Klinik Pergigian Puteri BBBangi

Klinik Pergigian Puteri BBBangi Senyuman Anda Aspirasi Kami

https://www.facebook.com/share/p/18MVeEyrP2/?mibextid=wwXIfr
24/04/2026

https://www.facebook.com/share/p/18MVeEyrP2/?mibextid=wwXIfr

Susuk Mungkin Disorok Di Kulit, Tapi X-ray Tetap Nampak

Dalam X-ray, ada susuk yang kelihatan seperti jarum-jarum halus bertaburan di bawah kulit muka, rahang, dagu atau bahagian tubuh lain.

Dari luar, seseorang mungkin nampak biasa. Tiada luka. Tiada parut jelas. Tiada siapa tahu.

Tapi bila masuk bilik X-ray, rahsia itu boleh muncul satu demi satu.

Dalam satu kajian melibatkan 33 pemakai susuk di kawasan kepala dan muka, penyelidik melaporkan ada individu yang mempunyai sehingga 39 pin susuk di kawasan craniofacial. Susuk juga sering ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan pergigian atau radiografi wajah.  

Tetapi jangan sangka semua susuk mudah dibuang.

Dalam satu siri kes, ada susuk yang berjaya dikeluarkan melalui luka kecil. Namun ada juga kes di mana prosedur membuang susuk menjadi sukar kerana jarum tidak mudah dikesan, dan doktor perlu berhati-hati supaya tidak mencederakan struktur penting seperti saraf muka. 

Inilah perkara yang ramai tidak fikir.

Bila sesuatu benda asing dimasukkan ke dalam tubuh, ia bukan sekadar “duduk diam”. Ia boleh mengelirukan pemeriksaan X-ray, menyukarkan rawatan gigi, menyulitkan pembedahan, mencetuskan kebimbangan, dan dalam keadaan tertentu boleh dikaitkan dengan sakit, radang atau jangkitan.

Kepada mereka yang pernah memakai susuk, jangan malu untuk beritahu doktor, doktor gigi atau petugas kesihatan sebelum rawatan. Maklumat ini penting, terutama jika anda perlu menjalani X-ray, pembedahan, prosedur pergigian atau rawatan tertentu.

Kepada pengamal susuk, ini pesanan penting.

🙏🏻 Jangan jadikan tubuh manusia tempat menyimpan jarum atas nama kecantikan, pelaris, kasih sayang atau perlindungan.

🙏🏻 Jangan janjikan sesuatu yang tidak boleh dibuktikan.

🙏🏻 Jangan suruh orang diam kalau mereka sakit, bengkak, bernanah, kebas atau mahu membuang susuk.

Dan paling penting, jangan cuba korek, cucuk semula atau buang sendiri tanpa penilaian perubatan.

Tubuh manusia bukan tempat eksperimen.

Kecantikan tidak sepatutnya datang dengan rahsia logam yang tersembunyi dalam kulit. Kalau sesuatu itu perlu disembunyikan sampai takut diberitahu kepada doktor, mungkin itu tanda bahawa tubuh kita tidak sepatutnya diperlakukan begitu.



12/03/2026

Klinik Pergigian Puteri akan tutup sempena perayaan Aidilfitri dari

Rabu 18/3/26 hingga Selasa 24/3/26

Jom check gigi before rayaa 😁

Boleh WhatsApp kami untuk sebarang pertanyaan atau temujanji 🤗 ‎

🌙 Ramadan semakin hampirAmbil peluang rawat gigi lebih awal supaya ibadah puasa berjalan lancar tanpa gangguan sakit gig...
12/01/2026

🌙 Ramadan semakin hampir
Ambil peluang rawat gigi lebih awal supaya ibadah puasa berjalan lancar tanpa gangguan sakit gigi.

Berikut rawatan yang disediakan :
✔️ Pemeriksaan
✔️ Scaling & Polish
✔️ Tampalan gigi berlubang
✔️ Cabutan
✔️ Whitening
✔️ X-ray
✔️ Rawatan akar
✔️ Crown & bridge
✔️ Gigi palsu
✔️ Retainer
✔️ Clear aligners

⏰ Slot sebelum puasa adalah terhad.
📩 Hubungi kami untuk temujanji
https://wa.link/j1czrc

Ya pernah dpt kes yang begini..tp charge ribu riban..kasihan. Alhamdulillah dpt selamatkan gigi asal.
08/01/2026

Ya pernah dpt kes yang begini..tp charge ribu riban..kasihan. Alhamdulillah dpt selamatkan gigi asal.

