihat senyuman di wajah masyarakat. ❀️

Terima kasih Long Pasia.
Kami datang membawa khidmat,
kami pulang membawa kenangan. 🌿

Semoga kita dipertemukan lagi pada masa akan datang, insya-Allah. 🀲🏻

04/09/2026

Menuju Long Pasia… 🌿

Bukan sekadar sebuah perjalanan, tetapi langkah kecil menuju sebuah misi yang besar. 🀍

Jauh perjalanan yang bakal ditempuh, membawa bersama semangat, ilmu dan niat untuk berbakti kepada masyarakat di pedalaman.

Semoga perjalanan dipermudahkan, urusan dilancarkan dan setiap usaha kecil kami memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Long Pasia, kami datang dengan hati untuk berkhidmat. 🫢🏻

Innalillahi wa inna ilaihi raji'unDukacita dimaklumkan bahawa rakan sejawat kami, Allahyarham Mohd Azmi Bin Abdul Talip,...
03/09/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

Dukacita dimaklumkan bahawa rakan sejawat kami, Allahyarham Mohd Azmi Bin Abdul Talip, Juruteknologi Pergigian Klinik Pergigian Beaufort, telah kembali ke rahmatullah pada 2 September 2026.

Seluruh pengurusan dan warga kerja Klinik Pergigian Beaufort merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga pihak keluarga diberikan ketabahan, keredaan, dan kekuatan dalam menghadapi suasana duka ini.

Sesungguhnya sumbangan, jasa, dan bakti yang telah ditaburkan oleh Allahyarham sepanjang berkhidmat di Klinik Pergigian Beaufort amat kami hargai dan akan sentiasa dikenang.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman, diampunkan segala dosa-dosanya, serta ditempatkan di sebaik-baik tempat di sisi Allah SWT.

Al-Fatihah.

🌿 KEM PERUBATAN LONG PASIA SIPITANG 2026 🩺✨Jom beramai-ramai hadir ke Kem Perubatan Long Pasia Sipitang 2026! πŸŽ‰πŸ“… 4–6 Sep...
21/08/2026

🌿 KEM PERUBATAN LONG PASIA SIPITANG 2026 🩺✨

Jom beramai-ramai hadir ke Kem Perubatan Long Pasia Sipitang 2026! πŸŽ‰

πŸ“… 4–6 September 2026
πŸ“ Long Pasia, Sipitang
πŸ’š Kesihatan Komuniti, Aspirasi Madani

Pelbagai aktiviti dan perkhidmatan kesihatan menarik disediakan untuk komuniti, antaranya:

🦷 Pemeriksaan & rawatan pergigian
❀️ Demonstrasi Basic Life Support (BLS)
🩺 Saringan kesihatan
πŸ‘οΈ Saringan penglihatan
πŸ’Š Kenali ubat anda & MyMediSAFE
🫁 Pameran kesedaran TB
🦟 Kesedaran serta rawatan berkaitan kutu, kudis buta & gacing
πŸŽ€ Pemeriksaan payudara & pameran kesihatan wanita
🩸 Ujian kumpulan darah
πŸƒ Ujian kecergasan
πŸ‘Ά Saringan neurodevelopment
🀰 Teknik penyusuan & penjagaan post-natal
🎀 Pertandingan karaoke
πŸ† Acara sukaneka dan pelbagai aktiviti menarik lagi!

🎁 BONUS!
Hadiah misteri menanti 100 peserta terawal yang berjaya melengkapkan kesemua cop booth! 😍

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat, saringan dan perkhidmatan kesihatan sambil meluangkan masa bersama komuniti.

πŸ“£ Jom beramai-ramai! Jumpa anda di Long Pasia!









12/08/2026

Kadang-kadang...

Kita terlalu sibuk menjaga keluarga.

Sibuk bekerja.
Sibuk mencari rezeki.
Sibuk memastikan semua orang tersenyum.

Sehingga terlupa...
untuk menjaga diri sendiri.

Sedangkan satu perubahan kecil hari ini,
mampu menghadiahkan lebih banyak senyuman untuk mereka yang kita sayangi esok.

Kerana setiap senyuman yang sihat... bermula dengan satu pilihan. 🦷❀️

Tonton sehingga penghujung.

FYP

NOTIS PEMAKLUMANAdalah dimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Beaufort tidak akan beroperasi pada:02 Jun 2026 atas sebab be...
01/06/2026

NOTIS PEMAKLUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Beaufort tidak akan beroperasi pada:

02 Jun 2026 atas sebab berikut:

02 Jun 2026 (Selasa) – Cuti Ganti Hari Wesak (atau Pesta Kaamatan) bagi pekerja/penjawat awam

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan terhadap perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Address

Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort, Peti Surat 1152
Beaufort
89800

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Telephone

087212026

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Beaufort posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share