Pergigian Batu Pahat

Call Directions Website

Pergigian Batu Pahat Untuk memberi perkhidmatan pergigian kepada masyarakat supaya mencapai tahap kesihatan mulut yang optima di kalangan individu, keluarga dan masyarakat

🦷 GUSI SIHAT, JANTUNG KUAT❤️Tahukan anda ? Kesihatan mulut berkait rapat dengan kesihatan jantung. Penyakit gusi boleh m...
16/10/2026

🦷 GUSI SIHAT, JANTUNG KUAT❤️

Tahukan anda ?

Kesihatan mulut berkait rapat dengan kesihatan jantung. Penyakit gusi boleh menyebabkan kuman masuk ke dalam aliran darah, dan meningkatkan risiko keradangan jantung & jangkitan.

Jom sama-sama jaga gigi untuk jaga jantung!

Rujukan: https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC10010192/

Oleh : Dr Ngo Xiao Hui

Pelanggan yang dihormati, Talian telefon KLINIK PERGIGIAN SENGGARANG sedang mengalami kerosakan . Sebarang pertanyaan, a...
12/10/2026

Pelanggan yang dihormati,

Talian telefon KLINIK PERGIGIAN SENGGARANG sedang mengalami kerosakan . Sebarang pertanyaan, anda boleh hadir secara "walk in" atau temujanji melalui MySejahtera. Untuk temujanji berkaitan Klinik Pergigian Pakar Ortodontik, sila hubungi 012 3115230

Segala kesulitan amat dikesali .

🦷✨ LALUAN KERJAYA DALAM BIDANG PERGIGIAN ✨🦷Tahukah anda? Bidang pergigian bukan hanya tentang menjadi Doktor Gigi! 👩🏻‍⚕️...
09/10/2026

🦷✨ LALUAN KERJAYA DALAM BIDANG PERGIGIAN ✨🦷

Tahukah anda? Bidang pergigian bukan hanya tentang menjadi Doktor Gigi! 👩🏻‍⚕️👨🏻‍⚕️

Terdapat pelbagai laluan kerjaya yang memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan kesihatan pergigian dapat diberikan dengan cekap, selamat dan berkualiti. Antaranya:

1. Pegawai Pergigian
2. Pembantu Pembedahan Pergigian
3. Juruterapi Pergigian
4. Juruteknologi Pergigian
5. Pembantu Perawatan Kesihatan
6. Pembantu Tadbir
7. Pemandu Kenderaan Bermotor

Setiap profesion mempunyai peranan, kemahiran dan tanggungjawab yang tersendiri dalam menyokong pasukan kesihatan pergigian.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat kelayakan, laluan permohonan dan peluang kerjaya dalam bidang pergigian? Layari pautan rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut:

https://www.spa.gov.my/syarat-permohonan/ijazah-sarjana-muda-sarjana-doktor-falsafah/pegawai-pergigian-gred-ug9

https://spa.gov.my/syarat-permohonan/latihan-separa-perubatan

Pengarang: Dr Siti Najmul Huda, KP Parit Sulong.

✨ Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Yim Kah Yian, Pakar Pergigian Restoratif dari Klinik Pergigian Yong Peng, Batu...
08/10/2026

✨ Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Yim Kah Yian, Pakar Pergigian Restoratif dari Klinik Pergigian Yong Peng, Batu Pahat atas kejayaan meraih First Prize – Poster (Original Research) di Johor Research Day 2026 pada 1 Oktober 2026 yang lalu. 🏆

Kejayaan ini membuktikan komitmen dan dedikasi warga pergigian dalam menghasilkan penyelidikan yang berkualiti serta memberi impak kepada perkhidmatan kesihatan pergigian.

Kajian bertajuk “Knowledge, Attitude and Practice on the Restoration of Endodontically Treated Maxillary Anterior Teeth among Government Dental Practitioners in Johor, Malaysia” mengetengahkan kepentingan amalan klinikal berasaskan bukti dalam meningkatkan kualiti rawatan pergigian.

Johor Research Day 2026 yang bertemakan “Redefining Aging: Evidence, Innovation & Care Across the Lifespan” menjadi platform untuk para penyelidik dan pengamal kesihatan berkongsi idea serta hasil penyelidikan.

Pencapaian ini turut menjadi inspirasi kepada warga pergigian untuk terus meneroka, menilai dan mengaplikasikan ilmu baharu dalam amalan klinikal.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan berkualiti dan inovasi dalam bidang pergigian pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi Dr. Yim Kah Yian dan seluruh pasukan — teruskan mencipta impak melalui ilmu, penyelidikan dan inovasi! 🦷✨🏆

📌 NOTIS MAKLUMAN MESRA PELANGGANPEMBERITAHUAN BERHUBUNG GANGGUAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN DI KLINIK KESIHATAN BATU PAHATTa...
04/10/2026

📌 NOTIS MAKLUMAN MESRA PELANGGAN

PEMBERITAHUAN BERHUBUNG GANGGUAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN DI KLINIK KESIHATAN BATU PAHAT

Tarikh: 4 Oktober 2026

Pengurusan Klinik Kesihatan Batu Pahat ingin memaklumkan bahawa satu insiden kebocoran paip air telah dikesan berlaku di kawasan Unit Pergigian pada pagi hari ini, 4 Oktober 2026.