Gigi putih macam kapas, tapi nafas bau bangkai?🤮🦷

Tular lagi seorang doktor gigi 'unboxing' mulut pesakit muda. Dari luar nampak cantik, putih melepak, tersusun rapi macam jubin bilik air.

Tapi bila doktor drill dan kopek lapisan veneer tu, Allahuakhbar. Berkerak. Hitam. Gusi bernanah. Doktor kata bau dia "Satu klinik boleh bau busuk macam sampah peram 3 hari."

Punca utama adalah semuanya sebab nak jimat.

Nak buat kat klinik gigi (RM1k-RM2k sebatang).

Jadi pergi buat dengan "Kakak Beautician" kat hotel, atau panggil servis door-to-door. Harga pakej? RM200 satu mulut siap free pemutih!


Kenapa 'Fake Veneer' Ni Bahaya?

Teknik 'Simen' Jalan Raya.
Doktor gigi sebenar akan ukir gigi sikit (prep) supaya veneer lekat elok. Tapi 'doktor palsu' ni main tempek je resin/gam atas gigi asal.

Perangkap Makanan (Food Trap)
Bila main tempek, ada ruang kosong antara gigi asal dan veneer palsu. Sisa makanan masuk, tapi tak boleh keluar. Hari-hari kuman berpesta dalam tu. Berbulan-bulan peram.

Gigi Reput Dalam Diam
Luaran nampak putih suci. Dalaman? Gigi asal mereput jadi bubur. Bila dah sakit gila, baru datang klinik menangis minta tolong. Masa tu doktor dah tak boleh selamatkan. Kena cabut semua dan pakailah gigi palsu umur 20-an.


Biarlah gigi kuning sikit, asalkan sihat dan tak berbau. Jangan sebab nak aesthetic di Instagram, realitinya orang sebelah nak bercakap dengan kita pun tahan nafas.

Gigi ni Tuhan bagi sekali je set. Kalau dah rosak, tak tumbuh baru.

Tag kawan korang yang tengah survey nak buat veneer murah tu. Selamatkan mereka!

30/12/2025

🔥 LAST PRICE 2025! 🔥

Book hari ini & esok sahaja, rawatan boleh buat dalam 1 minggu

Slot terhad – DM/WhatsApp sekarang ❗🦷
📲https://wa.link/j1czrc

🦷 WE ARE HIRING – DENTAL ASSISTANT 🦷Puteri Dental Surgery, Seksyen 3 Bangi is looking for a Dental Assistant to join our...
22/12/2025

🦷 WE ARE HIRING – DENTAL ASSISTANT 🦷

Puteri Dental Surgery, Seksyen 3 Bangi is looking for a Dental Assistant to join our team!

✨ Requirements:
✔ Minimum SPM
✔ Female (prays daily)
✔ Age 18–30 years
✔ Committed & willing to learn
✔ Good communication skills
✔ Energetic & pleasant personality

🕘 Working days: Monday – Saturday
💼 Position: Full-time

📩 Send your resume to: [email protected]
📲 WhatsApp: 019-221 8441

📍 Location: Seksyen 3, Bangi, Selangor

13/11/2025

96 hari lagi ke Ramadhan. Nak solat berjemaah, nak mengaji , nak raya dan bergaya ..semoga sihat dan senyuman ceria.

Cuti Umum Deepavali dan cuti sekolah minggu depan nak ke mana kita?
17/10/2025

Cuti Umum Deepavali dan cuti sekolah minggu depan nak ke mana kita?

25/09/2025

Tahniah anak2 y masuk U;semoga ilmu y berkat. Jgn lupa jaga kesihatan diri. Gigi Sihat Anda Ceria.😬

Tahniah anak-anak yang melanjutkan pengajian di universiti dan kolej . Semoga dipermudah segala urusan dan beroleh ilmu ...
22/09/2025

Tahniah anak-anak yang melanjutkan pengajian di universiti dan kolej . Semoga dipermudah segala urusan dan beroleh ilmu yang bermanafaat.

06/08/2025

Address

17B, 3/69
Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:30
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 21:30
Thursday 09:00 - 21:30
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+60192218441

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Puteri BBBangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share