10/05/2024
Tajuk: Mengenali dan Mengatasi Perubahan Warna Gigi
Perubahan pada warna gigi boleh dibahagikan kepada dua kategori: intrinsik dan ekstrinsik.
• Intrinsik: Perubahan terjadi di dalam struktur gigi.
• Ekstrinsik: Perubahan berlaku pada permukaan luar gigi.
Warna gigi boleh berubah menjadi kekuningan, coklat, hitam, hijau, kelabu kebiruan, dan putih kapur.
Penyebab intrinsik termasuk kerosakan gigi (karies), pengambilan flourida berlebihan semasa pembentukan gigi, gigi yang mati akibat trauma, dan faktor keturunan.
Manakala penyebab ekstrinsik termasuk kebersihan mulut yang kurang, pengambilan makanan dan minuman seperti teh, kopi, minuman berwarna, tembakau, v**e, rokok, penggunaan ubat kumur secara berlebihan, dan bakteria dalam mulut.
Perubahan warna gigi boleh menyebabkan pesakit kurang yakin diri ketika senyum atau bercakap.
Adakah ia boleh dihilangkan oleh doktor? YA. Doktor akan melakukan scaling dan polishing. Tetapi untuk perubahan intrinsik, mungkin diperlukan penanganan yang lebih terperinci.
Untuk mencegah perubahan warna gigi, berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:
1. Memberus gigi dengan betul.
2. Melakukan pemeriksaan gigi secara berkala, setiap 6 bulan sekali.
3. Mengelakkan makanan atau minuman berwarna.
4. Berhenti merokok.
5. Mengawasi penggunaan ubat gigi bagi kanak-kanak untuk mengelakkan penggunaan berlebihan.
6. Menggunakan alat perlindungan mulut semasa melakukan aktiviti lasak.