Tindakan kawalan awal dan pembaikan segera telah pun diambil oleh pihak teknikal. Sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi memastikan kelancaran operasi serta keselamatan pesakit:

1. Pemantauan Awal: Pasukan bertugas akan membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas sistem air dan peralatan pergigian seawal pagi esok, 5 Oktober 2026 (Isnin).
2. Perkhidmatan Kecemasan: Unit Perkhidmatan Pergigian Bergerak (PPB Maxus) akan disiagakan di perkarangan klinik esok bagi menyokong pendaftaran serta rawatan kes-kes kecemasan sekiranya berlaku sebarang gangguan teknikal luar jangka.
3. Penjadualan Semula Temu Janji: Sekiranya perkhidmatan terjejas, pihak klinik akan menghubungi pesakit yang mempunyai temu janji esok bagi urusan penjadualan semula (untuk prosedur bukan kecemasan) atau merujuk pesakit ke Klinik Pergigian berdekatan.

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesukaran yang timbul. Keselesaan dan keselamatan anda keutamaan kami.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak klinik melalui talian rasmi klinik atau ikuti makluman terkini dari semasa ke semasa di laman Facebook ini.

Sekian, terima kasih.
Unit Pembangunan & Pengurusan
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batu Pahat

🦷 Gigi Rosak, Tapi Bukan Sebab Karies?! 😱Pernah perasan permukaan gigi semakin haus, ada bahagian gigi yang terkikis ata...
27/09/2026

🦷 Gigi Rosak, Tapi Bukan Sebab Karies?! 😱

Pernah perasan permukaan gigi semakin haus, ada bahagian gigi yang terkikis atau menjadi sensitif apabila makan dan minum?

🤔 Mungkin ia bukan disebabkan oleh karies, tetapi Non-Carious Lesion (NCL) — iaitu kehilangan struktur gigi yang berlaku tanpa penglibatan bakteria penyebab karies.

Antara punca yang biasa termasuk:
🪥 Abrasion – geseran daripada faktor luar seperti teknik memberus gigi yang terlalu kuat
🍋 Erosion – hakisan akibat asid daripada makanan, minuman atau asid gastrik
😬 Attrition – kehausan akibat sentuhan gigi dengan gigi, contohnya tabiat mengetap gigi
⚙️ Abfraction – kehilangan struktur gigi di kawasan tertentu akibat tekanan dan beban oklusal

✨ Kenali tanda-tandanya dan jangan tunggu sehingga gigi menjadi sensitif atau rosak lebih teruk.

Gigi yang haus bukan semestinya gigi berkaries. Jom kenali puncanya! 🦷💙

Oleh : Dr Haniesha binti Mohd Hanafi.

🦷✨ Gigi Anak Selalu Sakit? Jangan Abaikan!Tahukah anda, kanak-kanak juga boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan perg...
18/09/2026

🦷✨ Gigi Anak Selalu Sakit? Jangan Abaikan!

Tahukah anda, kanak-kanak juga boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan pergigian sejak usia muda? Antara yang biasa berlaku ialah karies gigi, gingivitis, gusi bernanah dan karang gigi.

👀 Kenali tanda-tandanya, amalkan penjagaan gigi yang betul dan pastikan anak mendapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala.

💡 Ingat! Gigi susu juga penting. Walaupun akan digantikan dengan gigi kekal, gigi susu yang sihat membantu anak makan, bercakap dan membesar dengan baik. ❤️

🪥 Jaga gigi anak hari ini, demi senyuman sihat mereka pada masa hadapan!

Oleh : Dr Haniesha binti Mohd Hanafi

16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Bahagian Kesihatan Pergigian Johor merakamkan ucapan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Johor. Semoga sambutan Hari Malaysia terus menyatukan kita dalam semangat perpaduan, memperkukuh rasa hormat terhadap kepelbagaian serta menyemai nilai kebersamaan dalam membentuk masyarakat yang harmoni.

Bersama-sama kita melangkah ke hadapan dengan semangat yang teguh demi negara yang aman, sejahtera dan terus berkembang.

Ikhlas daripada,
Datin Dr. Nazita Binti Yaacob
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
Jabatan Kesihatan Negeri Johor

serta Seluruh Warga Kerja
Bahagian Kesihatan Pergigian Johor

15/09/2026

[VIDEO INFOGRAFIK]

🚨 GUSI BERDARAH TIDAK NORMAL! 🩸🦷

Pernah tak masa gosok gigi, tiba-tiba nampak darah pada berus gigi? 👀

Ramai anggap, “Biasalah tu… gosok kuat sangat kot.” 😅

Tapi tahukah anda, gusi yang tidak sihat boleh memberi kesan kepada kesihatan tubuh secara keseluruhan,termasuk mempunyai kaitan dengan kesihatan jantung.

Tonton video infografik ini sampai habis untuk ketahui bagaimana kesihatan gusi berkait dengan kesihatan jantung.

Jaga gusi hari ini, jaga kesihatan untuk hari esok. 🦷❤️ Tiada kesihatan tanpa kesihatan pergigian.

Pengarang : Dr Alice Chau Jia Hui, Dr Ng Jia Min, Dr Ameera Umairah, Dr Joanne Gan Yi Zhen, Dr Ong Li Jia, Dr Tan Jun Jie dengan kerjasama Unit Kepakaran Periodontik, Klinik Pergigian Batu Pahat.

14/09/2026

[INFOGRAFIK]

*TAK SAKIT ≠ TAK ROSAK* 🦷⚠️

Lubang kecil selalunya PEMBUNUH SENYAP — mula dengan tompok putih, ngilu semasa makan atau minum dan kadangkala makanan tersangkut pada gigi. Jangan tunggu sakit baru nak rawat 🦷

Kesan awal, rawat awal — gigi pun selamat!
Sila buat temujanji pemeriksaan gigi anda di aplikasi MySejahtera.

Pengarang: Dr Aida Kaisah (Klinik Pergigian Parit Raja)


Address

Jalan Kluang
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074341619

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share